(Perkongsian oleh Atok Sg. Buloh)

Memancing udang galah di kawasan air payau seperti di Kuala Selangor atau Teluk Intan, tidak sama situasi dengan memancing udang di kawasan air tawar sepenuhnya seperti di Sungai Pahang. Khususnya di kawasan Temerloh.

Sebagai panduan bersama, tip-tip ini disediakan bersandar pengalaman para pemancing yang pernah menduga kerenah si jenggo Sungai Pahang.

 

Tip & Trik Menjenggo Sungai Temerloh

 

Umpan

 

Kebiasaan umpan yang digunakan di sini adalah umpun-umpun, anak udang, cacing dan perut ayam. Ada jugak yang pakai anak ikan longkang.

Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang saya memancing di sini, cacing dan umpun-umpun adalah umpan yang paling cepat dan mudah untuk dikesan oleh udang.

Dalam erti kata lain, ia adalah umpan untuk cari lauk. Tetapi tak bermakna udang saiz tak ambil. Kalau dia ada di kawasan pancingngan, dia akan cepat makan dan mudah lekat.

 

Tip & Trik Menjenggo Sungai Temerloh

 

Untuk umpan anak udang, perut ayam dan anak ikan longkang pulak, biasanya saya gunakan untuk target yang bersaiz sado (besar). Umpan anak udang kadang-kadang saiz yang kecil-kecil pun boleh dapat jugak.

IKLAN

Tapi kalau guna perut ayam, yang menjamahnya kebiasaan bersaiz sado 200 gm ke atas. Cuma kita perlu bersabar sedikit… kerakusan untuk dia makan tu agak lambat sedikit.

 

Tip & Trik Menjenggo Sungai Temerloh

 

Mata kail dan perambut

 

Oleh kerana di sini terkenal dengan ketegapan udangnya, jadi mata kail bersaiz 3, 2, dan 1 amatlah bersesuaian untuk diguna pakai di sini.

Perambut pula kebiasaannya tidak kurang dari 2 jengkal… lebih pun ade. Ada yang suka pakai perambut bertingkat ada yang suka perambut Y.

Terpulang pada selera masing-masing. Tapi kalau guna perambut jenis Y… 1 mata 1 jengkal setengah dan 1 lagi 2 jengkal setengah. Untuk perambut tingkat pula biasanya jarak antara mata 1 dan 2 dalam 2 inci saja.

 

IKLAN

Tip & Trik Menjenggo Sungai Temerloh

 

Saya nak nak ceritakan sedikit kenapa perlu perambut yang agak panjang tak sama macam kebiasaan perambut untuk sungai yang ada pasang surut.

Sebabnya di sini udang tak tertumpu pada tempat dalam sahaja. Kawasan yang cetek pun ada udang. Bila udang makan umpan kita di tempat yang cetek, ia tak terasa sangat beban

batu ladung yang kita gunakan. Kalau perambut kita pendek, dia usik saja dah rasa berat dah tentu dia tinggalkan umpan kita.

 

Tip & Trik Menjenggo Sungai Temerloh

 

Lubuk berpotensi

 

IKLAN

 

Yang ini mesti ramai yang nak tahu, kan? Ok… sy ceritakan sedikit berdasarkan pengalaman saya. Udang tidak duduk di satu tempat sahaja.

Kawasan tumpuan atau lubuk udang banyak berpandukan warna dan paras air sungai.

 

Jika air sungai tinggi dari paras biasa dan warna pekat… spot pancingan biasanya di tepi tebing sungai saja.

 

Jika air sungai tinggi dan agak nak jernih… spot pancingan adalah kawsan-kawasan yang tidak terlalu dalam dan tidak terlalu cetek.

 

Tip & Trik Menjenggo Sungai Temerloh

 

Jika air sungai keruh dan sejuk… spot pancingan biasanya kawasan yang berpasir dan cetek.

 

Jika air surut dan jernih… spot pncingan di tempat yang agak dalam.

 

Jika air sungai baru nak naik keruh dan sejuk (berlakunya kepala air)… biasanya kumpau! Sebab sampah dasar amat banyak ketika ini.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI