Gunakan set pancing yang ringan (light set). Untuk keseronokan yang lebih, guna joran sekurang-kurangnya 7 kaki dan kekili siri 1000.
Main line tidak melebihi 12 lbs (dikatakan tali yang lebih halus lebih berkesan untuk memburu spesies ini)
Mata kail bersaiz kecil (mata kail udang saiz 7 dikatakan paling efektif). Ada pemancing yang menggunakan mata kail yang banyak, sama seperti mata bom atau mata rambai untuk memancing spesies ini.
Ads
Gunakan pelampung bersaiz kecil dan jarak pelampung dengan mata kail hanya sejengkal sahaja. Di kawasan Port Dickson pemancing menggunakan pelampung perahu layar untuk memancing spesies ini.
Umpan yang paling efektif ialah roti (cangkuk pada mata kail). Boleh juga guna umpan lain seperti dedak liat atau anak udang kecil.
Ads
Ada juga yang berpendapat penting untuk merasuah dahulu ikan belanak ini dengan biskut yang telah dihancurkan. Saya pernah juga mencubanya.
Apabila melihat kawanan ikan ini, baling umpan betul-betul dikawasan tersebut.
Ads
Selain menggunakan umpan dan mata kail, ada juga yang berjaya memperdaya ikan ini menggunakan bom jaring (bomb net) dan baling pada kawanan belanak tersebut. Pasti ada yang akan tersangkut di jaring itu. Namun dengan cara ini, ianya tidaklah begitu thrill jika dibandingkan memancing menggunakan umpan dan mata kail.
Ada juga pemancing yang menggunakan mata tiga untuk memancing ikan belanak ini di kelong kerana kebiasaannya spesies ini amat culas untuk memakan umpan roti yang dihulurkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
“Jawapan tetap sama di mana admin jumpa pertanyaan tersebut… lebih kepada riadah. Tiada hasil itu biasa.
Dapat hasil itu luar biasa. Enjoy dengan kawan-kawan. Asalkan umpan cecah kat air itu sudah membuat hati gembira.”
💡 YOSH
“Adakala aku memancing sebab nak rapatkan silaturahim. Adakala aku memancing sebab nak tenangkan fikiran dan berfikir cara terbaik selesaikan masalah.
Adakala aku memancing sebab nak latih semula bila jiwa terasa semakin lemah. Adakala untuk mendekatkan diri dengan Allah (penyerahan dan membuka mata dan hati).
Ikan adalah bonus. Tapi biasanya bila aku memancing semua yang adakala kat atas tu akan ada sepanjang aku memancing.
Bukan nak ikan sangat pun… tapi kalau ikan tu aku makan, walaupun kecil aku ambil bawa balik.”
💡 RC MATTS
“Mungkin sebab minat. Lain orang lain minatnya lain hobinya. But prinsipnya sama. Paling best bila bawa family, semua sama-sama minat memancing. Seronok betul.
Biarlah dapat ikan ke tak dapat ke, biarlah ikan sekecik ikan longkang ke… yang paling diutamakan keseronokan memancing bersama.
Kalau ada pemancing lain bersebelahan yang tak dikenali pun akan dapat berkenalan juga.”
💡 NOOR HIDAYAH AYA
“Cerita memancing ni macam ni… keseronokan dan kegembiraan tu terasa ketika kita dikejutkan dengan ketukan dan sambaran yang terjadi dapat menaikkan semangat.
Kemuncaknya ialah ketika belawan dengan sang misteri yang menarik tali keluar dari mesin dengan laju.
Keseronokan berganda akan terjadi apabila dapat menaikkan hasilnya. Maka keseronokan itulah yang menjadi penyebab utamanya.”
💡 MUHAMMAD AKMAL
“Yang pertama sebab hobi, yang kedua untuk mencari rezeki, yang ketiga untuk mencari keseronokan diri sendiri, yang keempat untuk menguji kesabaran diri, yang kelima untuk mencari ketenangan, release tension di tepi laut atau sungai bila berlakunya kumpau.”
💡 AZM ZMA MAN
“Hobi… lauk… jual. Belajar kawasan lubuk, umpan, menguji kekuatan jenis-jenis ikan. Belajar rod reel atau line apa yang terbaik… apa-apa sajalah daripada duduk tak buat apa dan bersembang tak tentu pasal.
Daripada membawang pasal orang memancing, lebih baik pergi memancing.”
💡 MOHD RIZWAN
“Ada yang memancing kerana hobi. Ada yang memancing niat nak tambah rezeki. Tetapi yang memancing di kolam berbayar niat nak tambah rezeki ini saya kurang faham… sebab risiko tinggi.
Bila tak dapat seperti niat di hati, mulalah memekak kata kolam tipu, kolam main ubat, macam-macam lagilah.”
NOORHAFIZAN ABD SAMAD
“Pucuk pangkalnya sebenar hobi… tapi dalam hobi tu banyak tujuan. Nak dapat ikan, nak ikan besar-besar, nak try rasa ikan besar tarik, nak rasa makan macam-macam jenis ikan dan macam-macam lagilah.”
💡 PUAKE NIANG RAPIK
“Banyak-banyak hobi dalam dunia ni… hobi memancing paling win. Gigil dia lain macam. Kalau kumpau berdarah hidung… terlepas ikan besar tak lena tidur jadinya.
Yang best dapat ikan besar dia punya senyum sampai telinga… tidur pun lena!”
💡 MOHAMMAD SOFIAN ABDUL RAHMAN
“Tujuannya mencari kepuasan. Dari main tepi pantai sampai berubah main gewang… sanggup meredah hujan bermandikan cahaya matahari demi menghilangkan ketagihan.
Ketagih memancing ni lebih parah dari ketagih dadah. Hahahaha!”
Apabila memancing tengas, kita perlu banyak ‘mengendap’ iaitu bergerak senyap, perlahan dan menyamarkan diri dengan persekitaran. Kaedah mengendap ini lebih penting berbanding pemilihan umpan. Tengas hidup dalam persekitaran yang terdapat makanan mengalir laju mengikut air, jadi spesies ini tidak begitu memilih makanan.
Namun walau apapun umpan terbaik yang digunakan, tengas tidak akan menyentuhnya sekiranya ia dapat melihat anda. Jadi, anda perlu berpakaian hijau, berselindung di sebalik batu atau pokok ataupun duduk di bawah bayangan sekiranya mahu mengendap tengas.
Berkenaan dengan umpan pula, tengas menggemari pelbagai umpan termasuk pelet, biskut (campur sedikit kunyit sebagai pewarna) dan juga roti canai! Belalang, cengkerik, cacing dan lundi pasir juga merupakan kegemarannya lebih-lebih lagi dalam air keruh.
Umpan utama yang biasa digunakan oleh rakan-rakan saya ialah sejenis serangga yang dipanggil belalang togel, iaitu belalang hijau dengan perut yang bulat gemuk dan kaki belakang yang panjang. Tengas memang pantang nampak belalang ini, pasti disambarnya. Walau bagaimanapun, umpan terbaik apabila air keruh ialah perut ayam.
Jika anda ingin memancing tengas pada siang hari dan menjangkakan mampu mendapat ikan kecil tidak lebih dari 500gm, peralatan ringan dengan ketahanan 2-6lb sudah memadai.
Kekili mendatar jenis kecil dengan sistem tegangan yang licin paling sesuai. Joran yang panjang mungkin menyukarkan bagi yang kurang berpengalaman tetapi banyak kelebihan di sebaliknya.
Perairan tengas biasanya kecil dan sempit, oleh itu umpan perlu dilontarkan dengan cara menghayun (bukan melontar) atau hanya menjatuhkan terus ke dalam olak di belakang batu. Jadi joran yang panjang dapat menjalankan tugas ini dengan baik sekali.
Pengawalan hanyutan umpan dan tarikan ikan juga menjadi lebih mudah. Joran sepanjang 7-9 kaki juga boleh digunakan kerana ia sudah cukup lembut untuk mengawal tali halus. Gunakan tali perambut sepanjang 20 hingga 25 cm yang diikat pada cili dan batu ladung yang cukup kecil supaya hanyutan umpan kelihatan lebih semulajadi.
Untuk ikan kecil, gunakan mata kail bersaiz 16 hingga 10 (skala Mustad). Saiz yang kasar sesuai untuk umpan belalang dan cengkerik. Kebiasaannya, tengas kecil suka bermain di kawasan sempadan antara air deras dan olak tenang.
Cara yang banyak digunakan ialah dengan melontar umpan ke arah arus deras sambil tali dilepaskan beberapa meter ke hilir, kemudian karau.
Umpan akan hanyut ke olak tenang dan biasanya ragutan berlaku apabila umpan melewati sempadan yang disebutkan. Anda tidak perlu merembat joran dengan kuat kerana tengas sangat rakus menyambar umpan. Sentapan yang lembut sudah memadai.
Sekiranya anda ingin memburu spesies ini lebih-lebih lagi pada waktu malam, sebaik-baiknya gunakan tali yang kasar iaitu 8-12lb. Kaedah batu ladung hidup diperlukan, begitu juga dengan saiznya supaya sepadan dengan tali. Dengan ini, lontaran lebih mudah dilakukan dan penyampaian umpan kelihatan seperti semulajadi.
Spot kesukaan tengas pada malarn hari ialah pada bahagian ekor lubuk. Ikan ini lebih berani pada waktu malam kerana perairan yang agak tenang di bahagian tersebut menjadi medan perburuannya.
Anda perlu membiasakan diri dengan kawasan sebegini sebelum mengail kembali pada waktu malam lainlah sekiranya anda lebih gemar memancing pokok setiap kali lontaran! Memancing pada waktu malam di dalam hutan serta sungai berbatu amat membahayakan, jadi pastikan anda sentiasa berteman.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...