Tip Untuk Buat Trip Memancing Dengan Boathouse!!

Share

 

Pertama sekali perlu pastikan jumlah ahli trip biar sepadan dengan kapasiti boathouse yang ingin ditempah. Sebaiknya jumlah ahli trip sepadan dengan kapasiti boathouse tersebut.

 

Ketahui pakej harga yang ditawarkan oleh pengusaha boathouse. Lazimnya sekitar RM1500 hingga RM 2500 per malam. Bukan dalam kiraan hari. Jika pakej harga tidak sepadan dengan kapasiti pemancing bagi sesebuah boathouse, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

 

Jika tidak tahu, sebaiknya tanya servis atau kemudahan yang disediakan dalam pakej tersebut. Jika ada menyatakan jumlah tandas, katil atau bot fiber dan umpan disediakan, pastikan ia sememangnya ada dan boleh digunakan.

 

Tetapkan lokasi memancing yang ingin ditujui kerana tidak semua sungai di dalam kawasan tasik boleh dimasuki secara percuma. Dan pastikan tekong boathouse tersebut membawa anda ke lokasi tersebut, bukannya lokasi pilihan beliau.

 

Walaupun setiap boathouse menyediakan dapur dan kelengkapan memasak namun makan dan minum tidak termasuk dalam pakej tersebut. Jadi, anda wajib bawa barang-barang makan dan masak sendiri jika tidak mahu kebuluran.

 

Pastikan juga pengkalan yang betul di mana anda akan naik boathouse tersebut kerana ada lebih dari satu pengkalan di tasik kenyir.

 

Bagi memastikan trip berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancang, bayaran penuh sewa boathouse elok diselesai setelah tamat trip, bukannya sebelum memulakan trip.

 

 

IKLAN