Trip  ini disertai oleh 13 pemancing iaitu Kusmin, Aregone, Abg Mat, Pak Aziz, Wawa , Awin, Bro Stailo, Tok Rahman, Abg Zul, Tuan Rio, Abg Malek dan Adeq dan penulis sendiri, Imran Butet.

 

Untuk ke Kantang, Thailand perjalanan memakan masa lebih kurang 10-12 jam. Kami bertolak dari Shah Alam pada jam 12 tengah malam dan seterusnya tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam pada jam 6.00 pagi sebelum singgah untuk membeli insurans kereta dan menukar mata wang asing di Changlun.

 

Kami terlebih dahulu singgah di Danok untuk mendapatkan sedikit bekalan makanan dan bahan keperluan asas. Selesai mengisi perut di sana, kami meneruskan lagi 4 jam perjalanan ke Kantang. Setibanya di Kantang kami terus check in di kantang Park Hotel untuk mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum bertarung di lautan Andaman esok hari.

 

Trip Trobek – Kerapu Kertang Idaman Lautan Andaman

 

Usai bersarapan, kami terus menuju ke jeti untuk menaiki bot. Kami memilih perkhidmatan bot Pak Dee Danaiwit untuk menduga perairan di sini memandangkan servis yang ditawarkan memang menjadi bualan kaki pancing.

 

Untuk menduga perairan Andaman ini antara set yang kami bawa termasuklah Shimano Beast Master 6000, ZB 9000, Forcemaster 9000, Daiwa Megatwin 750, Tanacom 750 dan Miya Epoch CX5. Untuk mainline kebanyakan kami menggunakan 80lb ke atas dan batu ladung pula saiz yang perlu ada ialah 2.5kg & 3 kg. Jangan tak percaya, kedalaman ialah 100m hingga 350m!

 

IKLAN

Lubuk Rahsia Andaman

Perjalanan kami pun bermula bila bot membelah ombak menuju ke lubuk terbaru Pak Dee. Di sini, target kami semua ialah luntan @ kertang, memandangkan Andaman sememangnya syurga untuk spesies gergasi ini.

 

Trip Trobek – Kerapu Kertang Idaman Lautan Andaman

 

Perjalanan ke lubuk rahsia yang memakan masa 16 jam memang cukup membosankan. Apa nak buat, rehat je lah kami di kabin berhawa dingin. Memang superb beb! Akhirnya, kami tiba juga di lubuk pertama. Masing-masing dari kami terus tak sabar untuk merendam batu ladung masing-masing.

 

Memang lubuk rahsia ini betul-betul menjadi! Belum apa-apa Pak Ajis membuka tirai dengan menaikkan kertang seberat 19kg. Kemudian giliran Abg Rahman pula menaikkan kertang. Di sini saja 27 ekor kertang berjaya kami naikkan dengan anggaran size 15kg ke atas dan ada juga yang berjaya memutuskan main line 100lb kami.

 

IKLAN

Bot lain yang berada di sebelah juga tak kurang hebatnya. Kelebihan mereka tiba di lubuk ini 2 jam lebih awal menyaksikan lebih 100 ekor kertang berjaya dinaikkan mereka. Memang dasyat!

 

Trip Trobek – Kerapu Kertang Idaman Lautan Andaman

 

Lubuk 2

Setelah puas bergasak di lubuk rahsia Pak Dee, kini kami beralih ke lubuk kertang ke-2. Di sini, Kusmin menjadi orang pertama yang berjaya memecah kebuntuan dengan menaikkan kertang seberat 18kg.

 

Kemudian, sekali lagi kami berpesta ikan apabila semua joran yang kami gunakan terpaksa bekerja keras menarik isi perut Andaman. Pak Aziz pula berjaya mendapat jackport di sini apabila pancing beliau mengena seekor kertang terberat setakat ini iaitu seberat 30kg.

IKLAN

 

Setelah lebih 50 ekor kertang kami pulun di sini, ribut pun mula menampakkan bayang menandakan sudah sampai masa untuk kami stop sementara aktiviti memancing. Iyelah, apa-apapun, keselamatan harus diutamakan.

 

Trip Trobek – Kerapu Kertang Idaman Lautan Andaman

 

Slow Pitch Jigging di Hari terakhir

Pada hari terakhir Pak Dee mengajak kami bermain slow pitch jigging untuk menjerat spesies kerapu bunga, cupak dan GT. Lubuk kali ini lebih berhampiran dengan Koh Adang dengan kedalaman sekitar 40 meter sahaja. Size jig yang saya cadangkan ialah sekitar 120-200 gram.

 

Untuk teknik ini, kebanyak yang terpedaya dengan jig ialah dari spesies kerapu bunga. Lebih sebakul kerapu bunga berjaya kami punggah di sini. Setelah tepat jam 12.00 tengah malam, kami pun menghentikan trip dan bergerak pulang menuju ke jeti.

 

Kesimpulannya, trip kali ini boleh dikira amat sukses bagi kami apabila pelbagai jenis ikan termasuk hampir 100 ekor kertang berjaya kami perolehi. Benarlah, kata orang, perairan Andaman memang syurga bagi kaki bottom.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI