Alhamdulillah siap juga serba sedikit kronologi kes kematian di Sg. Ketir, Royal Belum disebabkan banyak berita yang tak betul tersebar. Individu terlibat dlm trip ialah seramai 39 orang; 27 orang peserta, 2 orang ranjer, 2 orang guide termasuk saya dan 8 Orang Asli sebagai porter.

 

(071130H Apr 2018)

Bergerak ke bot point Sg Kejar, Royal Belum.

 

(070100H Apr 2018)

Selepas makan, taklimat ringkas dan bacaan doa. Mula bergerak ke destinasi iaitu ke lubuk Kajang dalam 4 kumpulan. 2 kumpulan diketuai oleh ranjer dan 2 kumpulan lagi diketuai oleh saya sendiri dan seorang lagi guide. Kami seramai 10 org termasuk mangsa dan saya adalah kumpulan terakhir. Semasa berhenti berehat dan hendak meneruskan perjalanan semula saya membawa beg mangsa bagi meringankan beban mangsa.

 

(071850H Apr 2018)

Berhenti berehat di salah satu tapak kem lama selepas melintasi sg Ketir.

 

(072030H Apr 2018)

Mangsa mengadu lenguh kaki dan rasa macam nak krem dan terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Ahli grup seramai 9 orang mengangkat mangsa ke tempat yang rata, mengajar mangsa mengucap dan membaca ayatul Kursi serta Yasin dan memasang khemah. Mangsa menarik nafas panjang sebanyak 3 kali.

 

(072030H Apr 2018)

Kami sebulat suara mengambil keputusan 3 orang dari ahli grup termasuk saya akan bergerak ke lokasi lubuk Sanghoo Royal Belum untuk mendapatkan bantuan telefon setelit dari ranjer, manakala 6 orang lagi ahli grup ditugaskan menjaga mangsa di lokasi kejadian.

 

(072040H Apr 2018)

Saya bersama 2 orang lagi peserta (Man Tapah dan Rejab) bergerak ke lubuk Sanghoo untuk mendapatkan bantuan.

 

(072120H Apr 2018)

Semasa tiba di lubuk Sanghoo grup pertama, kedua dan ketiga tiada di lubuk Sanghoo. Kami bertiga meneruskan perjalanan ke lubuk Kajang iaitu lokasi sebenar yg diluluskan dalam permit. Semasa dalam perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan seladang yang menghalang laluan kami ke lubuk Kajang. Kami cuba memasang unggun api dan membakar mercun bagi menghalau kumpulan seladang tersebut tetapi tidak berjaya kami mengambil keputusan untuk berehat sekejap sementara menunggu haiwan tersebut beredar keluar dari laluan utama tetapi haiwan tersebut masih berada di laluan utama.

IKLAN

 

(072150H Apr 2018)

Salah seorang dari kami bertiga melaungkan azan dan takbir berterusan barulah haiwan tersebut beredar dan kami meneruskan perjalanan dengan bertakbir sepanjang perjalanan ke lubuk Kajang.

 

(072220H Apr 2018)

Apabila mendengar kami bertakbir ranjer dan ahli grup bergegas dtg untuk membantu.

 

(072230H Apr 2018)

Sampai di kawasan perkhemahan lubuk Kajang saya memaklumkan kepada anggota ranjer yang ikut serta dalam grup kami untuk mendapatkan bantuan dari luar. Pada mulanya kami mendapat arahan untuk mambawa mangsa keluar melalui jalan darat dengan bantuan dari pihak tentera dan ranjer serta staff perbadanan taman negeri perak. Tetapi disebabkan kesukaran pergerakan bot waktu mlm bantuan ditangguhkan keesokan harinya..

 

(072330H Apr 2018)

Saya bersama beberapa orang lagi cuba untuk menghantar makanan dan bantuan untuk mengawal mangsa pada malam tersebut. Setelah berbincang dengan ahli grup serta memikirkan keselamatan dari ancaman hidupan liar dilaluan ke tempat kejadian keputusan sebulat suara agar pergerakan bantuan pada keesokan harinya dan kami mendapat berita pasukan bantuan akan datang pada keesokan harinya juga.

 

(080830H Apr 2018)

Kami seramai 8 orang termasuk saya, 1 ranjer, 5 peserta dan seorang Asli pergi menghantar makanan dan untuk membantu mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian dengan menggunakan jalan darat sekiranya tidak dapat bantuan udara (bodyvev). 4 Orang Asli lagi balik kerana mereka hanya dibari upah untuk menghantar makanan ke lubuk Kajang. Manakala 20 orang lagi termasuk seorang ranjer, 3 Orang Asli dan 16 orang peserta tidak dapat ikut disebabkan ramai yang keletihan dan cedera bagi mengelakkan berlaku kecederaan yang lebih serius.

IKLAN

 

(080930H Apr 2018)

Kami sampai ke lokasi kejadian dan memberi makanan pada 6 org peserta yg berjaga sepanjang malam bagi memastikan keselamatan mangsa dan menunggu bantuan dari pihak ranjer dan tentera.

 

(081200H Apr 2018)

Pihak ranjer dan tentera sampai melihat dan mengesahkan kematian (peg kagat) serta menguruskan untuk membawa keluar mangsa, mencari tempat yg sesuai untuk pesawat udara sekiranya bodyvev diluluskan dan merintis jalan ke tempat pesawat udara sejauh lebih kurang 650 meter.

 

(081500H Apr 2018)

Pesawat udara tiba dan menggunakan teknik winching kerana sukar untuk mendarat disebabkan hutan tebal. Setelah semua selesai. Semua peserta akan keluar tetapi disebabkan peserta yang masih ramai di lubuk Kajang yang keletihan dan cedera dan hari semakin lewat bagi mengelakkan dari pergerakan waktu malam kami mendapat persetujuan untuk keluar keesokan harinya, seorang ranjer, seorang guide dan seorang Asli balik ke lubuk Kajang, seorang peserta telah keluar bersama pesawat udara, saya keluar bersama pasukan bantuan dari pihak tentera dan ranjer.

 

(082030H Apr 2018)

Saya ke bilik mayat Hospital Grik untuk berjumpa dengan seorang lagi peserta yang keluar dengan pesawat udara dan menunggu keputusan postmortem.

 

(082300H Apr 2018)

IKLAN

Keputusan diperolehi punca kematian disebabkan salur jantung tersumbat. Waris mangsa tiba dan proses untuk menuntut jenazah.

 

(082340H Apr 2018)

Jenazah dibawa ke Tapah. Saya dan seorang lagi peserta terus ke balai polis Bersia untuk diambil keterangan.

 

(090300H Apr 2018)

Jenazah selamat sampai ke Tapah.

 

(091200H Apr 2018)

Jenazah telah selamat dikebumikan.

 

(091500H Apr 2018)

Kumpulan pertama selamat tiba di jeti Banding. Manakala kumpulan kedua dan terakhir tiba di jeti lebih kurang 091800H Apr 2018 kerana bot mengalami kerosakan dan menunggu bot ganti.

 

(092030H apr 2018)

Semua peserta bergerak ke balai polis Bersia untuk diambil keterangan dan ada yg bergerak ke rumah mangsa malam itu juga dan ada yang akan datang keesokannya.

 

(Sumber: Facebook / Suara Banding Royal Belum)

 

GALERI:

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI