Sudah masuk tengah hari tetapi hasil jigging di sekitar perairan Pulau Tioman ini amat menghampakan.

Dalam perjalanan mencari lubuk seterusnya, tekong kami sempat bertegur sapa dengan seorang nelayan tempatan yang memancing di unjam dengan sampan kecil.

 

Dari jarak jauh nelayan tersebut mempamerkan hasil yang diperoleh. Dari jauh pun kami sudah mengenali ikan tersebut. Namun tekong terus bergerak merapati tekong tersebut.

Ternyata ia seekor ikan tenggiri anggaran 4 hingga 5 kg. Menurut nelayan tersebut, tenggiri tersebut merupakan hasil beliau jigging.

Walaupun turut menurunkan koyan menggunakan umpan hidup namun jig besi pula yang dipilih tenggiri.

baca juga port surfcasting terbaik

 

Trip Retro – Layan cencaru di lubuk tenggiri
Hasil jigging awal pagi

 

Sejurus kemudian nelayan tersebut menawarkan `tapak’ beliau di unjam tersebut kerana ingin segera pulang dan menjual tenggiri itu (pasti sudah berbaloi rezekinya pagi itu).

Memandangkan sudah hampir tengah hari dan belum memperoleh hasil yang memuaskan hati, kami segera bersetuju untuk mengikat bot pada unjam dan jigging di situ.

 

Terbukti ia berbaloi. Tidak lama jigging di situ, Pjoy berjaya mendaratkan seekor tenggiri kecil berskala berat hampir 2 kg.

Selain tenggiri, cencaru turut sama dinaikkan. Setelah beberapa ekor cencaru dinaikkan menggunakan jig, saya mula yakin unjam tersebut banyak dihuni cencaru.

Ad 😭

 

Trip Retro – Layan cencaru di lubuk tenggiri
hasil jigging di unjam dan sekitarnya

 

Daripada membuang masa jigging dan yang naik cuma cencaru, saya merasakan lebih baik guna apollo saja.

Malah, 6 bungkus apollo saiz 12 yang dibeli ketika dalam perjalanan ke Mersing ini pun masih belum digunakan.

 

Dengan menggunakan set mengilat, segera saya sangkutkan apollo saiz 12 dan jig 80 gm sebagai ganti batu ladung.

Hanya pada percubaan pertama sahaja, hampir kesemua mata apollo mengena. Selain cencaru, ikan selar turut mengena.

Setelah kali ketiga saya menaikkan hasil yang hampir sama, ia membuatkan rakan lain yang masih berjigging bertukar fikiran.

baca juga trik jigging di Penyabong

 

Ad 😭
Trip Retro – Layan cencaru di lubuk tenggiri
tekong turut sama melayan apollo

 

Hampir tiga jam juga kami menghabiskan masa di unjam tersebut sehinggalah kesemua 6 paket apollo yang digunakan sudah tidak boleh digunakan lagi.

Satu persatu apollo putus ikatan mata kailnya atau terputus terus perambut utamanya gara-gara dikerjakan cencaru yang agak kasar juga saiznya.

 

Trip Retro – Layan cencaru di lubuk tenggiri
Tak menang tangan menanggalkan ikan dari mata kail

 

Selain kami, unjam tersebut turut didatangi oleh dua bot nelayan yang sama-sama memunggah cencaru di situ.

Melihat para nelayan menarik keluar cencaru dengan menggunakan apollo berantai (40-50 mata kail) buatan sendiri itu saja sudah cukup mempersonakan kami.

 

Kami meneruskan aktiviti sekitar Pulau Tioman namun tidak banyak ikan sasaran yang berjaya didaratkan.

Ad 😭

Hanya lewat petang dan hampir senja barulah banyak aktiviti pembantaian ikan-ikan pemangsa terhadap kumpulan ikan kecil berlaku.

Namun hanya beberapa ekor saja ikan pemangsa itu berjaya kami.

 

Trip Retro – Layan cencaru di lubuk tenggiri

 

Pulang dari trip jigging yang hampir bertukar menjadi trip apollo cencaru itu kami berasa kesal pula tak beli apollo lebih banyak.

Sebenarnya bukan mudah juga nak bertemu dengan kumpulan cencaru sebegitu banyak.

Dan ia satu kerugian yang besar apabila peluang yang terhidang sebegitu dilepaskan begitu saja.

 

baca juga pedoman memancing di kelong

Trip Retro – Layan cencaru di lubuk tenggiri
hasil jigging dan apollo

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI