Siakap merah atau mangrove jack (MJ) merupakan spesies ikan muara yang seronok dipancing dengan menggunakan teknik mengilat atau lure casting.

Bagi memperoleh keputusan yang menggalakkan, gewang jenis minnow dan bersifat mengampai atau suspending. Biasanya saya gunakan gewang selaman sehingga 3 kaki supaya dapat mengetuk pintu rumah MJ. Ini telah terbukti keberkesanannya.

 

Tip & Trik Mengilat Serigala Muara!!
Foto: Iwan Excavator

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Perlulah diingatkan agar mata tiga asal gewang ditukarkan kepada jenis yang lebih kukuh kerana kudrat biasa MJ mampu meluruskan mata tiga. Saya suka gunakan keluaran VMC yang setakat ini masih terbukti keutuhannya pada mulut ikan.

 

Jika khuatir mata tiga terkangkang, gunalah mata tunggal atau single hook, tambahan pula ia kalis sangkut ketika tarikan gewang beroperasi.

Penggunaan mata tunggal ini telah saya uji dan terbukti keberkesannya dalam memastikan MJ tidak terlucut, sedangkan kes rabut selalu terjadi jika menggunakan mata tiga.

 

Tip & Trik Mengilat Serigala Muara!!
Foto: Iwan Excavator

 

Bagi mendapatkan MJ, apa yang paling mudah ialah mengenal pasti terlebih dahulu kawasan berstruktur yang ditenggelami air.

Itulah sebabnya saya lebih suka mengilat ketika air surut. Reba mudah diliat dan memudahkan kita melontar gewang dengan lebih baik.

Dan yang paling penting, di kawasan inilah MJ bersembunyi, lebih-lebih lagi pada waktu matahari terik.

 

Ketika air pasang penuh pula, spot yang paling popular ialah tepian tebing sungai saja. Arus yang laju membawa MJ ke tepian sungai.

Lebih-lebih lagi kebanyakan anak-anak ikan akan berada di tepi tebing pada waktu air pasang.

baca juga khasiat luar biasa MJ

 

Tip & Trik Mengilat Serigala Muara!!
Foto: Zaidy Omar

 

Ketika mengilat, rajin-rajinlah melihat kawasan sungai. Kenal pastilah kawasan-kawasan yang terdapatnya sambaran ke atas anak-anak ikan.

Spot ini adalah spot ketiga yang pasti untuk kita memerangkap MJ. Kebiasannya selepas menyambar anak-anak ikan, MJ masih lagi berada di kawasan tersebut.

 

Lontaran pertama gewang yang tepat kebiasaannya akan membawa naik seekor MJ bersaiz sederhana. Spot di bawah jambatan pun jangan diketepikan, kawasan bertiang ini biasanya sangat berpotensi.

 

 

Waktu paling elok yang saya cadangkan untuk menjerat MJ ialah pada waktu air surut habis. Logik saya berpegang pada waktu ini ialah kerana kebanyakan MJ dan juga kerapu yang saya peroleh tumpas pada waktu ini.

Kebanyakan MJ tidak akan pergi jauh pada waktu air surut. Jadi, bila ia tak ke mana-mana, mudahlah kita mendapatkannya.

 

Berlainan pula ketika air pasang penuh yang menyukarkan kita mengesan MJ. Kebanyakan MJ kurang diperoleh pada waktu air pasang penuh.

Satu sebab yang penting adalah kerana arus yang deras menyebabkan MJ akan berlindung di kawasan tepian sungai atau tebing.

 

Tip & Trik Mengilat Serigala Muara!!
Foto: Iwan Excavator

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI