➡ Sentiasa memakai jaket keselamatan yang diikat kemas pada badan (jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya).
Dan pastikan juga jika menggunakan jaket keselamatan berkenaan mampu mengapungkan berat anda, tidak kira jenis jaket keselamatan yang digunakan.
➡ Jika anda memiliki bot dan enjin sendiri, pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing. Begitu juga jika anda adalah seorang tekong.
Jangan abaikan perkara ini. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
Ads
➡ Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil di sungai pergunungan. Yang penting sekali mulut jangan CABUL! Kecuali korang memancing seorang diri.
➡ Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda.
➡ Bawalah lampu suluh walaupun tidak bercadang untuk pulang lewat petang atau malam.
Ads
Ia umpama sediakan payung sebelum hujan kerana tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku.
➡ Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut tidak kiralah di sungai atau laut. Banyak kejadian sampan terbalik gara-gara melanggar kayu hanyut.
Ads
➡ Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan elektrik. Barang-barang elektronik pada bot juga boleh terjejas jika joran disambar kilat.
➡ Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang. Casting di atas sampan merupakan risiko paling tinggi terkena mata tiga gewang.
➡ Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya kira ini satu soalan yang sangat bernas kerana belum pernah terdengar perbincangan tentang penggunaan penyelamat gewang atau lure retriever di laut. Memandangkan ia tidak pernah dibincangkan dan saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menggunakan penyelamat gewang tersebut ketika jig tersangkut pada karang ketika berjigging, maka saya sama sekali tidak dapat memberikan satu jawapan yang kukuh.
Secara teori, saya beranggapan penggunaan penyelamat gewang ini tidak sesuai untuk digunakan bagi melepaskan jig yang tersangkut. Saya hanya berkata ia kurang sesuai bukanlah bermakna ia tidak boleh digunakan. Sekiranya anda ingin mencuba, ia sama sekali tidak salah untuk diaplikasi.
Saya melihatnya kurang sesuai untuk digunakan berdasarkan beberapa perkara. Pertama, pada pengamatan saya penyelamat gewang khusus untuk kegunaan pancingan air tawar khususnya di tasik sungai dengan kedalaman tidak melebihi 10 meter.
Sebaliknya jika ingin digunakan di laut, faktor kedalaman laut dan pergerakan arus yang laju pasti tidak mengizinkan penyelamat gewang ini dapat berfungsi dengan sempurna. Bayangkan saja berapa panjang tali yang perlu disimpan dalam dan berapa besar pula gelendung penyelamat gewang yang perlu digunakan jika berjigging di kedalaman sehingga 80 meter.
Dan berapa berat pula pemberat pada penyelamat gewang yang perlu digunakan agar ia dapat turun secara menegak ketika arus umpama torpedo?
Tambah pula tidak ramai tekong jigging masa kini yang mahu memberikan kerjasama dan berusaha untuk menyelamatkan jig para pemancing yang tersangkut dengan sesuatu objek di dasar laut. Senang cakap, penggunaan penyelamat gewang di laut agak tidak praktikal dan besar kemungkinan akan menyebabkan penyelamat gewang tersebut turut sama menjadi tukun bersama jig yang tersangkut.
Kira-kira 2-3 tiga tahun lalu, penggunaan minyak serai dalam penghasilan umpan memancing (kolam pancing air tawar), pernah menjadi satu fenomena.
Berasaskan minyak sawit dan adunan serai, aroma unik minyak serai ini menjadikan ia penarik baru bagi menjinakkan ikan air tawar kolam komersial khususnya patin dan tongsan sisik halus.
Team Umpan agak bernasib baik kerana sempat juga merekod dan merakam umpan yang dihasilkan berasaskan minyak serai ini sebelum ia menyepi dari dunia pancingan kolam buat seketika.
BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:
Minyak serai
Tepung gandum
Pes pandan/strawberi
Keropok jagung
LANGKAH 1
Masukkan kira-kira ½ kg tepung gandum (setting untuk ½ kg) ke dalam bekas adunan atau tong umpan.
LANGKAH 2
Masukkan sedikit demi sedikit minyak serai dan gaul adunan.
LANGKAH 3
Sebaiknya dapatkan adunan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik dan ia sudah boleh digunakan.
LANGKAH 4
Masukkan 2-3 penutup pes pandan ke adunan dan gaul hingga sekata.
LANGKAH 5
Apabila memasukkan pes, adunan akan menjadi kental atau keras. Masukkan lagi minyak dan gaul bagi mendapatkan adunan yang tepat.
LANGKAH 6
Cucuk mata kail (perambut Y) dengan keropok jagung atau jajan memenuhi mata kail.
LANGKAH 7
Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari dan kepalkan mata kail. Kepal dengan kemas agar ia betul-betul melekat.
LANGKAH 8
Umpan yang sedia untuk dibaling ke lubuk. Sebaiknya gunakan teknik tanam batu mati bila menggunakan umpan tepung ini.
(saksikan video penyediaan umpan ini dengan cara klik link di bawah ini)
Enjin sangkut menggunakan sistem pump untuk menyedut petrol kepada karburetor seterusnya menghantar kepada piston. Sekiranya berlaku enjin semput dan terasa seperti sebu periksa bermula dari tangkiminyak hingga ke filter.
Perhatikan penutup tangki dan pastikan ia di buka supaya oksigen memasuki tangki untuk memberi ruang kepada pump untuk menyedut bahan bakar.
Bahagian kedua periksa penyambung (connector) getah dalam keadaan baik dan tidak bocor walau sekecil mana pun. Sekiranya penyambung tadi dalam keadaan baik teruskan memeriksa bahagian getah penyalur minyak.
Sila pastikan anda menggunakan hos getah yang memang diiktiraf untuk kegunaan minyak dan bukannya air atau selain dari kegunaannya.
Ini kerana zarah molekul yang ada pada bahan bakar adalah lain daripada air dalam kelasnya. Tekanan yang diterima juga berbeza dan ini perlu ditukar sekiranya bukan hos untuk minyak.
Bahagian ketiga yang perlu di periksa adalah pum yang boleh di picit. Sekiranya pump dalam keadaan keras setelah dipicit beberapa kali untuk memenuhkan minyak di bahagian filter maka pump tersebut dalam keadaan baik tetapi jika ia lembut dan terasa kosong maka ada kebocoran atau pum tersebut perlu ditukar.
Bahagian keempat periksa filter dan cuci bahagian dalam filter supaya apa jua benda asing dikeluarkan dan pasang semula dengan ketat. Periksa hos masuk dan hos keluar ke karburetor dalam keadaan ketat.
Akhir sekali servis karburetor dengan membuka semua skru laluan minyak dan bersihkan menggunakan berus serta dikeringkan menggunakan angin bertekanan tinggi supaya benda asing yang melekat pada salur minyak karburetor dapat dibuang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...