Ikan pirana atau piranha ialah sejenis ikan omnivor kecil air tawar yang tinggal berkumpulan terutamanya di sungai-sungai Amerika Selatan.
Ikan ini mempunyai banyak gigi yang sangat tajam digunakan untuk memakan mangsa. ia juga mempunyai deria bau yang sangat kuat seperti ikan jerung dan menggemari darah.
Ikan pirana disebut sebagai `Ikan Pirana’. Bunyi huruf H itu tidak kedengaran. Dan banyak lagi fakta menarik berkaitan ikan pirana ini.
Semua ikan pirana hidup di sungai air tawar tropika, tasik, dan laguna di bahagian utara Amerika Selatan.
Ads
Terdapat antara 30-60 spesies pirana.
Gigi ikan pirana berbentuk segi tiga dan sangat tajam mengalahkan gigi ikan jerung.
Ads
Hanya 3 spesies pirana dianggap berbahaya kepada manusia:
Piranha hitam
Piranha perut merah (purata berukuran 13 inci dan 3 paun)
Sao Francisco Piranha (terbesar pada 24 inci dan 13 paun)
Tidak ada serangan maut pada manusia kerana pirana hanya menggigit jari, jari kaki dan bahagian kaki dan punggung.
Ikan pirana hidup 10-25 tahun.
Ads
Shoals (kumpulan) sehingga 1000 pirana kekal bersama untuk bertahan, tidak semestinya untuk memburu.
Kebanyakan Pirana adalah omnivora yang makan daging (scavenge terutamanya), bijian dan buah-buahan.
Pemangsa termasuk caimans (buaya kecil), memerangsungai, ikan besar, dan burung-burung (burung besar).
Apabila pirana menyerang haiwan besar, mereka makan daging dan otot dalam beberapa saat, dan hanya meninggalkan tulang kerangka.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan belitong/belitung atau dorado merupakan satu spesies yang kuat, laju, akrobatik dan mempunyai warna yang sangat menarik. Padanan ciri-ciri ini cukup menjadikan ia spesies yang menjadi buruan dan hiburan kaki pancing. Lompatan akrobatik saat pancaran tegak cahaya matahari pada warna badannya cukup mempesonakan.
Spesies ikan belitong merupakan spesies ikan yang sering berlegar di permukaan air hampir di kebanyakan perairan di seluruh dunia. Juga sering dikenali dengan nama mahi-mahi atau dorado, ikan ini boleh ditemui di luar kawasan pantai beriklim tropika, subtropika dan sederhana.
Dalam pengelasan saintifik, belitong merupakan salah satu daripada dua spesies yang datang daripada keluarga coryphaenidae dan dikenali sebagai common dolphinfish. Satu spesies lagi ialah pompano dolphinfish iaitu bawal emas.
Terminologi
Dari segi bahasa, terma mahi-mahi datang daripada bahasa hawaii dan membawa maksud ‘sangat kuat’. Dalam bahasa inggeris, ikan ini sering dikenali sebagai dolphinfish. Terma ini sering disalah anggap dan kadang-kadang mendatangkan kekeliruan dengan spesies ikan lumba-lumba. Perlu diingat ikan lumba-lumba merupakan mamalia yang bernafas melalui udara sedangkan kebanyakan ikan lain merupakan ikan yang bernafas melalui air menggunakan insang.
Selain itu, jika di sekitar pasifik sehingga ke afrika selatan, kebanyakan komuniti di sana memanggil ikan ini dengan nama dorado. Terma dorado merupakan terma yang datang daripada bahasa sepanyol yang membawa maksud keemasan. Bagi kebanyakan pemancing malaysia pula, terma yang popular ialah ikan belitong. Pun begitu, nama mahi-mahi dan dorado juga antara terma yang mudah difahami untuk merujuk kepada spesies ini.
Genus ikan belitong pula ialah coryphaena. Linnaeus menamakan genus ikan ini berdasarkan perkataan greek iaitu koryphe, yang memberi maksud teratas atau puncak (top, apex).
Taburan spesies
Belitong boleh dijumpai di kebanyakan perairan seluruh dunia beriklim tropika dan subtropika. Taburan spesies ini merangkumi sekitar amerika utara, jurang california, costa rica dan lautan atlantik sekitar new jersey sehingga ke florida. Ikan ini juga sering berlegar di Lautan Hindi.
Selain itu, perairan asia turut menjadi antara lokasi kemunculan ikan ini. Antaranya termasuklah rantau asia tenggara di kawasan laut china selatan. Ikan belitong merupakan spesies yang bermigrasi dan tidak hairanlah spesies ini boleh ditemui dihampir kebanyakan perairan seluruh dunia.
Biologi
Pada asasnya, ikan belitong merupakan ikan yang sering ditemui di lautan lepas di luar pesisir pantai. Ikan ini merupakan antara spesies yang bermigrasi merentasi lautan dan sering kali bergerak dalam kawanan atau berkumpulan. Ikan ini boleh ditemui dalam kawasan laut sedalam 85 meter, namun lebih gemar berenang dalam kedalaman 37 meter.
Ikan belitong gemar memburu ikan kecil sebagai diet makanannya. Selain ikan kecil, sotong, zooplankton dan krustasia juga menjadi pilihan kepada spesies perenang pantas ini. Dalam kebanyakan situasi, belitong dilihat gemar memburu dan berenang mengejar ikan terbang (flying fish).
Dalam kelangsungan hidup pula, belitong membiak sepanjang tahun terutama di kawasan laut yang agak panas. Kebanyakan juvenil ikan belitong boleh ditemui di sebalik rumpai laut di mana kawasan sebegini mudah bagi ikan ini mencari makanan.
Secara relatifnya, ikan ini mempunyai jangka masa hidup yang agak pendek dalam anggaran 4-5 tahun sahaja. Pun begitu, belitong merupakan antara spesies yang paling cepat membiak. Populasi ikan ini mampu mencapai dua kali ganda dalam masa 15 bulan. Tangkapan belitong pula sering merekodkan berat sekitar 4 – 13 kilogram.
Morfologi
Dari segi morfologi luaran spesies ini, belitong mempunyai bentuk badan yang nipis. Belitong mempunyai sirip dorsal yang panjang sehingga ke kaudal pedunkelnya. Sirip kaudal ikan ini pula mempunyai bentuk yang cengkung dan agak tirus di hujungnya.
Tarikan utama belitong pastinya tertumpu pada warna pada badannya. Ia mempunyai warna badan yang sangat terang dan mempesonakan. Gabungan warna terang seperti emas, biru dan hijau terang cukup mempesonakan bagi tatapan lensa kamera.
Bagi ikan belitong jantan biasanya mempunyai kepala yang lebih menonjol keluar menjadikannya kelihatan mempunyai kepala yang lebih besar. Bagi belitong betina pula, kepalanya lebih membulat dan kurang tertonjol selain mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding belitong jantan.
Pengkelasan Saintifik
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Perciformes
Family : Coryphaenidae
Genus : Coryphaena
Spesies : C. hippurus (Linnaeus, 1758)
Nama Lain : Belitong, Mahi-mahi, Dorado, Dolphinfish
Ikan tilapia, seperti ikan dan haiwan lainnya, memiliki kepelbagaian spesies. Tiga dari spesies Tilapia yang paling sering ditangkap dan dimakan adalah tilapia Nil, tilapia biru dan tilapia Mozambique.
Bervariasi dalam bentuk, ukuran dan warna, ketiga ikan ini berbeza satu sama lain dalam lebih banyak cara daripada hanya bagaimana mereka terlihat. Mengetahui karakteristik masing-masing ikan yang berbeza dapat membantu anda mengetahui tilapia apa sebenarnya yang anda beli di pasaraya.
Tilapia Nil (Nile Tilapia)
Oreochromis niloticus, lebih dikenali sebagai Nil Tilapia, dapat ditelusuri kembali 4000 tahun ke Mesir Kuno. Berkat rasa ikan ringan yang lazat dan berkhasiat (protein tinggi dan rendah lemak), populariti tilapia di Amerika telah meningkat selama 20 tahun terakhir.
Perusahaan perintis makanan laut seperti Regal Springs telah membantu Tilapia menjadi makanan laut ke-4 yang paling banyak dimakan di AS (selepas udang, salmon, dan tuna).
Tilapia Nil mencapai kematangan setelah lima hingga tujuh bulan dengan berat sekitar 1-2 lb, tilapia Nil tumbuh subur di perairan sekitar 80 darjah Fahrenheit dan mula bereproduksi ketika suhu turun menjadi sekitar 75 darjah.
Nile Tilapia dapat diternak dengan pelbagai cara, termasuk kolam dan di tasik air tawar – sekitar 70% dari tilapia segar yang dimakan di AS semuanya alami dan hidup di tasik. Metode bagaimana tilapia dibesarkan dan diberi makan secara langsung mempengaruhi rasa dan tekstur ikan.
Tilapia Biru (Blue Tilapia)
Berasal dari Afrika Utara dan Timur Tengah, Blue Tilapia, yang sering berwarna biru kekelabuan dengan perut putih kemerahan, dapat ditemukan secara meluas di tasik, sungai, dan Sungai Florida. Adaptasi spesies ini bererti bahawa ia juga dapat hidup di air masin, meskipun tumbuh subur di air tawar.
Tilapia Biru memerlukan waktu lebih lama untuk mencapai kematangan daripada Nile Tilapia dan biasanya mencapai 2-4 lb dalam waktu tiga tahun.
Tilapia Mozambique (Mozambique Tilapia)
Tilapia ini spesies asli Afrika dan diperkenalkan ke Amerika Syarikat untuk sukan memancing dan bahkan sebagai agen pengawalan tanaman air. Spesies ini mudah dikenali kerana warnanya kekelabuan zaitun (olive-gray) dan perut kuning.
Mozambique Tilapia duduk dengan aman di tengah-tengah Blue Tilapia dan Nile Tilapia dalam aspek pertumbuhan dan berat. Spesies ini dapat mencapai lebih dari 2 lb dalam satu tahun. Sama seperti haiwan lainnya, tingkat rasa dan nutrisi tilapia sangat dipengaruhi oleh cara mereka dibesarkan dan apa yang mereka makan.
Ciri Fizikal: Bintik di atas badan dan berjalur di bahagian bawah. Badan nipis melebar. Ekor separa bulat. Terdapat duri kecil di atas setiap sirip dorsal dan berbisa jika terkena sengatan
Diet: Hidupan dasar seperti cacing laut, moluska, krutesia dan anak ikan (kecil) serta hidupan rumpai laut.
Habitat: Tumpuan utama ialah kawasan muara sungai
Taburan: Semenajung Arab, India, Bangla, Asia tenggara hingga ke Kepulauan Arcipelago
Tempatan: Hampir keseluruhan semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Bagi pemancing muara sejati, pasti tidak akan terlepas dengan kelibat ikan kitang. Setiap kali menjala udang, kitang tidak dapat lari dari terperangkap. Ramai yang tidak suka apabila kitang tersangkut pada jala kerana silap hari bulan tersusuk durinya boleh terencat kacau seketika aktiviti menjala. Bisa kitang walaupun anak memang pedih.
Dahulunya ikan ini tiada harga sama sekali, kini semua sudah berubah. Kitang tidak lagi segan untuk berada di atas lantai simen pasar ikan. Ada peminat yang gemarkan ikan kitang dan tahu cara terbaik menikmatinya.
Pemancing pula perlu tahu cara terbaik menjinakkannya. Ikan ini juga dibela oleh segelintir penternak ikan sangkar sebagai `pencuci jaring sangkar’ manakala ikan jurvenil pula dijadikan ikan hiasan akuarium.
Ciri-Ciri Fizikal
Badan leper melebar berwarna hijau kekuningan yang lazimnya lebih terserlah ketika kecil. Badan bertompok-tompok hitam bulat hampir serata badan. Juvernil berwarna hijau kekuningan dan berubah kepada hijau gelap apabila meningkat pembesaran.
Bahagian kepala membongkok sedikit. Bermulut kecil dan bergigi halus. Ekornya melebar tegap. Boleh membesar sehingga 38cm. Saiz ini melebihi berat sekilo dan selebar dulang!
Saiz purata yang dijumpai di kawasan perairan negara ialah 15 hingga 20 cm atau lebih mudah selebar tapak tangan dewasa.
Ikan ini tidak bersisik tetapi memiliki kulit yang kesat serta keras. Sirip dorsal dan sirip pelvik adalah keras dan tajam.
Duri-duri yang terdapat di atas dan bawah badan mempunyai bisa seperti ikan duri. Mangsa akan merasa panas apabila tercucuk duri atau sengat ikan ini.
Ramai pemancing yang tidak tahu dimana sengat kitang dan sering terkena ketika cuba memegang seperti mana ikan-ikan lain yang tidak berbisa. Kesannya mungkin akan berpanjangan lebih dari 20 minit atau lebih mengikut daya tahan seseorang itu.
Habitat Dan Taburan.
Gemar bermain di kawasan permukaan air. Mudah dijumpai di kawasan muara dan sungai terutama di tepian sangkar ikan, kelong, tiang jambatan dan objek-objek terapung lama termasuklah bot atau tongkang yang berlumut di bawahnya di mana kawasan ini semuanya menyediakan sumber makanan iaitu algae, lumut, rumpai serta krutesia kecil.
Selain itu kitang yang hidup di sepanjang sungai adalah penunggu tidak setia tandas awam. Najis manusia juga adalah sebahagian dari diet ikan kitang ini.
Walaupun ia dikatakan ikan muara kitang juga dijumpai di Samoa, Tonga, Fiji, Selatan Jepun, India dan Bangladesh tentu sekali banyak sesuai dengan kawasan tumpuan utama ikan muara kulit liat ini. Di negara kita kitang boleh ditemui dihampir serata sungai dan muara.
Ringkasan
Badan leper bijak untuk penyamaran (jika dipandang dari atas)
Bermulut kecil, fikirlah mata kail yang boleh digunakan untuk memerangkap ia
Kulit keras / kasar dan tidak bersisik.
Kitang dibela oleh ramai peternak ikan sangkar sebagai pencuci jaring.
Perlu cara betul mengendalikan kitang supaya selamat dari terkena duri tajam di atas dan bawah badannya.
Badan berbintik hitam besar, kehijauan di sebelah atas manakala warna kelabu seakan ungu menguasai badan di sebelah bawah.
Perumpun salah satu umpan terbaik menjerat kitang kerana ia mudah di pasang pada mata kail kecil. (Saiz 18-20)
Kelong, kawasan tepian sangkar ikan, jeti dan tiang jambatan adalah lokasi tumpuan ikan kitang bermain di permukaan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...