Perkongsian: Azura & Amlie Fishing Adventures

Lokasi: Tasik Chini, Pahang.

 

Setelah sesi berkenalan dengan Tasik Chini pada hari pertama, kami meneruskan Siri Jelajah Snakehead Malaysia pada hari kedua pula. Hari kedua merupakan hari kedua kami di Tasik Chini dan akan mencuba nasib di Tasik yang penuh dengan cerita lagenda ini secara penuh.

 

Trip Happy Walaupun Kumpau

 

Hari ini kami bersama tuan rumah Sipu Suri Azlan, Sipu Atan dan Naim. Sepatutnya sipu Mohd Azly Hasan Lieynaga join kami tapi disebabkan Sipu Liey demam lepas komplot dengan kami semalam maka tak dapatlah nak join. Kami berlima mencuba nasib dengan menaiki 2 buah bot.

 

Trip Happy Walaupun Kumpau

 

IKLAN

Berikut merupakan keputusan hasil kami casting dari pagi hingga tengah hari.

Amlie Abie (suami Akak) kena 5 misscall.

Sipu Lan kena 4 misscall

Total misscall dari pagi sampai petang  (Sifu Lan, Amli Abie dan Akak) – 12 misscall.

Total lokoh – Akak seekor dan Amli Abie seekor

Strike – seekor!

 

Trip Happy Walaupun Kumpau

IKLAN

 

Tengah hari kami rehat sampai pukul 3.00 petang. Semua terbongkang termasuk jugalah Akak… Kahkahkahhh! Pukul 3.00 kami sambung semula mencari strike toman Tasik Chini.

 

Petang ni cuaca berubah sikit. Angin punya la kuat sampai air tasik jadi bergelombang. Bila jadi macam ni, alamatnya… memang Akak mabuk la. Jadi pening air liur masam semua ada terasa kat tekak. Tak casting la Akak dari pukul 3.00-5.00 petang tu.

 

Trip Happy Walaupun Kumpau

 

IKLAN

Pukul 5.00 petang tu Akak pun try la baling.  First cast Akak belah petang tu terus kena baham! Menjunam dia bawak gewang Akak. Pam petama dia ada, pam kali kedua… ciuuuuuu! Terbang buzzbait Akak terus tuju kat Sipu Lan.

 

Nasib baik la Sipu Lan sempat tunduk. Kalau tak, bertindik la Sipu Lan. Senang cakap… lokoh la cerita dia. Laki Akak baling pulak depan dari tempat Akak lokoh. Pommmm!!! Menjunam dia bawak.. pam kali kedua terus locottttt.

 

Trip Happy Walaupun Kumpau

 

Alhamdulillah Trip Tasik Chini memang kami puas hati. Walaupun laki Amli Abie tak dapat Landingkan toman dalam bot, dia puas hati dengan deretan misscall yang bagi ketor lutut.

 

InsyaAllah kami repeat lagi ke Tasik Chini. Terbaik semua sahabat yang terlibat. Jutaan terima kasih kami ucapkan sudi terima kami di Chini.

 

Trip Happy Walaupun Kumpau

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI