Kejayaan sesuatu trip itu lazimnya bergantung kepada perancangan dan persiapannya. Lazimnya begitulah.

Namun tak bermakna tanpa perancangan dan persiapan rapi sesuatu trip itu akan berakhir dengan kumpau berdarah.

 

Sebaliknya, trip yang dirancang dan penuh siap siaga itulah yang berakhir dengan kumpau berdarah manakala trip ad hoc pula yang sukses terlampau.

Dan inilah yang penulis alami ketika dalam satu sesi lawatan santai ke utara tanah air.

 

Apabila dipelawa oleh rakan baik untuk menemani beliau ke Sungai Petani dalam pertemuan dengan pengasas produk Tokwan Iron Lure, penulis menerimanya dengan bersyarat.

 

Sehari daripada jumlah hari lawatan tersebut adalah hari memancing. Setelah dipanjangkan perkara tersebut, biarpun kesuntukan masa dapat juga Tokwan mencari spot larangan haruan mega yang macam cendol banyaknya.

 

Oleh yang demikian kami bertiga bertolak ke Sungai Petani dengan kelengkapan untuk bermain haruan saja.

 

Trip Retro: Belida Tali Air… Yak Yak Yee!

 

Uniknya apabila pemancing berurusan dan bertemu dengan pemancing ini, urusan bisnes atau apa saja urusan penting lainnya menjadi urusan sampingan, sebaliknya memancing pula yang menjadi urusan nombor wahid.

 

Bukan satu tapi 3 spot telah diatur oleh Tokwan untuk kami pilih. Sama ada bermain haruan mega, sudahlah mega macam cendol pula di spot larangan A.

Land base casting di sungai larangan B atau menerjah bekas lombong yang memiliki reputasi menyeramkan kerana toman-toman yang ada tidak dapat dipastikan saiznya kerana saiz mata toman itu saja sudah sebesar roti canai!

 

Namun kami sepakat sekata untuk bermain haruan di spot larangan A saja meskipun terbawa-bawa ke dalam mimpi kisah toman yang matanya sebesar roti canai.

 

Seawal pagi keesokannya, atas sebab-sebab teknikal kami tidak diberi akses untuk memancing di spot larangan A.

Kami hanya dibenarkan memancing di kawasan pinggirannya saja. Spot haruan mega juga tapi yang mega-mega sudah pun dipunggah.

 

Memandangkan spot di sungai larangan B juga dilarang masuk pada hari tersebut dan gerun untuk ke lokasi toman yang matanya saja sebesar roti canai, kami bersantai sajalah di spot haruan mega yang sudah dipunggah orang.

 

Menjelang tengah hari seperti terhidu kekecewaan kami, Tokwan pantas merencana perancangan baru.

 

Sejurus selesai makan tengah hari di Bedong kami terus ke Jeniang untuk menjemput player Tokwan yang arif dengan spot casting belida bintik di Kubang Sepat, Jitra.

Tak sangka pula jarak dari Bedong ke Kubang Sepat sekitar 70 kilometer juga dan mengambil masa satu jam perjalanan.

 

Trip Retro: Belida Tali Air… Yak Yak Yee!

 

Dalam masa yang singkat juga Tokwan berjaya mengumpul pemancingpemancing atau player beliau sendiri dari grup Akula bagi menyertai komplot casting belida bintik.

Dan spot yang dikhabarkan banyak belida didaratkan oleh grup Akula sebelum ini adalah di kawasan tandop atau kunci tali air Alor Biak dalam mukim Kubang Sepat.

 

Memandangkan sesi trip ad hoc atau komplot casting belida bintik yang tak dirancang ini kami tiada sebarang persediaan gewang untuk diguna pakai, Tokwan So’do dan custom blade atau Tokwan Blade yang masih dalam proses ujian atau prototype akan digunakan.

 

Trip Retro: Belida Tali Air… Yak Yak Yee!

 

Ternyata spot belida bintik merupakan kawasan awam yang terbuka untuk umum. Pada mulanya penulis seperti sukar untuk terima akal bagaimana belida bintik boleh dipancing dengan mudah di tali air atau saliran di sepanjang jalan Sungai Korok ke Jitra tersebut.

Tambah pula dengan menggunakan bilah besi kontot seberat 3.5gm.

 

Ikan yang diburu pula adalah bersifat nokturnal atau hanya aktif pada waktu malam. Hanya kerana rekod peribadi penulis agak baik dalam menggunakan blade suatu ketika dahulu, membenihkan sedikit keterujaan untuk menguji prototype Tokwan Blade.

 

Trip Retro: Belida Tali Air… Yak Yak Yee!

 

Rakan baik saya yang masih dalam mood hanyir menjadi pembuka tirai petang itu.

Hasil casting berhampiran longgokkan pokok kangkung dan tumbuhan terapung berjaya juga beliau menarik keluar belida bintik yang dipercayai spot di bawah tumbuhan tersebut yang redup dan gelap merupakan kediamannya pada siang hari.

 

Trip Retro: Belida Tali Air… Yak Yak Yee!

 

Meskipun dikatakan pergerakan belida ini agak lembap pada siang hari namun apabila terkena mata kail tentangan yang diberi ternyata menyeronokkan juga.

Apabila matahari semakin menurun, dan kelibat belida bintik semakin galak bermain main maka semakin banyaklah aksi strike dapat disaksikan. Hanya dipisahkan berjaya atau tidak mendaratkannya saja.

 

Seekor belida bintik mega turut berjaya diheret hingga ke tepi air namun kelewatan penulis tiba untuk sesi fotografi menyebabkan belida tersebut berjaya meloloskan diri.

Dan penulis sendiri berjaya juga mendaratkan seekor. Walaupun saiznya kecil saja namun ia sudah dianggap sebagai lesen casting belida menggunakan Tokwan Blade.

 

Trip Retro: Belida Tali Air… Yak Yak Yee!

 

Meskipun tanpa perancangan dan persiapan rapi, dan tempoh memancing juga begitu singkat, hasil dari komplot ad hoc ini bolehlah dianggap sukses.

 

Ia mungkin boleh dianggap sebagai sukses sepenuhnya jika Tokwan atau pengasas Tokwan So’do dan Tokwan Blade ini berjaya keluar dari mood kumpau yang sekian lama memayungi beliau.

 

*Nota sentap: Dikhabarkan spot ini tidak lagi menjadi lubuk belida apabila ada aktiviti meracun dijalankan.

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI