Lain lokasi, lain senarionya. Lain tasik, lain ragam penghuninya. Begitu jugalah toman di Tasik Chini.

Percaya atau tidak, tabiat pemakanan toman di Tasik Chini tidak sama dengan tasik lain walaupun tasik berdekatan.

Untuk berjaya memburu toman Tasik Chini, beberapa perkara perlu anda semua perhatikan terlebih dahulu.

 

WAKTU TERBAIK

 

Panduan Casting Toman Tasik Chini

 

Sebaik sahaja habis musim tengkujuh berakhir dan banjir mula surut, waktu inilah merupakan antara waktu yang ‘menjadi’ untuk casting.

Menurut rekod pancingan, bulan Julai hingga Oktober adalah waktu terbaik untuk berkunjung ke sini.

 

WAKTU YANG PERLU DIELAKKAN

IKLAN

 

Sebaiknya elak berkunjung ke sini 2-3 minggu selepas air surut. Yang mana mengkuang, kelecut, teratai, rasau serta lain-lain tumbuhan yang ditenggelami air akan layu dan mati.

Situasi ini akan menyebabkan air menjadi masam. Ketika ini toman agak sukar membuka mulut.

 

GEWANG PILIHAN

 

Gewang pencil antara gewang permukaan yang sesuai dimainkan di sini dan boleh dikatakan agak laku.

Ketika tasik tenang dan permukaan tasik seumpama cermin yang mana pergerakkan pencil dapat dikesan oleh sang toman dengan cepat.

IKLAN

 

Awal pagi ketika angin belum berhembus serta lewat petang, pencil memang ‘laku’. Apabila angin mula ‘mengocak’ permukaan tasik, para caster biasanya menggunakan gewang kekipas, popper, jump frog dan juga buzzbait.

 

Panduan Casting Toman Tasik Chini

 

baca juga khasiat luar biasa ikan toman

 

SENJATA TEMPUR

IKLAN

 

Joran berkekuatan 7lb-14lb atau 10lb-20lb sudah dikira berbaloi untuk dibawa ketika berkunjung ke sini.

Kekili ratio tinggi sesuai kerana kebiasaannya gewang permukaan menjadi pilihan untuk casting di tasik ini.

 

Manakala tali utama kebanyakan caster di sini menggunakan tali sulam 20lb-30lb.

Shock Leader sama ada yang biasa mahu pun flourocarbon adalah penting manakala kabel atau tali kevlar perlu diikat pada muncung gewang sebagai insuran.

 

Panduan Casting Toman Tasik Chini

 

 

Apa pendapat anda? Ayuh tinggalkan komen dan share. Terima kasih!

Jangan lupa like & see first Facebook Majalah Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI