Ada ke kerapu di sebalik batu? Ya, memang betul. Memang kerapu sering menjadikan struktur kawasan berbatu sebagai lokasi mencari makanan malah sebagai rumah persembunyiannya. Sekiranya anda ke benteng pemecah ombak, terutamanya benteng yang ditambak jauh ke tengah laut, jangan lepaskan peluang memancing di situ. Ikan apa yang ada kat celah batu? Banyak ikan beb…!

 

Di kawasan tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan yang berpotensi).

 

Bagaimana Nak Jerat Kerapu Celahan Batu

 

Tekniknya sangat mudah. Jika anda terlupa bawa set pancing pun masih boleh memancing kerapu. Apa yang penting hanya perlu ada tali pancing, mata kail dan umpan.

 

Anda hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail berumpan sahaja. Tidak perlu batu ladung. Namun lebih seronok jika ada set pancing. Jika ingin menggunakan joran, tidak perlulah menggunakan joran pantai. Memadai joran biasa bersaiz 5 hingga 8 kaki. Kekili pula gunalah kekili yang tahan air masin.

IKLAN

 

Bagaimana Nak Jerat Kerapu Celahan Batu

 

Umpan udang kopek paling efektif digunakan. Boleh juga gunakan udang hidup, umpun-umpun dan hirisan sotong.

 

Apabila menjatuhkan umpan ke dalam lubang batu, mainkan sedikit umpan itu agar ia bergerak-gerak di dalam air kemudian biarkan seketika. Jika tiada sambaran mainkan lagi umpan itu untuk menarik perhatian ikan.

IKLAN

 

Bagaimana Nak Jerat Kerapu Celahan Batu

 

Jika lama tiada sebarang sambaran ataupun kawasan tersebut telah dikuasai spesies pengacau seperti buntal dan sesirat, anda bolehlah berpindah ke lubang-lubang batu yang lain.

 

Penting untuk anda sentiasa menjaga joran anda. Ini kerana, apabila sang kerapu menyambar umpan, ia akan terus membenamkan dirinya masuk ke dalam batu.

IKLAN

 

Bagaimana Nak Jerat Kerapu Celahan Batu

 

Jadi untuk mengelakkan kail anda tersangkut ke batu, anda harus segera menyambar joran apabila kerapu menyambar umpan. Waktu paling efektif memburu kerapu ialah ketika air gerak pasang sehinggalah pasang penuh.

 

Selain kerapu, ikan-ikan lain seperti sembilang, tetanda, siakap, kitang dan bayan juga boleh dieratkan dengan teknik ini.

 

Bagaimana Nak Jerat Kerapu Celahan Batu

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI