Mengilat atau casting haruan agak mudah kerana haruan gemar kepada benda bergerak. Namun, sekiranya anda menemui spot yang dikenal pasti ada haruan tetapi tiada sebarang aksi sambaran, tip berikut boleh dicuba.
Cara-Caranya:
Lontar gewang dan buatlah karauan laju tiga hingga empat kali. Kemudian ubah kepada karau perlahan sambil melakukan henjutan pada gewang secara perlahan.
Ads
Sekiranya menggunakan jump frog atau soft frog, selang-seli kadar karauan sambil mengenjut gewang yang digunakan.
Ads
Lakukan karauan perlahan kemudian berhenti dan biarkan gewang pegun seketika. Kemudian lakukan henjutan dan teruskan dengan karauan perlahan.
Ads
Jika masih tiada sambaran, tukar pula gewang atau soft frog aksi tenggelam. Karau perlahan-lahan disulami henjutan kecil.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor iaitu spesies yang boleh dikatakan makan serba-serbi yang dijumpainya. Untuk memudahkan mengesan udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ‘berbau’. Di kawasan air jernih udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam atau lubuk yang didominasi udang galah.
Umpan
Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun – jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis, isi kerang, lala – guna bahagian yang keras.
Isi ikan dihiris halus memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah – potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh. Pilihan lain – jantung/hati ayam tapi hanya sesuai untuk pancing di kolam.
Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenis bergantung kepada jenis batang pancing.
Waktu
Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam. Bagaimanapun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah.
Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa.
Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak bahaya. Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah memancing di kawasan terbabit.
Bagi muara sungai musim udang galah hadir selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti. Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui sungai turut membawa bersama udang galah. Ketika ini udang galah akan berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar.
Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin. Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
Teknik
Perambut udang galah kebiasaannya ialah menggunakan tangsi 6 paun hingga 12 paun. Ini sudah memadai dengan berat udang itu sendiri. Kekuatan 12 paun boleh menampung dan mengangkat beban maksimum 5.5kilogram sudah terlalu besar untuk udang galah sungai yang purata 50gram hingga 500 gram.
Panjang perambut seeloknya 15 sentimeter atau lebih kurang sejengkal jari orang dewasa. Jenis tangsi biarlah yang lembut supaya udang galah tidak begitu ‘terasa’ beban ketika mengunyah umpan.
Mata kail udang banyak jenis dan saiz mengikut tempat, jenis lapangan pancing dan saiz udang. Saya biasanya menggunakan mata kail no 6 hingga no 8 kerana saiz ini paling sesuai. Banyak jenis dan saiz mata udang yang boleh ditemui di pasaran tempatan.
Jika anda mensasarkan spesies ikan seperti tenggiri, alu-alu, belitong, haruan tasik, geropoh, dan ikan jenis pemangsa, anda digalakkan untuk menggunakan kaedah ‘drifting’ jika arus laju atau ‘flooting’ jika arus perlahan.
Gunakan perambut dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 3m atau 3 depa lebih. Untuk spesies ikan seperti kerapu, ikan merah, bayan, dan jenahak, gunakan kaedah pancingan dasar.
Biasanya dalam keadaan begini, kaki pancing gemarkan perambut dengan batu hidup. Perambut yang digunakan harus lebih kecil dari tali utama untuk mengelakkan kaki pancing kerugian batu ladung dan kili apabila perambut putus.
Perambut yang selalu digunakan adalah perambut jenis 30lb ke 50lb dan panjangnya bergantung pada keadaan arus.
Balingan tidak perlu jauh kerana arus yang deras akan membawa umpan ke belakang dengan cepat dan mengelakkan tali tersimpul.
Jika arus perlahan, buatlah balingan jauh. Gunakan perambut kurang dari 3kaki bagi mengelakkan ia dari bersimpul dengan tali utama.
Jika memancing waktu siang, gunakan leader bersaiz halus 30lb – 50lb bagi mengelakkan sang ikan ternampak perambut yang digunakan. Seandainya memancing pada waktu malam, perambut yang lebih kasar bolehlah digunakan.
Jika air jernih, gunakan aksesori atau jenis ikatan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kepekaan ikan ke atas perambut yang digunakan.
Anda disarankan untuk menggunakan perambut panjang melebihi 1 meter sekiranya perlu dan tariklah minat sang ikan dengan umpan paling baik. Setakat umpan biasa-biasa (umpan mati), ikan takkan layan punya!
Jika air kelihatan keruh, pertimbangkan elemen seperti bau dan penglihatan. Gunakan umpan besar dengan bau yang kuat. Penggunaan perambut pendek tidak jadi masalah.
Ketika arus agak laju, sebaiknya gunalah perambut yang lebih panjang. Arus yang akan membawa umpan ke belakang. Ketika arus perlahan, gunakan perambut pendek bagi mengelakkan perambut bersimpul bersama umpan dan tali utama.
Umpan udang hidup sememangnya menjadi antara pilihan utama bagi kaki pancing. Namun begitu, sesebuah trip pancing itu akan menjadi musibah besar apabila umpan udang hidup yang dibawa semuanya mati begitu sahaja.
Pastinya ini akan mengganggu mental kaki pancing yang bersusah payah mendapatkan umpan udang hidup ini. Oleh sebab itu, kami ingin berkongsi beberapa tip berguna untuk memastikan umpan udang yang dibawa bertahan lama terutama bagi trip yang jauh dan memakan masa beberapa hari. Semoga bermanfaat untuk anda semua!
Cuba masukkan daun hijau yang tidak bergetah di dalam bekas udang seperti pelepah kelapa atau dedaun yang tumbuh di tepi tebing sungai atau pantai. Daun itu akan mengurangkan udang hidup berlaga sesama sendiri dan suhu air tidak akan cepat panas.
Gunakan kotak foam putih (polestrin) untuk simpan udang bagi perjalanan jauh atau untuk simpan semalaman. Ini kerana kotak putih luas dan suhu air tidak akan naik. Jika ada bekas bekas atau tong ikan Coleman yang lebih besar maka lebih bagus. Tapi bekas ini mahal pula harganya.
Ketulan ais perlu dibungkus dalam plastik dan diikat mati sebelum dimasukkan dalam bekas. Peranan ais juga untuk kurangkan keaktifan udang, melambatkan air dari berbau busuk, maka kadar kematian udang akan berkurang.
Apabila ingin mengambil udang untuk dijadikan umpan sebaiknya gunalah tangguk atau sauk kecil. Ia lebih baik dari menggunakan tangan secara terus.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...