Pemancing di sini yang memburu tenggalan masing-masing datang dengan bekal umpan hasil resipi sendiri. Rata-rata umpan yang diadun terdiri daripada bahan asas seperti dedak, kelapa sawit dan gandum.
Ads
Terdapat juga sesetengah yang menggunakan palet dan cengkerik. Jika berhajat untuk mengetahui umpan power menjinak tenggalan, pandai-pandai ayat manis dengan pemancing otai. Antara teknik yang paling popular di sini ialah penggunaan mata bom. Selain itu, penggunaan mata rambai juga banyak diaplikasi oleh pemancing di sini selain mata tunggal dan dua mata.
Ads
Ads
Apa pun, musim tenggalan menjadikan sekitar Sungai Perak agak meriah dengan kebanyakan lubuk sepanjang sungai pasti dihuni oleh pemancing dari pelbagai golongan usia.
Spesies cantik penghias akuarium ini sebenarnya boleh dipancing sebagaimana saudara Channa yang lain. Ketika musim air surut adalah masanya jalai mudah dijumpai. Ini adalah kerana ketika paras air rendah, populasinya akan tertumpu di sesuatu tempat, jadi pencariannya menjadi lebih mudah.
Namun, tetap sangat kurang pemancing yang bersungguh-sungguh memburunya, oleh itu kebanyakan tangkapan adalah secara tidak sengaja.
Jalai tidak duduk sesuka hati di kawasan tasik. Ia perlu kawasan yang sesuai atau membina sarang untuk menyembunyikan dirinya dari gangguan sebarau dan toman. Berdasarkan pengalaman dan pertanyaan mereka yang memburunya, saya dapati terdapat beberapa lokasi yang boleh dicuba untuk mencarinya.
Pertama, kawasan dalam teluk yang bertebing tinggi dan curam serta berbatu, terbaik jika tebing tersebut mempunyai lubang-lubang di dalamnya. Sarangnya boleh dikenali dengan tompokan tebal sampah terapung yang tersangkut di ranting-ranting pepohon renek yang tenggelam dalam air.
Kedua, kawasan hujung buluh yang tergantung kerana paras air yang rendah. Sekali lagi sarangnya boleh dikenali dengan tompokan tebal dedaunan dan ranting bulu yang mati yang terkumpul rapat di tepi tebing.
Ketiga, hujung anak sungai kecil yang dipenuhi dedaunan kering yang hampir menjadi kompos. Jika terjumpa alur kecil atau sungai kecil, cuba pergi ke hujungnya yang cetek, kadangkala boleh dijumpai jalai di situ.
Keempat, pohon tumbang ke dalam air dengan banyak ranting kecil berceracak di permukaan air. Pastikan kawasan ranting-ranting itu rapat ke tebing dan sampah-sampah hanyut berupa daun dan akar pokok melekat di situ.
Teknik menggoda
Jalai menggemari kawasan paya yang memerlukan penggunaan katak hidup atau soft plastic kalis sangkut kerana habibatnya bereba banat. Jalai tasik masih boleh digoda dengan pelbagai jenis gewang dari permukaan hinggalah menyelam dalam.
Oleh kerana jalai gemar berlegar betul-betul rapat dengan tebing, sasaran gewang anda harus tepat dan mencelah betul-betul ke dalam reba rapat ke tebing. Peratusan sangkut memang tinggi, tapi itu sahaja harapannya. Ada juga pemancing yang dapat jalai di kawasan terbuka, tapi itu diibaratkan seperti bulan jatuh ke riba.
Jalai bukanlah good fighter seperti toman, ia hanya membentak seketika sahaja sebelum mengikut ke bot. Melainkan kerana bersaiz kasar, ia mungkin boleh mengeluarkan drag dan memutuskan tali.
Aspek fisiologi ikan yang disebut osmoregulasi menunjukkan perbezaan utama antara ikan air masin dan ikan air tawar. Osmoregulasi merujuk kepada cara pengawalan aliran air di seluruh badan mereka serta termasuk komposisi tisu badan dan insang.
Tisu badan dalam ikan air masin mengandungi kurang garam daripada air di mana ia hidup. Kerana persekitaran yang masin di dalam air luar menarik air dari tisu badan, ikan air masin sentiasa kehilangan air melalui kulit dan insangnya.
Untuk mengimbangi dan mencegah dehidrasi, ikan air masin meminum air garam yang banyak, menghasilkan sedikit air kencing dan merembeskan garam dari air ini melalui insangnya.
Sebaliknya, tisu badan di dalam air tawar mengandungi lebih banyak garam daripada air di mana ia hidup. Akibatnya, air terus mengalir ke dalam badan ikan air tawar melalui kulit dan insangnya dan ikan itu tidak mempunyai sebab untuk mengambil air tambahan dengan meminumnya. Ikan air tawar mengelakkan lebihan air dalam tisu badan dengan menghasilkan sejumlah besar air kencing.
Jika ditanya apakah ikan air tawar hidup dalam air masin dan ikan air laut hidup dalam air tawar? Jawapannya tidak kerana ciri-ciri ikan air tawar hanya sesuai di persekitaran air tawar manakala ikan air masin sebaliknya.
Potong kevlar kira-kira 6 inci dan masukkan hujungnya melalui bahagian hadapan lubang cincin.
Step 2
Buatkan satu simpulan mati pada hujung kevlar tanpa perlu mengetatkan ikatan. Pastikan lebihan hujung tali tidak terlalu panjang atau pendek.
Step 3
Masukkan gelung yang terhasil dari simpulan mati ke batang mata kail melalui melalu arah matanya.
Step 4
Jerut atau ketatkan ikatan kevlar pada hujung teras mata kail. Boleh guna playar untuk dapat ikatan yang kuat dan kemas.
Step 5
Lilitkan dan ikat bahagian hujung kevlar dengan kemas pada teras mata kail. Kemudian bolehlah sapukan gam pada lilitan ini jika perlu (saya suka gunakan pengilat kuku sebagai ganti gam).
Step 6
Masukkan squid head atau sotong getah sekiranya ingin memakai aksesori tambahan ini. Jika ingin dua sotong plastik ini, masukkan lagi satu dengan arah bertentangan.
Step 7
Masukkan satu lagi mata kail dengan menerusi bahagian hadapan mata kail tersebut.
Step 8
Ulangi proses yang sama bermula dari Step 1 sehingga ke Step 4 sehingga hasilnya jadi seperti ini.
Step 9
Dapatkan keseimbangan (panjang yang sama kedua-dua mata kail) dengan memasukkannya pada apa saja jig yang ada.
Step 10
Seterusnya masukkan solid ring.
Step 11
Buatkan satu simpulan mudah bagi menghubungkannya dengan solid ring. Tarik dengan menggunakan playar agar ia menjadi kemas.
Step 12
Assist hook berkembar yang mampu disiapkan dalam masa yang singkat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...