Bangsa Melanau, ulat mulong, siet, sagu, umai antara sebahagian identiti yang mewarnai Mukah iaitu bahagian ke-10 dalam pentadbiran di Negeri Sarawak. Daerah ini juga cukup terkenal sebagai pusat pengeluaran dan industri sagu terbesar negara.

 

Sebagai bahagian pentadbiran baru, Mukah (Majlis Daerah Dalat & Mukah) kini pesat membangun dengan kemudahan dan prasarana didirikan di sini termasuklah UiTM, politeknik, lapangan terbang serta pelabuhan laut dalam moden di Tanjung Manis.

 

Manakala dalam konteks dunia memancing, Mukah amat terkenal dengan lubuk-lubuk ikan sama ada di laut atau di sungai-sungainya.

Bahkan di bahagian ini, cukup terkenal dengan lubuk ikan merah, tenggiri, tapah bersaiz gadang, haruan dan bujuk yang begitu banyak termasuklah juga sepit birunya.

 

Sama juga seperti di tempat lain, di Mukah juga terdapat kumpulan-kumpulan kaki pancing yang akhirnya bersatu mewujudkan Mukah Anglers Group (MAG) yang lahir dari laman facebook.

 

Komuniti kecil ini sering mengadakan komplot sesama sendiri di sekitar Mukah. Gambar-gambar ‘beracun’ daripada ahli MAG yang dimuat turun di laman Facebook berjaya meraih

perhatian ramai kaki pancing dari luar bahagian Mukah untuk cuba memancing di spot sekitar Mukah.

 

Satu komplot casting yang dianggap paling ramai disertai oleh ahli MAG dan rakan lain telah berlangsung di sebuah tasik buatan manusia milik Mukah Power Generation (MPG).

Memandangkan komplot akan disertai ramai kaki casting luar, sebagai tuan rumah, seminggu sebelum acara berlangsung, saya dan beberapa orang rakan MAG yang lain telah ke MPG terlebih dahulu untuk meninjau keadaan lokasi.

IKLAN

Kami dimaklumkan seramai 20 orang akan hadir ke acara yang julung-julung kalinya diadakan oleh MAG khususnya dan Bahagian Mukah amnya.

 

Cubaan casting telah berjaya akan ada hasil yang memuaskan untuk para peserta. Tiba hari yang dinantikan, seawal jam 6 pagi, saya telah terpacak di depan gate waterpump MPG seperti mana yang telah dijanjikan.

 

Namun kelibat beberapa ahli komplot belum kelihatan lagi. Panggilan telefon daripada AdieZul Chabe saya terima menyatakan rombongan caster dari Bintulu yang telah datang

pada sebelah malam tadi masih lagi sarapan pagi di bandar Mukah dan hanya akan sampai ke lokasi dalam masa 20 minit lagi.

 

Memandangkan masih awal dan belum ada ahli komplot yang sampai, saya telah mencapai set ringan untuk mengilat bulan di sebuah tali air bersebelahan dengan tempat kereta saya parking. Beberapa sambaran diterima dari bulan, tetapi rabut.

 

IKLAN

Setelah menukar gewang ke Rapala Ultra Light Minnow 4cm FireTiger, seekor ikan bulan dapat didaratkan. Selepas mengambil gambar, ikan tersebut berjaya dilepaskan semula dengan selamat ke habitat asalnya.

Beberapa ekor haruan juga berjaya didaratkan selepas itu sehinggalah rombongan AdieZul Chabe tiba.

 

Rombongan ini turut di sertai oleh beberapa orang rakan caster dari Bintulu iaitu Sanip Noh, Frank Joseph dan Uncle ‘Burn’.

Setelah bersalaman dan berkenalan, kami pun terus mencapai joran yang telah tersedia untuk mengilat sang bulan yang makin galak bermain air sementara menunggu rakan caster dari Kuching dan Sibu datang.

 

Setelah sebilangan besar para ahli komplot pada hari tersebut hadir iaitu (sekadar menyebut beberapa nama) Terubuk Sarawak (Kuching), Izad Imran, River Barra

(semenanjung) Majidi Wong, Azizul, Zurkanaen dan rombongan dari Sibu, maka sedikit penerangan telah saya buat berkenaan komplot pada hari tersebut.

 

IKLAN

Setelah menikmati sedikit hasil buah tangan dari Majidi Wong (Pak Anjang), ahli komplot seramai lebih 20 orang telah bergerak dalam 3 kumpulan kecil ke spot mengilat yang telah dikenal pasti.

 

Kumpulan pertama yang terdiri daripada River Barra, AdieZul, Sanip Noh, Uncle ‘Burn’, Frank Joseph dan beberapa orang lagi memilih spot Culvert.

Acara mengilat dilakukan secara ‘landbase’ sahaja. Manakala Pak Anjang menghantar kumpulan saya ke spot Tanjung.

 

Tidak menunggu lama, Adie Zul yang beberapa kali sudah membuat kunjungan ke sini, mendapat lesen pertama siakap merah (MJ) beliau.

Begitu juga dengan saudara Sanip Noh dan River Barra yang mana masing-masing berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan seperti tetanda, MJ, gerepoh (GT) juvenil dan kitang.

 

Kumpulan yang memilih spot Tanjung (Izad Imran, Terubuk Sarawak, Muhammad dan Mathius Ventorum dan saya) juga mendapat banyak strike pada pagi tersebut.

Paling menarik, beberapa GT juvenil menggunakan set ringan yang digunakan kebanyakannya oleh kami. Memang syok melihat rod melentur dengan lentik.

 

Penggunaan micro jig keluaran Storm memang betul-betul berkesan tatkala gewang replika ikan konvensional kurang mendapat sambutan daripada sang penghuni tasik ini.

Jig saya lontar seperti biasa dan karauan dibuat baik secara laju, henjutan dan stop & go memang menjadi pada hari tersebut. Selain beberapa ekor GT juvenil, MJ, tetanda, malah ikan selar pun tergoda dengan micro jig pada hari tersebut.

(bersambung….)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI