
Udang galah boleh dipancing dengan menggunakan umpan konvensional seperti anak udang sungai, umpun-umpun, cacing tanah, organ haiwan dan pelbagai lagi.
Namun dengan penggunaan bahan-bahan pemikat bersama umpan ini ia mampu mempercepatkan proses udang galah mengesan umpan sekali gus terperangkap pada mata kail.
Bahan-bahan keperluan.
Anak udang sungai
Minyak Umpan 3D Matsumoto
Serbuk pemikat udang Matsumoto
Cara-cara penyediaan umpan
Langkah 1
Masukkan umpan anak udang sungai ke dalam bekas bertutup.
Titiskan kira-kira lima hingga sepuluh titik minyak Umpan 3D Matsumoto ke atas udang.
Goncang sehingga udang disaluti minyak.
Langkah 2
Curahkan kira-kira satu pertiga paket serbuk pemikat udang Matsumoto (bergantung kepada jumlah umpan udang sungai digunakan) ke atas udang yang telah disaluti minyak.
Goncangkan bekas bertutup dan simpan kira-kira 15 minit sebelum digunakan dengan cara mencucuk umpan udang ini pada mata kail.