Hari ini semakin ramai pemancing mula merasakan mereka harus ada satu kamera kalis air yang boleh mereka gunakan untuk merakam aksi memancing yang tidak boleh dilakukan oleh kamera biasa. Oleh yang demikian kami sediakan beberapa tip memilih, menggunakan, kebaikan dan keburukan mengenai kamera ini untuk hasil yang terbaik.

 

KAMERA KOMPAK

 

Era digital telah memudahkan ramai penggemar dunia fotografi beralih arah daripada penggunaan filem ke digital. Seiring dengan kecanggihan teknologi terkini, banyak syarikat kamera mula mengeluarkan rangkaian kamera-kamera kompak digital yang mampu memenuhi permintaan setiap pembeli. Bagi pemancing-pemancing di luar sana, mereka cuba mencari kamera yang lebih ringan, kalis air dan yang pasti gambar yang dihasilkan cantik.

 

Saiz memainkan peranan penting kerana ada penggemar fotografi kerana ia memudahkan pergerakan sewaktu pancing dan paling penting sekali, muat untuk masuk poket anda. Cuma kepuasan mengambil gambar menjadi terhad kerana zooming yang terhad.

 

LABEL KALIS AIR

 

Tip Memilih & Mengguna Kamera Kalis Air

 

Pelbagai kamera kompak kalis air mudah didapati di setiap kedai kamera akan tetapi pemilihan yang tepat dan spesifikasi perlu anda tahu ketika membuat pilihan. Antara spesifikasinya ialah mempunyai label kalis air (waterproof) dan anti-gegar (shock proof/shock resistant). Ini bermaksud kamera ini jika terjatuh pada permukaan keras seperti batu, ia tetap berfungsi dengan baik selepas itu. Ia satu kelebihan kerana sewaktu kita di air, risiko untuk kamera terjatuh adalah tinggi. Dengan adanya kemudahan ini, ia mampu menyelamatkan kamera anda.

 

KUALITI IMEJ

 

Ia faktor paling penting perlu anda lihat sebelum membeli. Pilih pixel paling besar agar gambar yang dirakam lebih menarik jika berada di tempat cahaya yang kurang.

 

BEG KAMERA

 

Pastikan beg kamera tersebut dibawa sekali sewaktu pergi memancing. Ini kerana bukan sahaja ia menjaga kamera anda dari calar, akan tetapi memelihara kamera anda supaya tidak rosak dan tahan lama. Kini anda sudah tahu kamera apa yang patut anda beli. Pastikan anda mencari pelbagai info sebelum membeli dan periksa pakej-pakej yang ditawarkan oleh penjual kamera ini. Paling penting kamera ini haruslah kalis air, anti-gegar, kompak dan tinggi mega pixelnya. Rujuk kepada yang pakar sebelum membeli dan selamat memancing!

 

Tip Memilih & Mengguna Kamera Kalis Air

 

PERLU TAHU KEBURUKAN KAMERA KALIS AIR.

 

Kamera ini tidak boleh dibawa menyelam sehingga ke kedalaman 30 meter. Ia akan mudah rosak. Kamera ini mempunyai limit kedalaman air tertentu contohnya tidak boleh dari 5 meter. Oleh itu, pastikan anda tidak terlampau teruja untuk membawanya menyelam sekali. Jika mahu, masukkan ia di dalam casing.

 

Kamera ini tidak tahan dengan air garam atau air laut. Ramai yang tidak tahu dan ambil mudah perkara ini. Sebelum dan selepas anda membawa ia ke laut, pastikan anda bilas dahulu dengan air paip. Ini kerana, jika anda terlupa melakukannya, garam yang tertinggal akan merosakkan sistem kamera tersebut. Kos untuk membaiki sama harga dengan anda membeli yang baru. Sentiasa beringat dan hati-hati!

 

Kamera kalis air lebih mahal harganya berbanding kamera kompak biasa. Ada kamera mampu merakam video full HD (1080p) dan bukaan ISO tinggi hingga 3200. Disebabkan kamera ini kamera kompak, maka variasi aperture amat terhad contohnya seperti f/3.9 – f/5.5 dan zoom 28-140 mm sahaja.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI