Ikan peacock bass atau disebut ikan PB atau ikan raja memang telah lama diketahui, ia telah lama menjarah perairan kita terutama di tasik, lombong, tali air terutama di negeri Perak dan Selangor.

 

Namun, mungkin masih ada yang belum menyedari, di sebalik kerakusan ikan PB yang ada di perairan kita (majoriti spesies Cichla ocellaris), terdapat saudaranya yang lebih ganas dan rakus iaitu dari spesies Cichla temensis.

 

Perburuan Si Temmy

 

Pada awalnya, ramai rakan yang ingin turut serta, namun pada saat akhir, tinggal kami berempat sahaja yang turut serta. Setibanya di lokasi, rakan saya dan dua orang lagi rakannya menanti kunjungan kami. Sempat jugalah, rakan saya ini mengajar kami tentang gewang apa dan juga setup terbaik untuk memancing spesies yang rakus ini.

 

Trip Sorok Memburu Si Temmy

 

Setibanya di lokasi, kami berpecah kepada dua grup dan mengambil spot masing-masing. Masing-masing mempraktikkan cara pancingan dan bertukar-tukar jenis gewang dan beralih lokasi. Sayangnya, tiada sebarang sambaran bersaiz besar diterima, kecuali temensis juvenil.

 

Terdapat juga riak air menandakan ada kumpulan temensis bermain air terlalu jauh di tengah dan juga di celahan dahan pokok yang merimbun di tepi gigi air. Tetapi agak sukar untuk memujuknya. Kerap kali juga gewang tersangkut di celah pokok.  Ada juga yang putus… aduh… nak buat macam mana, redha jelah.

 

Pukul 11 pagi, kami keluar dari spot berkenaan dan kami berkumpul di sebuah gerai makan. Rupanya grup satu lagi, sudah sukses dengan tangkapan temensis masing-masing. Malah ada juga mendapat ragutan kasar yang diterima oleh seorang rakan saya yang mencuba soft plastic (SP). Tetapi sayangnya rabut.

IKLAN

 

Trip Sorok Memburu Si Temmy

 

Ubah Spot

 

Lepas makan, kami menuju ke spot kedua. Kali ini, laluan untuk sampai agak jauh, perlu berkereta dan seterusnya berjalan kaki sekitar 20 minit untuk sampai ke kawasan berkenaan. Semasa memakir kereta di bahu jalan, terdapat beberapa buah kereta lain. Tahulah kami, bukan kami sahaja yang ada di kawasan ini, tetapi juga geng pemancing lain. Bahkan mereka lebih awal daripada kami.

 

Setibanya di spot kedua, masing-masing berpecah mencari spot di yang dirasakan ada potensi. Kebanyakan spot kami terpaksa meranduk air bagi memudahkan lontaran. Ini disebabkan semua tebing terdapat pokok. Apabila 10-15 minit tiada sebarang hasil, kami akan beralih lokasi.

 

Trip Sorok Memburu Si Temmy

IKLAN

 

Di satu lokasi, dari atas tebing saya sempat melihat seekor temensis yang pada anggaran saya 1-2 kg mengekori gewang saya. Namun hanya mengikut sahaja hingga ke tebing, sebelum saya menjatuhkan semula gewang ke dalam air dan disambar. Malangnya terdapat dahan pokok yang tumbang di dalam air menyebabkan ikan berkenaan berjaya menyelinap di situ sekaligus melepaskan diri.

 

Mungkin juga mata kail pada gewang berkenaan tidak tertancap kemas. Dek kerana kurang info apakah gewang-gewang yang sesuai semasa pergi, tidak banyak gewang yang saya bawa ke lokasi ini.

 

Salah satunya adalah jig. Ketiadaan jig menyebabkan gewang tidak dapat dihantar jauh ke tengah dan di bahagian dalam.

 

Trip Sorok Memburu Si Temmy

 

Keberkesanan lain penggunaan jig adalah semasa mata hari sudah tinggi kerana temensis akan mendiami paras air yang lebih dalam dan jig yang sampai ke dasar dan di unjun mampu menarik naluri spesies ini.

IKLAN

 

Walaupun dikatakan peluang menaikkan temensis menggunakan gewang bersaiz besar dan panjang (sehingga bersaiz 13cm), sambaran temensis sukar dijangka.

 

Ini kerana, kami yang membawa gewang bersaiz 5cm pun mendapat sambaran. Cuma, cubaan menggunakan SP agak kurang menjadi, meskipun saya diberitahu keputusan menggunakan SP juga ada kalanya menggalakkan.

 

Trip Sorok Memburu Si Temmy

 

Misi Selesai

 

Lewat petang kami berangkat pulang keluar dari lokasi berkenaan dalam keadaan hujan lebat yang diiringi guruh dan petir. Mujur tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Setelah berkunjung sendiri melihat dan merasai pengalaman memancing spesies yang lebih ganas dari PB ini, barulah tahu bagaimana dan apakah setup terbaik untuk memancingnya.

 

Saya tidak menolak untuk datang ke sini lagi ke lokasi ini, lebih-lebih lagi mendapat tahu pernah ada kaki pancing yang berjaya menaikkan temensis bersaiz besar dengan kaedah casting. Selain temensis, terdapat juga ikan zebra tilapia dan juga kelisa liar yang mendiami lokasi sama.

 

Trip Sorok Memburu Si Temmy

(Catatan: Alauddin)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI