Jangan ambil ikan melebihi keperluan. Pilih yang bersaiz majoriti sekadar untuk dimakan, lepaskan selebihnya.
Lepaskan ikan besar untuk menjaga warisan genetik.
Lepaskan ikan induk untuk membiak.
Amalkan kaedah yang betul dalam C&R.
Fahami bahawa ikan adalah spesis yang sangat rapuh.
Tangkap dan lepas wajib dijadikan amalan bagi setiap pemancing rekreasi.
Air tawar: Kelisa, temoleh, toman bunga, jengkua, kelah (kecuali di Taman Negara), jelawat liar, patin liar seperti patin muncung, kenerak, begahak, sikang.
Air masin: Semua ikan berparuh seperti layaran dan mersuji, ikan yu besar, kerapu bara (coral trout).
Lupuskan sampah, tali, umpan dan perkakas pancing lain dengan sempurna; recycle jika mampu.
Pencemaran merosakkan habitat ikan dan menjadikan persekitaran kurang menyeronokkan. Sedikit pencemaran mampu mencetus perbezaan yang besar.
Perlu diingat bahawa kita bukan nelayan. Pertimbangkan keselamatan pemancing lain disekeliling dan juga diri sendiri. Jangan biarkan orang lain bimbang sedangkan kita berseronok.
Patuhi undang-undang memancing dan pengendalian bot.
Percaya bahawa peraturan adalah untuk keselamatan kita dan untuk memastikan kesejahteraan sumber.
Jangan menganggu keselesaan pemancing. Sentiasa menjaga nilai persahabatan. Hormati barangan milik pemancing.
Jika hak dihormati, memancing akan menjadi lebih seronok.
Termasuk nelayan.
Jangan menceroboh.
Mohon kebenaran, jika perlu.
Kawasan memancing biasanya ditutup bila hak milik persendirian tidak dihormati.
Imej pemancing terletak ditangan setiap pemancing.
Membantu pemancing lain menjadikan anda pemancing yang lebih baik. Lebih keseronokkan untuk semua orang.
Belajar dan tingkatkan skill. Bersedia menjadi pelabur.
Elakkan dari menjadi egen penyebar spesies asing
Biodiversiti aturan Tuhan adalah paling sempurna.
Berhati-hati menggunakan umpan hidup dari spesis yang tidak wujud dalam sistem semulajadi kawasan pancingan.
Cichlids: flowerhorns, peacock bass, jaguar cichlids, tilapia bunga, semua jenis dari keluarga tilapia.
Kap: Kap rumput (tongsan sisik kasar), leekoh, kap kepala besar (tongsan sisik halus), kap perak, rohu.
Tindakan segelintir pengusaha atau individu ikan hiasan yang ‘membuang’ ikan peliharaan mereka ke dalam sungai, lombong atau kolam takungan mengundang gangguan keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesies ikan asli di perairan umum.
Ikan berkenaan boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan negara.
Ia juga boleh menyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum.
Difahamkan, pengusaha atau individu terbabit dikatakan tidak mampu memelihara habitat berkenaan disebabkan beberapa faktor antaranya kos makanan yang tinggi selain tidak mahu membelanya lagi.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan (DOF) sudah mewartakan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan beberapa jenis ikan hiasan yang dilarang import.
Terdapat kajian yang membuktikan sifat agresif ikan larangan import ini di perairan negara hingga menjejaskan kawasan berkenaan.
Ikan yang disimpan dalam keadaan terkawal seperti di rumah tidak begitu membimbangkan namun apa yang dikhuatiri apabila ikan ini tidak lagi mampu dijaga atas faktor usia atau memerlukan belanja tinggi.
Jalan yang mudah diambil adalah dengan melepaskan ke perairan umum. Ikan asing ada yang bersifat agresif seperti ikan peacock bass (genus cichla).
Ia cepat membiak dan pemangsa kepada ikan tempatan dan dikenal pasti sebagai penyebab ketidakseimbangan ekologi di habitat baru didiaminya.
Ikan flower horn bersifat lasak termasuk mengadaptasi di kawasan dilanda banjir. Ia membiak dengan mudah dan mempunyai tabiat makan yang aktif.
Spesies ini boleh mengganggu ekosistem. Ikan yang bersifat memberi tuah akan dijaga dengan baik sementara yang tidak digemari penternak berkemungkinan dibuang ke perairan.
Ikan arapaima boleh membesar hingga tiga meter dan berkemungkinan dilepaskan ke perairan umum apabila penternak tidak mampu menampung kos makanan.
Peraturan Perikanan berhubung larangan mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan genus ikan larangan dalam jadual sudah diwartakan sejak 1990 dan juga penambahan genus dalam jadualnya melalui pindaan 2011.
Segelintir masyarakat seperti kalangan pekedai akuarium dan pengguna masih tidak peka dan tidak mengambil berat mengenainya, walaupun DOF membuat hebahan meluas melalui pelbagai medium termasuk program dialog, pameran dan siaran akhbar.
Ini berlaku kerana sikap tidak peka dan tidak prihatin kepada kepentingan, keselamatan serta ancaman kepada sumber perikanan semasa.
Ia berlaku kerana sikap mementingkan keuntungan dan keseronokan serta tidak mahu sama-sama bertanggungjawab menjaga ekosistem asli perairan kita selain tidak sama-sama berusaha mencegah ancaman spesies ikan asing yang boleh membahayakan.
Peraturan ini melarang mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan genus ikan yang disenaraikan dalam jadual kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan.
Pelanggaran kepada larangan dalam peraturan perikanan mengikut Akta Perikanan 1985 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.
Sementara pelanggaran kepada Akta MAQIS 2009 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.
Negara kita bolehlah dikira bagus dalam industri ini. Majoriti pemandu pancing yang memiliki bot sendiri boleh kita temyi di mana-mana jeti tidak kira di lautan, muara, tasik mahupun sungai (mereka dikenali sebagai tekong atau boatman).
Namun kekurangan masih wujud bagi pemandu pancing yang arif tentang sungai belantara berbanding di laut.
Walaupun kedua-dua kategori tersebut begitu penting, namun kita harus akui bahawa servis sedemikian di Malaysia masih berada di tahap yang rendah dan seseorang pemandu pancing harus dititikberatkan.
Ini kerana mereka adalah sebahagian elemen penting yang mampu membentuk serta mempengaruhi ke manakah hala tuju industri memancing kita dari segi perkhidmatan atau panduan yang positif pada masa akan datang.
Pada era moden yang mementingkan kepakaran begini, saya rasa pemandu pancing tanah air kita masih jauh dari tahap yang dilabel – profesional.
Profesional dalam erti kata sebenar bukanlah dengan sekadar memiliki bot, peralatan memancing, servis atau khidmat teknikal sahaja, tetapi perlu mempunyai kesungguhan, iltizam dan dapat menjadi contoh dalam semua kegiatan memancing.
Telah ramai pemandu pancing profesional dan juga yang hampas yang pernah saya temui. Bagi yang profesional, mereka sentiasa peka dan mementingkan kualiti perkhidmatannya.
Pelanggan dilayan seperti raja, misalnya sanggup memenuhi sebarang kehendak pelanggan serta ringan tulang membantu untuk memasang peralatan, menaikkan ikan dan sebagainya.
Lazimnya mereka tidak akan turut serta memancing. Jikalau berkesempatan pun, ikan akan dihadiahkan kepada pelanggannya.
Selain itu, pemandu pancing profesional memiliki sifat cintakan alam semulajadi. Mereka tidak suka membuang sampah merata-rata, amat menggalakkan catch and release ikan
yang kecil atau spesies yang tidak berharga dan sentiasa meminimumkan kecederaan tangkapan supaya pelanggan dapat bergambar sebelum ikan dilepaskan.
Malangnya, tidak ramai pemandu pancing kita yang layak digelar profesional. Ini boleh jadi juga disebabkan oleh sikap pelanggan sendiri yang kurang bekerjasama sehingga pemandu pancing terpaksa mengikut karenahnya.
Tetapi masih terdapat sebilangan pemandu pancing yang memegang prinsipnya. Mereka tegas berkata tidak kepada pelanggan yang degil.
Ini secara tidak langsung akan membuatkan pelanggannya bertambah respect lalu kerap mengambilnya sebagai guide atau memperkenalkannya kepada orang lain.
Pemandu pancing adalah insan yang paling banyak berurusan dengan kaki pancing. Mereka juga sering bertemu dengan orang yang baru berkecimpung dengan dunia hanyir ini.
Oleh itu, segala tingkah laku dan sikapnya akan dinilai dan mungkin diikuti oleh pelanggannya.
Jika tidak profesional, itulah antara sebab wujud dan tersemainya norma-norma negatif dalam diri sebilangan pemancing yang tidak menghormati alam.
Stok ikan di bumi adalah faktor utama yang mempengaruhi industri memancing dan aktiviti-aktiviti berkaitan.
Sebagai seorang pemandu pancing, mereka juga harus bertanggungjawab menguruskan bekalan semulajadi ini dengan sebaik-baiknya.
Stok ikan adalah punca rezeki mereka, maka mereka hendaklah mendokong pemuliharaan dan tidak hanya menuding kepada golongan nelayan sahaja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...