Pemilihan perambut juga bergantung kepada lokasi memancing dan situasi semasa sama ada konsep pancingan harian atau pertandingan. Oleh yang demikian, amat penting untuk menjaga dengan baik perambut ini agar tidak menyusahkan diri sendiri apabila hendak menggunakannya nanti.
Bersihkan dan keringkan perambut selepas digunakan terutamanya perambut yang dihasilkan dari tali braided. Ramai yang tidak mengendahkan perkara ini.
Sapukan sedikit minyak pada mata kail terutamanya mata kail yang senang karat. Jika tiada minyak yang sesuai, minyak masak pun boleh.
Ads
Periksa ikatan dan simpulan pastikan semuanya kuat dan ketat.
Ads
Periksa tali perambut sama ada ada luka atau tidak, kalau terdapat luka buangkan sahaja dan buatkan yang baru. Jangan menyesal di kemudian hari.
Ads
Sebaiknya letakkan perambut dalam bekas yang terdedah udara dan terkena cahaya matahari yang tidak terlalu terik.
Penting! Asingkan perambut anda. jangan campur adukkan pelbagai jenis perambut di dalam satu bekas, nanti jadi mee goreng susah nak leraikan.
Pastikan juga perambut disimpan di tempat khas yang jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau pendar cahaya.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu menghenjut jig pada tempoh tertentu seperti slow atau laju pada kiraan tertentu untuk menarik perhatian ikan. Jig akan dihulurkan semula ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Boleh kempis perut dibuatnya!
Sekiranya teknik ini dipraktikkan di tebing atau jeti, ia dinamakan jig cast. Nama je lain sket tapi menghenjun tetap kena henjun!
Bottom fishing
Berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik, paya, laut atau tali air tepi sawah belakang rumah
Drifting
Menggunakan umpan hidup dan dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan batu ladung. Pelampung dan belon sering digunakan sebagai penanda. Teknik ini sesuai dipraktikkan untuk mencari ikan separa air seperti tenggiri, layaran.
Trolling
Menggunakan umpan ikan, sotong atau gewang . Teknik tundaan dilakukan dengan bot atau sampan berinjin pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam. kalo nak rempit lebih laju lagipun boleh. tapi penat la GT, tenggiri, talang atau baracuda nak sambar umpan .
fly fishing
Teknik yang berasal dari benua Eropah dan makin popular di negara kita. Teknik yang perlu dipelajari untuk mengawal balingan/ hayunan tali alistik ke sasaran, bukan main belasah je! fly fishing hanya boleh dipraktikkan di kawasan yang lapang dan menggunakan umpan tiruan.
Floating
Teknik pelampung. baling saja umpan korang kat lubuk idaman dan perhatikan pelampung setiap masa.
Habitat utama siakap ialah kedalaman air sekitar 2 hingga 8 meter terutamanya di kawasan berbatu, karang, berstruktur, bangkar kayuan serta akar-akar bakau di kuala sungai dan tepian laut.
Pada kedalaman melebihi 8 meter masih dihuni siakap asalkan ada struktur besar. Muara sungai atau kuala sungai serta perairan air payau antara tempat atau kawasan yang disukai terutamanya oleh spesies bersaiz monster.
Pasang surut air juga mempengaruhi tabiat pemakanan siakap. Ketika air bergerak pasang, siakap lebih aktif mencari makan.
Ketika air pasang penuh siakap mulai kurang ghairah untuk makan. Ketika air mulai bergerak turun siakap mula makan lagi.
Pada keadaan air bertahan (tanpa sebarang arus) agak jarang siakap yang mahu makan. Jadi pastikan dahulu pergerakan air sebelum memancingnya.
Waktu siakap paling aktif makan bermula dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang di mana angin laut mulai lemah, kemudian angin berubah menjadi angin darat sebentar kemudian angin timur.
Selama angin tidak terlalu kencang siakap masih mahu makan. Sekitar jam 11.00 hingga 12.00 saat angin berubah tenggara sehingga siakap berhenti makan sampai angin dari timur muncul lagi sekitar jam 3.00 hingga 4.00 sampai jam 8.00 malam.
Umpan ikan siakap yang paling mujarab ialah udang putih. Selain lebih kuat berenang dibanding udang lain, udang putih matanya akan menyala di dalam air pada waktu malam hari.
Ada juga yang menggunakan ikan belanak tetapi ini harus bijak mengawal karena ikan ini suka masuk ke struktur batuan atau reba.
Umpan belanak biasanya digunakan pada waktu malam yang mempunyai cahaya bulan.
Cara memancing siakap secara tradisi menggunakan umpan udang putih biasanya dengan joran carbon fiber sekitar 7 kaki dengan aksi cepat atau fast action.
Tali tangsi sehingga 25lb. Mata kail (biasanya guna Mustad Saltwater nombor 1 atau 2) dimana mata kail diikat pada perambut 20-30lb sepanjang 20-25cm.
Umpan udang hidup ditusuk dengan mata kail pada sisi ruas ekor sampai tembus ke pinggang.
Tidak perlu diberi pemberat kecuali mancingnya di reba kayu atau keadaan arus agak deras baru boleh diberi ladung kecil sahaja.
Biasanya siakap dipancing dengan kaedah casting dengan menggunakan gewang minnow. Pilihlah minnow jenis deep diver yang berbadan slim.
Biasanya minnow untuk siakap bentuknya sedikit melengkung ke bawah seperti udang.
Contoh gewang rapala barra, x-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain boleh digunakan tapi pilihlah gewang mengikut kesesuaian, seperti keadaan air dan sebagainya. Sesetengah orang berkata pemilihan warna gewang dan air juga memainkan peranan.
Ikan layaran banyak berlegar di sub permukaan dan pertengahan air. Oleh yang demikian cara terbaik untuk memancingnya ialah di dalam radius kolum air tersebut. Berikut merupakan kaedah atau teknik yang banyak digunakan oleh pemancing serata dunia bagi menjerat ikan trofi ini.
Teknik Menunda Umpan
Menunda atau trolling disifatkan cara mudah menjinakkan layaran dan diamalkan secara meluas di luar negara seperti Australia. Bot bergerak dengan kelajuan 4 hingga 10 knot, jika menggunakan gewang replika ikan, kelajuan di bawah 8 knot adalah disarankan.
Jika bot mampu memecut melebihi 10 knot makan gewang skirt adalah disyorkan. Namun teknik trolling ini agak kurang dipratikkan oleh pemancing tempatan atas beberapa faktor. Walaupun ada pemancing yang mengaplikasikannya namun peratusannya amatlah rendah.
Teknik Hanyut Umpan Hidup
Cara ini paling digemari dan paling banyak diaplikasi oleh pemancing terutamanya berada di kawasan unjam atau karang luas. Teknik hanyut dikaitkan dengan penggunaan umpan hidup dan dibiarkan bebas berenang tanpa pemberat. Namun teknik hanyut dengan menggunakan pelampung terutamanya belon dan botol mineral lebih banyak diamalkannya.Sekiranya arus agak laju makan pemberat kecil bersama belon sering dipraktikkan.
Teknik Hanyut Tanpa Belon
Teknik ini pada asasnya bukanlah memancing layaran, sebaliknya menyasarkan ikan tenggiri tetapi turut diambil oleh layaran. Caranya hampir sama dengan teknik drifting, di mana umpan hidup yang dilayang atau dihanyutkan bersama batu ladung kecil sebagai pemberat. Tujuannya adalah untuk menenggelamkan umpan sehingga satu pertiga permukaan atau setengah kedalaman air di kawasan cetek.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...