Jika sebelum ini Kuala Rompin menjadi destinasi pilihan, kali ini kami mencuba di Merchong, Pekan pula.

Sebenarnya jarak antara Merchong dengan Kuala Rompin bukan jauh sangat pun. Hanya terpisah antara sempadan tetapi berkongsi padang pancing yang sama.

 

Merchong terutama melalui Chalet Kg. Mechong sebenarnya bukanlah nama baru dalam khidmat menawarkan pakej memancing dan penginapan.

Dengan jeti bersebelahan dengan chalet penginapan, ia merupakan pakej lengkap, selesa dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

 

Trip Retro – Layaran Menggila Di Perairan Merchong

baca juga Layaran VIP

 

Tekong-tekong yang akan membawa pemancing menduga perairan Pekan dan Rompin yang sudah tersohor dengan perkhidmatan servis yang mesra pemancing.

Saya, Faizal, Anhar, James, Sally dan Simon menaiki bot tekong tersohor di Merchong iaitu Zamri.

Target kami bertiga adalah untuk mencari melalui teknik jigging, casting dan drifting umpan hidup ekoran menerima perkhabaran sebelum datang ke sini bahawa layaran masih sukar untuk dikesan.

 

Trip Retro – Layaran Menggila Di Perairan Merchong

 

Bot melencong Destinasi pertama ke kawasan unjam sekitar 8 kilometer dari jeti. Setelah mendapatkan umpan hidup sekitar 30-40 ekor kami terus ke kawasan tukun berdekatan untuk mencuba nasib sebelum ke Pulau Berhala.

Berikutan Sally berjaya menaikkan seekor tenggiri bersaiz kecil yang terbelit pada mata apollo, kami pertingkatkan usaha dengan ketiga-tiga kaedah namun tidak berhasil.

 

 

Dalam perjalanan ke Pulau Berhala, tekong mengambil keputusan untuk melencong menghampiri kawasan bot nelayan yang sedang rancak memukat bilis.

Melihat pada banyaknya burung yang berlegar di udara saja sudah cukup menggembirakan hati.

IKLAN

 

Trip Retro – Layaran Menggila Di Perairan Merchong

 

Gerombolan bilis yang begitu banyak tentu saja akan mengundang pemangsa dan pelahap seperti tenggiri dan layaran.

Kesemua anggota trip mula sibuk bekerja dengan pelbagai kaedah pancing yang sesuai dilakukan.

 

Saya yang sebelum ini mencuba teknik slow pitch, beralih ke teknik fast jigging. Menggunakan kekili Twin Power 3000 dan joran prototype Kewl 0.3-08 keluaran Sea Tackle khusus untuk micro slow jig, saya mengarau laju jig 30gm yang dibiarkan mencecah dasar.

Setelah beberapa kaki dihenjut dari dasar terasa sesuatu menyambar jig dan memecut laju.

 

Trip Retro – Layaran Menggila Di Perairan Merchong

 

Setelah agak lama bertarung sehingga rakan-rakan lain kebosanan menunggu dan memberi ruang, saya cuba memaksa joran bekerja ke tahap maksimum walaupun terasa gayat. Namun joran prototype ini ternyata berkuasa menundukkan jemuduk berskala 4 kg.

 

Tidak lama selepas jemuduk tersebut dinaikkan, suasana di atas bot mula riuh dan tegang. Ada yang berjaya menaikkan tenggiri, ada yang kehilangan jig dan ada juga yang

kehilangan umpan hidup dan ada yang hanya sempat bertarung dengan layaran buat seketika.

IKLAN

 

Frenzy layaran

 

Trip Retro – Layaran Menggila Di Perairan Merchong

 

Dan kemuncak pesta di sebalik layaran frenzy membaham bilis apabila dihidangkan dengan aksi triple hook up.

Biarpun agak kelam-kabut sedikit saya, Anhar dan Simon berjaya juga mendaratkan layaran. Setelah memperolehi lesen, kami bertiga memberi ruang kepada yang lain pula.

 

Trip Retro – Layaran Menggila Di Perairan Merchong

 

Tidak menunggu lama, Faizal memperolehi peluangnya namun tidak bertahan lama. Kali kedua barulah berjaya mendapatkan lesen.

Sementara James dan Sally pula tidak terkira jumlah strike sama ada dengan kaedah popping, casting dan drifting umpan semuanya berakhir dengan kemenangan berpihak kepada layaran dan tenggiri.

 

Menjelang petang, setelah kehabisan umpan hidup dan layaran mula hilang bersama gerombolan bilis, tekong mengambil keputusan memancing ebek pula.

IKLAN

Udang hidup sengaja dibawa walau tanpa dipesan berikutan beberapa hari sebelumnya ebek mula memasuki perairan Merchong.

 

Trip Retro – Layaran Menggila Di Perairan Merchong

 

Kawasan yang banyak diturunkan bubu menjadi padang pancing kami memburu ebek dan spesies lain dengan cara jigging dan teknik dasar menggunakan udang hidup.

Tentu saja apabila udang hidup diturunkan maka untuk mendapatkan hasil melalui jigging terpaksalah berusaha berlipat kali ganda.

 

Ternyata udang hidup berjaya mengalahkan hasil jigging dari segi kuantiti namun dari sudut kualiti ikan, ternyata berpihak kepada jigging.

Paling menyeronokkan apabila seekor bawal emas bersaiz kasar dan kerapu bara berjaya dinaikkan melalui jigging.

 

Trip Retro – Layaran Menggila Di Perairan Merchong

 

Begitu juga dengan keadah micro jigging. Fast jigging lebih berkesan berbanding slow pitch. Selain menghabiskan beberapa set jig dan mata kail yang tersangkut pada karang,

penulis hanya berjaya menaikkan 2 ekor kerapu kecil yang tidak mendatangkan sebarang pertarungan.

 

Dengan jumlah kehadiran layaran yang banyak di perairan Merchong, tidak hairanlah ia menjadi destinasi popular apabila tibanya musim ikan berparuh.

baca juga kenali ikan layaran

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI