Tidak semua batu ladung dihasilkan dengan sempurna. Kadangkala kita boleh temui batu ladung yang tidak kemas kerja-kerja akhir pembuatannya dengan terdapatnya bucu-bucu yang tajam. Khususnya batu ladung hidup berbentuk buah kana atau bulat. Bucu-bucu tajam ini akan bergesel dengan tali pancing sekaligus menyebabkan tali pancing terluka dan putus.
Sekiranya memilih dan membeli batu ladung di kedai pancing yang masih `segar’ dari kilang atau pembekal, sebaik-baiknya cuci tangan berbuat demikian. Lebih-lebih lagi jika anak-anak yang berbuat demikian. Timah adalah bahan yang sangat bertoksik.
Ads
Begitu juga anda membuat sendiri batu ladung dengan mencairkan timah. Wap dari timah cair sangat berbahaya dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Keadaan lebih parah jika timah cair terkena anggota badan.
Ads
Jika menghasilkan batu ladung sendiri juga pastikan juga bahagian pertemuan atau bucu-bucunya tidak ada serpihan dan bucu tajam. Pastikan ia diratakan sebelum digunakan. Selain boleh melukakan anggota tangan, ia juga boleh mencederakan tali pancing.
Ads
Dari segi penggunaan batu ladung pula pilihlah saiz batu ladung yang setara dengan kelajuan arus. Memadai sekadar untuk menjatuhkan umpan ke dasar, tidak menyebabkan persembahan umpan menjadi terlalu kaku atau terlalu dihanyutkan arus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan yang dimasak dengan sempurna akan sedap dimakan, tetapi ia boleh menjadi sangat menyakitkan hati jika silap mengolahnya kerana rasa hanyirnya. Adalah penting untuk anda mengenali 7 kesalahan yang sering dilakukan ketika mengolah ikan ini.
Beli ikan yang masih hidup
Jika anda ingin makan ikan keli, maka pastikan anda membelinya dalam keadaan hidup, bukan mati. Ia bagi memastikan anda mendapatkan kesegaran maksimum dengan membelinya hidup-hidup.
Selanjutnya, bersihkan sampai bersih jangan hanya menggunakan air, tapi juga guna sabut kelapa untuk membersihkan lendirnya. Jangan lupa bersihkan dengan limau nipis sebelum diolah agar bau dan rasa hanyirnya hilang.
Tidak ambil tahu kualiti ikan yang dibeli
Kesalahan utama yang sering dilakukan sebelum memasak ikan adalah tidak memilih ikan dengan sempurna. Adalah lebih baik jika anda membeli ikan penjual yang anda kenali dan percaya daripada sebarang penjual di pasar.
Apa yang penting ketika membeli ikan, perhatikan mata ikan tersebut. Jika matanya masih terang dan jernih, maka ikan itu masih segar. Ikan segar juga memiliki bau yang tidak kuat. Jika matanya berwarna gelap, maka kemungkinan besar ikan itu sudah lama disimpan beku.
Tidak membersihkan dulu ikan tongkol sebelum disimpan dalam freezer.
Ikan tongkol mengandung histamin alami yang boleh menyebabkan alergi atau keracunan. Kandungan alami ini berasal dari mikroba dan enzim protease dari isi perut ikan yang merembes dari dinding perut ke daging.
Jadi pastikan anda membersihkan semua itu sampai benar-benar bersih baru setelah itu meletakkannya di freezer. Ikan tongkol yang segar tidak berbahaya asalkan anda menyiapkannya dengan sempurna.
Tidak menyimpannya dengan elok
Jika anda ingin memasak ikan pada hari itu juga, maka letakkan ikan di dalam peti sejuk dan siapkan semua bahan. Setelah semua siap baru keluarkan ikan dari peti sejuk. Namun jika anda ingin memasak ikannya esok atau lusa, maka jangan tersilap menyimpannya.
Kebanyakan orang akan langsung memasukannya dalam peti sejuk begitu saja. Cara yang lebih baik ialah masukkan ikan ke dalam plastik berisi ais dulu baru masukkan peti sejuk. Cara ini berfungsi untuk menjaga kesegaran ikan.
Memasak terlalu lama
Ikan tuna hampir memiliki persamaan dengan ikan salmon puma berbeza pada harga. Jika anda ingin masak ikan ini maka pastikan anda tidak terlalu lama memasaknya kerana masakan terlalu matang akan menghilangkan kadar proteinnya.
Selain itu, sebaiknya jangan mencampurkan bahan lain saat masak tuna kerana aromanya akan hilang. Gunakan suhu api 80 darjah Celsius saja dan dimasak 7 sampai 10 minit.
Terlalu banyak air ketika merebus
Menggunakan terlalu banyak air hanya akan membuat daging ikan terutamanya salmon hancur. Jika anda ingin merebusnya, maka gunakan air yang tidak terlalu banyak tapi tetap terendam.
Proses ini akan membuat daging salmon lebih lembut dan lunak. Suhu yang digunakan cukup sekitar 45 darjah Celsius untuk kematangan sup ikan salmon yang sempurna. Tidak menghilangkan bau hancing ikan pari sebelum mengolahnya
Sebelum memasak ikan pari, apa yang harus anda lakukan ialah menghilangkan aroma baunya yang kuat. Aroma tersebut dapat dihilangkan dengan mengukusnya selama 10-15 minit saja. Setelah itu anda boleh mengolahnya menjadi makanan apapun yang anda inginkan.
Sentiasa memakai jaket keselamatan yang diikat kemas pada badan (jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya).
Pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
Pastikan bot memancing mempunyai tali dan pelampung keselamatan. Ramai yang meremehkan perkara ini malah tidak ambil peduli langsung.
Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil. Yang penting, mulut jangan CABUL!!!
Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda.
Bawa lampu suluh jika merasakan pulang hingga lewat petang. Kalau boleh bawa je bukan berat pun sebutir lampu suluh ni.
Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut.
Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan.
Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang.
Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya.
SESETENGAH MONSTER ATAU RAKSASA MENAKUTKAN TELAH PUN HIDUP SEJAK BERJUTA-JUTA TAHUN DAHULU. BANYAK BUKTI TELAH DIKUMPULKAN OLEH PENGKAJI SEJARAH TENTANG HAIWAN PRASEJARAH INI TERMASUKLAH YANG BERADA DI LAUTAN. BERIKUT ANTARA 10 RAKSASA MARIN PRASEJARAH TERBESAR DAN MENAKUTKAN YANG PERNAH MENGHUNI DASAR LAUTAN BUMI JUTAAN TAHUN DAHULU.
MEGALODON
Salah satu daripada pemangsa marin terbesar sepanjang zaman dan jerung terbesar pernah direkodkan. Megalodon menjadi raja ketika era Cenozoic iaitu sekitar 28 – 1.5 juta tahun dahulu. Saiznya lebih besar berbanding jerung putih moden, pemangsa marin terhebat masa kini. Jika jerung putih sepanjang 20 kaki, Megalodon pula mencecah 65 kaki iaitu lebih panjang dan besar berbanding sebuah bas!
MOSASAURUS
Fosil Mosasaurus membuktikan saiznya boleh mencapai sehingga 50 kaki panjang. Ini menjadikan spesies ini antara spesies pemangsa yang terbesar pada zaman Cretaceous. Kepala Mosasaurus kelihatan seakan buaya zaman moden dan dengan deretan gigi tajam yang kukuh, raksasa ini mampu membaham hampir kebanyakan mangsanya dengan mudah walaupun mangsa dilengkapi sistem cangkerang.
Liopleurodon menghuni lautan sekitar Eropah ketika zaman Jurassic dan merupakan antara pemangsa yang ganas. Raksasa lautan ini mampu mencapai lebih daripada 20 kaki panjang. Rahangnya yang besar dengan barisan gigi yang tajam menjadikannya pemangsa yang ditakuti lantas membolehkannya menguasai rantaian makanan ketika itu.
Tanystropheus merupakan reptilia namun menghabiskan kebanyakan masa memburu di lautan marin bagi mencari mangsanya. Raksasa reptilian ini mampu membesar sehingga 20 kaki dan menjadikan ikan sebagai diet utamanya. Spesies ini dipercayai wujud sekitar 215 juta tahun dahulu pada zaman Triassic.
5. THALATTOARCHON SAUROPHAGIS
Fosil raksasa lautan ini merupakan antara fosil yang paling baru ditemui. Saiznya sekitar 30 kaki panjang dan hampir menyamai sebuah saiz sebuah bas. Dipercayai spesies ini hidup sejak 244 juta tahun dahulu. Saintis menganggarkan spesies ini hidup ketika selepas fasa kepupusan Permian iaitu fasa hampir kebanyakan hidupan laut mengalami kepupusan.
6. NOTHOSAURUS
Raksasa ini hanya sekitar 13 kaki panjang namun merupakan pemangsa yang agresif. Mulutnya dipenuhi dengan gigi tajam dan sering memburu ikan kecil dan sotong. Nothosaurus dipercayai gemar menyerang hendap mangsanya. Fosil menunjukkan spesies ini hidup ketika zaman Triassic.
7. THALASSOMEDON
Thalassomedon merupakan spesies Pliosaur di mana namanya diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘Raja Laut’. Pemangsa ini mampu mencecah sehingga 40 kaki. Sirip kiri dan kanannya sahaja sepanjang 7 kaki. Raksasa ini merajai lautan sehingga zaman Cretaceous sebelum kewujudan pemangsa yang lebih ganas seperti Mosasaur.
8. TYLOSAURUS
Saiz Tylosaurus mencecah sehingga 50 kaki dan merupakan pemangsa yang sangat menggemari daging. Kebanyakan hidupan yang lebih kecil daripadanya akan menjadi mangsanya. Raksasa prasejarah ini hidup ketika zaman Cretaceous dan menjadi raja di kawasan laut Amerika Utara. Tylosaurus juga menghuni tangga atas bagi pyramid makanan waktu itu.
9. DAKOSAURUS
Penemuan pertama fosil Dakosaurus ialah di Jerman dan dikatakan antara pemangsa utama ketika zaman Jurassic. Fosil lain yang ditemui menunjukkan spesies ini turut berlegar dari England ke Rusia sehingga ke Argentina. Bentuknya seakan buaya zaman moden dan saiznya dikatakan mencecah 16 kaki. Bentuk giginya yang unik dipercayai menjadikan spesies ini antara pemangsa teratas ketika zamannya.
10. SHASTASAURUS
Shastasaurus merupakan pemangsa marin yang kelihatan seakan ikan lumba-lumba moden. Spesies ini menjangkau saiz yang begitu besar ketika zaman Triassic lebih 200 juta tahun dahulu. Spesies ini merupakan varieti daripada Ichthyosaurs yang mampu membesar sehingga 65 kaki. Berenang di lautan sebagai pemangsa,raksasa besar ini menjadikan ikan lain sebagai diet utamanya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...