Di sini saya ingin berkongsi tips dan juga cara untuk mendapat perjalanan yang lebih tenang terutama bagi yang ingin membuat perjalanan secara berkumpulan. Bukan sahaja perkongsian kenderaan sahaja yang diperlukan tetapi segala-galanya perlu dikongsi bagi memudahkan urusan.
Lagi banyak umpan yang berkualiti maka semakin tinggi peluang untuk dapat strike. Harga umpan pulak bukan semakin murah sekarang ni.
Kalau jarak ke lokasi pertandingan kurang dari 10 kilometer mungkin tak mengapa. Tapi kalau lebih dari 100 kilometer sendiri mahu ingatlah. Boleh koyak poket.
Ads
Jangan sesekali sertai pertandingan dalam keadaan lapar dan dahaga. Ia akan mengganggu konsentrasi sepanjang pertandingan.
Ads
Bagi yang menginap cara terbaik ialah bahagikan semua perkara di atas dan serahkan kepada lantikan orang kepercayaan dalam group atau sesebuah kereta atau lebih elok diberi kepada owner kereta.
Untuk pengetahuan semua, kebiasaannya kos agak besar kepada tuan punya kenderaan dan juga leader dalam setiap group nak tanggung seperti minyak kereta belum campur kos tayar yang haus, minyak hitam serta servis-servis yang lain.
Berhenti lepak makan dan minum pun masing-masing macam buat keras. Buat-buat tak tahu nak bayar. Akhirnya si tuan kereta juga yang membayar.
Apa yang saya ingin tekankan di sini tuan kereta pun sama macam kita semua yang menumpang jadi sebaiknya kita kena faham sebagai seorang rakan. Jangan buat-buat tak faham.
Ketahuilah semua ini juga menjadi punca perpecahan sesebuah persahabatan ataupun perpecahan group dalam diam-diam. Perasan atau tidak? Rezeki susah masuk kalau kita bersikap macam ni… percayalah!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ya… menggunakan dedak sebagai umpan memancing di kolam air tawar bukanlah satu kaedah yang pelik atau janggal, tapi bagaimana jika ia digunakan untuk memancing di laut.
Kalau dedak ditabur ke laut tentulah tidak akan membuahkan sebarang. Ia umpama memberi makan ikan. Tapi, jika ia dibancuh dan diuli dengan beberapa ramuan lain, ia amat efektif untuk memancing ikan dengkis atau rabbitfish ini.
Bahan keperluan:
Langkah 1
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas untuk diadun. Sebanyak mana tepung bergantung kepada sebanyak mana umpan yang ingin digunakan. Tepung gandum adalah bagi menjimatkan penggunaan umpan gam.
Langkah 2
Masukkan pula sebungkus dedak bomb 286 (Nisbah penggunaan tepung gandum sebaiknya 1/2 kuantiti dedak. Kalau dedak bom 500gm, tepung gandum cukup sekadar 200gm saja). Tepung gandum yang banyak agak menyebabkan umpan menjadi liat.
Langkah 3
Seterusnya masukkan satu paket Matsumoto Udang Antartika. Lagi banyak umpan serbuk udang ini lagi bagus kerana ia akan menguatkan lagi bau umpan nanti.
Langkah 4
Masukkan kira-kira 1/4 bungkus umpan gam atau kurang (umpan gam tidak perlu dicampur dengan banyak kerana ia akan menyebabkan adunan umpan menjadi kental).
Gaul semua bahan itu agak sebati dengan sempurna. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi kenyal (boleh juga menggunakan air laut). Adunan yang kenyal atau liat siap untuk digentel pada mata kail sebagai umpan.
Tip tambahan:
Apollo juga sesuai digunakan sebagai mata perambut. Hanya perlu gentel adunan umpan gam pada mata kail.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Sesetengah pemancing memilih untuk tidak menyampan (memancing di atas sampan) atas faktor keselamatan. Mereka takut berhadapan dengan bahaya lemas atau sebagainya jika berlaku sesuatu insiden.
Namun korang tidak perlu jadikannya satu fobia sehingga hilang salah satu nikmat memancing. Tips berikut kami sediakan bagi menjamin keselamatan korang sepanjang memancing menggunakan sampan atau bot.
Wajib Pakai Jaket keselamatan
Sama ada handal berenang atau tidak, selesa atau tidak, jaket keselamatan adalah wajib untuk dipakai. Tiada alasan untuk tidak memakai jaket keselamatan kerana ia bukan sahaja alat bantuan jatuh ke air dalam, malah juga pelindung keselamatan juga dari cuaca sejuk.
Kapasiti muatan dan alatan
Pastikan muatan sepadan dengan kapasiti sampan tersebut sehingga mengalahkan bot pendatang haram. Bawa alatan keperluan memancing sepadan dengan sesi pancingan. Tak perlu dibawa semua barangan pancing yang korang ada di rumah.
Jangan Lupa Pendayung
Pastikan pendayung ada dibawa bersama kerana sukar untuk diduga prestasi enjin bot. Walaupun enjin berkeadaan tip top sekali pun tetap pendayung wajib ada. Pastikan sebelum memulakan perjalanan, anda periksa sampan tersebut ada pendayung atau tidak.
Ketahui Risiko Kecederaan
Sentiasa pantau kedudukan rakan di atas sampan sebelum membuat balingan bagi mengelakkan insiden tercangkuk mata kail pada kepala rakan. Walaupun perkara ini sering diulang pesan namun tetap juga insiden tercangkuk mata kail terus berlaku.
Pakai Pakaian sesuai
Pakaian memancing yang sesuai dan selesa juga penting bagi tujuan keselamatan dan keselesaan. Ada sesetengah pemancing yang begitu mementingkan konsep dan gaya dengan memakai jeans dan juga boot. Sedangkan ia boleh mengundang bahaya jika korang terjatuh ke dalam air.
Alat Panduan arah
Jika memancing di lombong atau tasik yang luas, sebaiknya guna gps bagi mengelakkan sesat sekiranya tidak mahir dengan selok-belok lokasi.
Jangan Parkir sembarangan
Sekiranya perlu parkir di bawah pokok bagi mengelakkan panas atau hujan lebat, pastikan betul-betul pokok tersebut tiada ular di atasnya. Selain ular, kera juga boleh menjadi ancaman atau mengundang musibah di luar jangka.
Tenang is good
Sentiasa bertenang ketika memancing dan jangan sesekali melompat kegembiraan apabila berjaya menaikkan ikan. Apatah lagi jika rakan memancing korang kurang berjaya seperti korang.
Oleh kerana perjalanan ke lubuk pertama mengambil masa sejam, kami mengambil kesempatan ini untuk merehatkan badan. Sesampai sahaja di lubuk pertama terlihat wajah-wajah teruja dari kalangan kami. Masing-masing secara serentak melepaskan besi jig ke dasar dan bermulalah pancingan yang dipanggil slow pitch jigging.
Di sini, rod yang kami gunakan adalah dalam lingkungan antara PE 3 hingga PE 4 disesuaikan dengan jig seberat 180 hingga 250 gram kerana keadaan arus agak laju pada masa itu untuk teknik slow pitch jigging. Rod-rod yang kami gunakan dipadankan dengan kekili overhead Omoto Talos dan juga Shimano Ocea Jigger.
Tidak menunggu lama, rakan kami bernama Hatta yang berada di depan bot telah menerima sambaran pertama diikuti dengan Amir dan Bob secara berturutan. Keadaan menjadi riuh rendah seketika di atas bot apabila kami mendapat sambaran triple strike bantal emas berskala 3-4 kilogram.
Selepas puas bergasak di lubuk pertama,kami berpindah pula ke spot kedua iaitu di kawasan batu karang berkedalaman 70 meter. Menurut tekong, kawasan ini didiami oleh sang boron atau kerapu besar dan ramai jigger yang tertewas dengannya.
Tanpa berlengah lagi kami menurunkan besi jig pilihan kami iaitu Maxel DFS 180 gram tajaan Fishmax Tackle. Tidak lama bot kami berhanyut, rakan kami tiba-tiba terkejut dengan sambaran padu yang datang dari dasar. Setelah bergasak selama beberapa minit, akhirnya seekor kerapu berskala 3 kg timbul di permukaan.
Kami dengan pantas segera menurunkan jig secara serentak. Kali ini tiba giliran bob pula yang mendapat sambaran yang lebih padu dari penghuni dasar. Dengan segera Bob mengetatkan drag kerana larian ikan ini perlu disekat dengan segera bagi mengelakkan ia melarikan diri ke dalam lubang batu karang sekaligus mampu membuatkan pemancing berputih mata. Mujurlah tindakan pantas Bob memberikan kemenangan di pihak kami.
Bila keadaan kembali suram, tekong dengan pantas menukar haluan ke kawasan kapal karam. Di sini, Tekong awal-awal lagi telah memberitahu bahawa kawasan kapal karam ini menjadi kawasan yang paling senang untuk besi jig tersangkut dan berkubur di dasar. Cuak juga kami dibuatnya.
Saya pada masa itu menurunkan jig terlebih dahulu daripada rakan-rakan yang lain. Tak menunggu lama, semasa membuat 2 kali karauan, jantung saya berdegup kencang dan adrenalin mengalir deras. Sambaran daripada penghuni dasar amat padu.
Dengan berinsurankan 100% fluorocarbon leader line dari Expert Graphite berkekuatan 40 lb, dalam fikiran saya mula berteka-teki ikan apakah yang menyambar jig Maxel DFS 180 di gabungkan dengan rod Expert Graphite Butterfly berkekuatan PE 1.5 – 3 ini?
Setelah berhempas pulas bertarung, bayang keemasan mula kelihatan di permukaan air. Yess, jenahak bantal!!! Bagaikan tak disangka misi saya tercapai untuk menguji ketahanan rod Expert Graphite Butterfly ini.
Terbuktilah jenama ini tidak kurang hebatnya dan ternyata permainannya di perairan Jarak ini amat berkesan dan setanding dengan nama-nama besar yang lain. Begitu juga dengan kekili mampu milik Omoto Talos yang terbukti kuat dan lasak walau di perairan ini.
Akhirnya, apabila jam menunjukkan tepat pukul 7 petang ini menandakan tamatnya aktiviti slow pitch jigging kami di perairan Jarak. Meskipun hanya mengikuti trip seharian, namun pengalaman bertarung dengan Jenahak dan kerapu sememangnya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan terutama bagi yang baru merasai pengalaman memancing di sini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...