Untuk memperolehi hasil memancing yang memuaskan hati di kelong, anda perlulah banyak kali memancing di sesebuah kelong tersebut.
Anda juga boleh bertanya pada petugas kelong. Namun, sekiranya anda tidak berpeluang berbuat demikian, apa kata anda ikut saja saranan yang kami sediakan ini berdasarkan pengalaman kami.
TIP 1
Untuk memburu spesies pemangsa yang keluar masuk ke kawasan kelong, sebaiknya gunalah umpan hidup yang boleh diperoleh di kawasan kelong.
Cubalah dapatkan umpan hidup seperti tamban, selar atau sotong.
Ads
TIP 2
Udang hidup juga berkesan di sini namun ia lebih bagus untuk pancingan pada waktu siang. Pada waktu malam, sambutan terhadap udang agak kurang.
Sementara umpan udang mati mati atau udang kopek boleh digunakan sepanjang tempoh memancing bagi mencari spesies ikan berlainan.
Ads
TIP 3
Waktu terbaik untuk memancing ialah ketika adanya arus sama ada ketika air pasang besar atau pasang kecil.
Perubahan air pada waktu inilah yang banyak merekodkan tangkapan yang memuaskan hati.
Ads
TIP 4
Apollo dan candat udang wajib bawa. Apollo saiz kecil (nombor 4-6) untuk mencari umpan apollo saiz sederhana (nombor 10-12) untuk mencari selar dan cencaru bersaiz kasar.
Kami memilih apollo yang dilekatkan anak udang getah kecil pada mata kail apollo yang terbukti lebih berkesan.
TIP 5
Teknik pancingan yang berkesan adalah dasar berhanyut dan flying fox menggunakan umpan hidup.
Sementara teknik apollo dasar dengan hirisan tamban segar juga amat berkesan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebenarnya terdapat lebih 20 khasiat pengambilan ikan siakap dalam diet harian. Tapi admin tau tentu korang malas nak baca sampai 20 khasiat tersebut.
Jadi admin ambil 7 saja khasiat utama yang sangat diperlukan oleh seorang pemancing.
Menjaga Kesihatan Mata
Semua orang tahu bahawa vitamin yang sangat diperlukan dan baik untuk menjaga kesehatan mata adalah vitamin A.
Selain carrot, vitamin A juga terkandung dalam ikan siakap. Sama seperti vitamin A yang terkandung dalam carrot, vitamin A dalam ikan siakap dapat mencegah terjadinya kerosakan mata dan menjaga kesihatan mata agar tetap jernih.
Bola mata juga kelihatan segar dan bersih.
Mengatasi Sakit Jantung
Penyakit jantung berpunca dari ketidakmampuan jantung dalam mengepam keseluruh tubuh.
Akibatnya, aliran darah akan terhenti dan terhenti juga seluruh sistem organ dalam tubuh manusia.
Untuk mencegahnya, dapat dilakukan dengan mengambil siakap dalam diet. Ikan siakap mampu membantu menguatkan jantung untuk mengepam darah keseluruh tubuh. Bila jantung kuat barulah boleh mengepam joran dengan kuat.
Mengatasi Masalah Batu Karang
Apabila seseorang yang menderita batu karang tidak segera ditangani, ia mampu membahayakan penghidapnya bahkan dapat menyebabkan kematian.
Namun jangan takut, bagi mengatasi batu karang ini tidak hanya dapat dilakukan dengan pembedahan, tetapi juga dapat dilakukan dengan cara mengganti pola makan.
Mengganti pengambilan daging dengan ikan siakap dapat membantu mengatasi masalah batu karang yang dialami.
Kandungan dalam ikan siakap mampu menghancurkan kristal batu karang, yang kemudian akan keluar bersama dengan urin.
Menurunkan Kadar Lemak Dalam Tubuh
Meskipun tergolong ikan yang dimanfaatkan dagingnya, ikan siakap memiliki kandungan lemak yang rendah.
Bahkan, kandungan lain dalam ikan kakap mampu menurunkan kadar lemak berlebihan pada tubuh.
Bagi orang yang memiliki masalah berat badan, dan tetap ingin memakan daging, sebaiknya menggantikan daging dengan ikan siakap.
Daging ikan siakap tidak kalah kelazatannya dengan daging ayam mahupu daging lembu.
Mencegah Gigi Berlubang
Ikan siakap memiliki kandungan kalsium di dalamya, tidak hanya menjaga kesihatan tulang dengan mencegah tulang mengalami osteoporosis (kalau biasa tengok iklan susu, pasti korang dengar pasal osteoporosis).
Kandungan kalsium dalam ikan kakap juga mampu menjaga kesihatan gigi. Kalsium dalam ikan siakap mampu mengatasi masalah gigi berlubang yang banyak dialami oleh pemancing.
Meningkatkan Metabolisme
Ikan siakap memiliki kandungan mineral kalium yang cukup tinggi, dan dapat memenuhi keperluan kalium harian tubuh. Kalium memainkan peranan penting dalam tubuh.
Salah satu jenis mineral ini sangat diperlukan tubuh untuk metabolisme tubuh. Kalium dalam ikan siakap dapat membantu mengaktifkan pelbagai enzim dalam tubuh untuk metabolisme tenaga.
Kekurangan kalium dalam tubuh, dapat menyebabkan proses metabolisme tersekat, akibatnya tubuh dapat merasa lemah karena kekurangan energi.
Jika metabolisme terganggu, maka aktivitas yang sedang dilakukan juga terganggu.
Menurunkan Hipertensi
Hipertensi terjadi kerana tekanan darah meningkat yang disebabkan oleh tidak lancarnya aliran darah.
Untuk menurunkan tekanan darah, biasanya memakan mentimun, atau buah-buahan yang mengandung banyak air. Secara umum, ikan kakap mampu melancarkan peredaran darah.
Meskipun tidak memiliki kandungan air yang banyak seperti buah mentimun, daging ikan kakap dipercaya mampu melancarkan sistem peredaran darah.
Ikan siakap dapat menurunkan tekanan darah yang tinggi dan menjaga tekanan darah agar tidak terlampau rendah.
Joran atau rod pancing merupakan salah satu daripada alatan terpenting yang digunakan untuk memancing. Oleh yang demikian ia memerlukan penjagaan yang teliti bagi memanjangkan usianya. Joran bukan sekadar perlu dijaga ketika sedang digunakan malah turut penting ketika proses logistik atau penyimpanan.
Tip #1
Selepas memancing di laut atau air masin, bilas cincin-cincin joran dengan air paip secukupnya sebelum disimpan bagi mengelakkan cincin berkarat akibat pembentukkan garam.
Tip #2
Sebaiknya elakkan dari mengepam atau menaikkan joran melebihi 90 darjah ketika bertarung dengan ikan bagi memelihara backbone atau tulang belakang joran.
Tip #3
Sapukan baby oil pada blank (batang joran) dan cincin bagi memanjangkan usianya khususya jika sering memancing ketika panas.
Tip #4
Elakkan dari menegakkan joran secara tegak (90 darjah) ketika meletakkannya pada pancang atau rod holder kerana sentapan kasar ikan boleh menyebabkan tip (hujung joran) patah.
Tip #5
Berikan perhatian apabila membawa joran terutama joran 1 piece kerana sering berlaku tip joran patah kerana kemalangan di dalam kereta.
Tip #6
Sebelum membuat balingan, sentiasa perhatikan belakang anda tip joran cukup mudah patah sekiranya mata kail atau umpan yang akan dilontar tersangkut pada sesuatu objek.
Tip #7
Pastikan juga berat umpan yang anda gunakan sepadan dengan skala kemampuan joran anda untuk menampungnya.
Tip #8
Jangan sesekali menarik tali pancing yang tersangkut di dalam air dengan menggunakan joran kerana dengan mudah joran akan patah.
Tip #9
Seboleh-bolehnya gunakan sauk atau gancu untuk mendaratkan ikan walaupun ikan tidaklah sebesar mana.
Tip #10
Jangan terlalu mudah bagi pinjam pada kawan… terutamanya kawan yang baru belajar memancing tanpa pengawasan.
Dalam skop perikanan rekreasi, ikan kanai boleh dipancing dengan tiga kaedah utama. Pertama, melalui kaedah pancingan dasar menggunakan umpan.
Namun teknik pancingan ini kurang dipraktikkan kecuali oleh segelintir nelayan sungai dengan kaedah merawai.
Teknik yang banyak diamalkan para pemancing masa kini ialah melontar dan menunda gewang atau casting dan lure trolling.
Dari segi keberkesanan, teknik trolling ternyata lebih efektif berbanding casting namun dari segi kepuasan, memperoleh sambaran ketika casting jauh lebih trolling.
Namun untuk memperoleh strike walaupun dari seekor baby kanai bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara perlu dititikberat.
Antaranya ialah faktor cuaca, situasi air dan lokasi lubuk. Dikatakan juga, peratusan untuk memperoleh strike lebih tinggi berlaku di kawasan sungai utama dan anak sungai yang berair payau tersebut masih jarang dimasuki manusia.
Begitu juga dengan pengaruh cuaca. Waktu terbaik untuk memperoleh strike ialah kawasan padang pancing tersebut tidak dituruni hujan untuk tempoh dua atau tiga hari sebelum hari kejadian.
Dengan cuaca yang baik pada hari tersebut barulah peluang untuk strike bakal menyebelahi pemancing.
Sementara faktor warna atau kejernihan air turut memainkan peranan tersendiri.
Dikatakan, warna air sungai relatif normal dalam segi kejernihan adalah terbaik kerana tembaring tidak berminat dengan air yang masih memiliki warna sama dengan kejernihan air laut dan tidak juga menyukai air yang keruh seperi air sungai yang tawar.
Seperkara lainnya, pasang dan surut air juga merupakan faktor yang tidak boleh diabaikan. Malah ia amat penting untuk tidak mengadakan trip casting pada keadaan air pasang besar
dan juga bukan pada air terlalu surut karena faktor ini akan mempengaruhi sifat laku ikan dan juga corak warna air.
Keadaan air begini juga akan mempengaruhi tindakbalas ikan samada ikan menjadi pasif atau sebaliknya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...