Pertama sekali perlu pastikan jumlah ahli trip biar sepadan dengan kapasiti boathouse yang ingin ditempah. Sebaiknya jumlah ahli trip sepadan dengan kapasiti boathouse tersebut.
Ketahui pakej harga yang ditawarkan oleh pengusaha boathouse. Lazimnya sekitar RM1500 hingga RM 2500 per malam. Bukan dalam kiraan hari. Jika pakej harga tidak sepadan dengan kapasiti pemancing bagi sesebuah boathouse, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Jika tidak tahu, sebaiknya tanya servis atau kemudahan yang disediakan dalam pakej tersebut. Jika ada menyatakan jumlah tandas, katil atau bot fiber dan umpan disediakan, pastikan ia sememangnya ada dan boleh digunakan.
Ads
Tetapkan lokasi memancing yang ingin ditujui kerana tidak semua sungai di dalam kawasan tasik boleh dimasuki secara percuma. Dan pastikan tekong boathouse tersebut membawa anda ke lokasi tersebut, bukannya lokasi pilihan beliau.
Ads
Walaupun setiap boathouse menyediakan dapur dan kelengkapan memasak namun makan dan minum tidak termasuk dalam pakej tersebut. Jadi, anda wajib bawa barang-barang makan dan masak sendiri jika tidak mahu kebuluran.
Pastikan juga pengkalan yang betul di mana anda akan naik boathouse tersebut kerana ada lebih dari satu pengkalan di tasik kenyir.
Ads
Bagi memastikan trip berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancang, bayaran penuh sewa boathouse elok diselesai setelah tamat trip, bukannya sebelum memulakan trip.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan pari sememangnya cukup popular di kalangan masyarakat kita apatah lagi bagi pemancing. Pemancing beruntung kerana lebih berpeluang untuk menikmati ikan pari yang segar hasil pancing.
Tapi bagi mereka yang tak berpeluang untuk menikmati pari segar, di sini kami sediakan sedikit tips untuk memilih dan membeli ikan pari agar tidak terbeli ikan pari sudah rosak atau berbau hancing.
Ketika memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya, pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana ia memudahkan proses memasak.
Bagi ikan ketuka pula,biasanya ia dijual tanpa dipotong (seekor). Oleh itu untuk mengenal pasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
Jika ikan pari atau ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah menyediakan bahan berikut:
Asam jawa
Air
Cara penyediaan:
Bersihkan ikan pari atau ketuka. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
Setiap enjin bot dilengkapi dengan sistem pemulas minyak mengikut model. Bagi enjin berkuasa kecil seperti 2hp hingga 3hp terdapat sistem talaan minyak mengikut level bentuk lambang kura-kura dan arnab bagi mengukur tahap kelajuannya.
Bagi enjin berkuasa lebih besar, sistem talaan minyak menggunakan pemulas yang dikawal daripada pemegang enjin. Sistem ini yang mengawal kelajuan sesebuah bot yang dipandu.
Terdapat teknologi enjin sangkut menggunakan sistem gear automatik iaitu pemulas enjin dilengkapi dengan gear tetapi ia terhad pada beberapa model sahaja.
Pemegang ini bertindak sebagai kemudi bot yang boleh memacu bot mengubah haluan mengikut kehendak pemandu. Enjin sangkut yang dipasang di bahagian belakang bot menjadi nadi penggerak kepada bot.
Tolakan ke kiri dan ke kanan pemegang bot boleh melaraskan bot dalam haluan yang betul mengikut kehendak pemandu. Sifat pemanduannya cukup mudah. Tolakan ke kanan akan membuatkan bot bergerak ke kiri dan tolakan ke kiri akan mengubah haluan ke arah kanan.
Namun diingatkan kepada pemandu bot tidak mengubah haluan dalam kelajuan maksimum kerana ini boleh menyebabkan bot berada dalam keadaan tidak stabil dan mampu terbalik.
Kebiasaannya kedudukan gear berada dibahagikan tepi atau sebelah pemegang pemulas minyak. Ikut panduan yang biasanya terdapat pada penutup enjin.
Tarik ke hadapan bermakna bot akan meluncur ke hadapan dan tolakan ke belakang bermakna sistemnya akan mengundur ke belakang.
Jangan sesekali menukar gear secara tiba-tiba tanpa menghentikan pulasan minyak kerana ini akan menyebabkan kotak gear yang berada di bawah akan rosak.
Kesesuaian situasi memancing adalah perkara yang subjektif untuk dibincangkan, ada pemancing yang gemar memancing di lombong atau tasik dan kawasan perairan ini tidak memerlukan sauh untuk berhenti di sesuatu lokasi berbanding bot yang perlu berhenti di lubuk-lubuk di sungai ataupun laut.
Gunakan sauh yang betul dan sesuai dengan saiz bot yang dimiliki agar ia mampu bertahan di dalam air mengawal pergerakan air daripada mengganggu bot berganjak dari lokasi asal.
Pemandu atau tekong harus tahu arah pengaliran air dan juga lokasi labuhan sauh yang sesuai agar bot berada di kawasan lubuk yang hendak dipancing. Jarak labuhan sauh berbeza mengikut kedalaman air.
Yang penting cara ikatan sauh yang betul mampu menyelamatkan sauh sekiranya tersangkut pada dasar air yang tidak dapat dilihat. Ikatan pada pucuk sauh secara kuat dan ikatan tambatan tali yang sedikit halus mampu menyelamatkan sauh daripada menjadi tukun.
Walau dalam keadaan apa sekalipun, tekong adalah kapten kepada penggerak alat di atas air ini. Seorang pemandu perlu peka terhadap persekitaran air dan kawasan padang pancing walaupun telah lama berkhidmat menjadi pemandu bot.
Apa yang penting, keselesaan anak kapal juga perlu diberi perhatian agar keselamatan semasa bot bergerak atau semasa bot sedang parkir untuk memancing dapat dirasai oleh anak kapal yang juga seorang pemancing!
Saya mengenal ikan tamok ini sejak dari kecil lagi. Walaupun sudah mengetahui dan memahami sifat ikan tamok yang memakan rumpai laut atau lumut, saya mengalami kesukaran untuk memancingnya kerana sulit untuk menyediakan umpannya. Hati terasa panas bila melihat ikan ini berenang dan bermain di persekitaran kawasan kami memancing.
Dari situ kami mula mencari idea memikirkan umpan alternatif. Maka sisa makananlah yang selalunya dijadikan bahan ujikaji. Dari sini secara tidak lansung kita dapat mencari panduan dan formula untuk menyediakan umpan sesuai yang mudah disediakan.
Saya teringat ketika mengunjungi kelong memancing di Bagan Lalang. Ada beberapa kaki pancing kecewa kerana tidak berpeluang langsung menjerat tamok walaupun telah berusaha keras. Setelah diperturunkan beberapa petua, sekor demi seekor tamok berjaya dipancing tanpa banyak halangan lagi.
Pengunaan umpan roti digumpal padat kini sudah menjadi lumrah bagi kalangan kaki pancing. Ketika melancong dan memancing di Maldives dulu, saya diajar mengunakan umpan tepung capati yang diuli sebagai umpan. Tepung capati lebih tahan daya lekatan pada mata kail berbanding roti yang mudah terlerai di dalam air.
Begitupun kedua-dua jenis umpan ini memerlukan kita menabur rasuah terlebih dahulu agar memberi kelekaan serta mengurangkan ikan merasa curiga terhadap umpan yang bakal dilabuhkan kemudian.
Teknik terkini, saya semacam tidak percaya apabila tamok tertarik dengan umpan hirisan ikan yang digunakan pada set mata apollo.
Sama ada ia tertarik kerana adanya manik dan warna-warna kertas berkilat atau umpan sukar untuk saya leraikan untuk sekali pengamatan. Apa yang saya nampak tamok datang mendekati umpan, hidu atau ambil bau kemudian berlalu. Lepas itu datang balik, lakukan tabiat yang sama berulang kali tanpa menyentuh sepenuhnya hirisan ikan yang saya gunakan.
Pada awalnya saya hampir berputus asa untuk memancing tamok berumpankan hirisan ikan, tapi menjelang arus surut terjadi buat pertama kali tamok menelan umpan hirisan ikan yang sebelum ini hanya dihidu sahaja.
Untuk memancing tamok, disarankan menggunakan tangsi bawah 12 paun. Lebih halus maka lebih besarlah peluang. Joran grafit 10-15 Ib, panjang 6.5 kaki dengan kekili mendatar lebih pratikal diguna pakai. Ini kerana roti yang dipasang pada mata kail tidak mempunyai berat mencukupi ketika balingan dibuat. Penggunaan pelampung sememangnya memudahkan lontaran dibuat tanpa banyak masalah.
Oleh kerana teknik memancing di permukaan air, lebih senang mengunakan pelampung yang diikat pada jarak sejengkal dari mata kail, memadai jangan terlalu panjang. Saya lebih menyarankan mata kail saiz 16 hingga 18 diikat pada tali tangsi utama 10 lb dan dilontar hanyut di belakang kira-kira 3 meter jarak paling minima.
Ini kerana tamok jarang rapat jika melihat pemancing berhampiran. Apabila kita mula mengesan umpan diusik, biarkan seketika jangan strike lagi. Beri sedikit tali lagi agar tamok tidak mengesan perangkap. Biar ia leka mengutis dan akhirnya menelan umpan. Sebaik umpan ditelan pastinya tangsi tegang saat ikan melarikan diri.
Bila mata kail berada dalam mulut tekanan balas diberikan amat mudah untuk lekatan kail terhasil. Kemudian layan sahaja kerana tamok tidak berenang menjunam ke dasar mahupun ke kawasan reba. Ia berlegar di permukaan kawasan lapang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...