Tip Ekstra Memancing Gerong Belang!!

Share

 

Kesesuaian set pancing untuk memancing gerong belang yang sesuai secara asasnya ialah daripada light hingga medium set.

Namun bergantung kepada teknik dan kecenderungan peribadi pemancing untuk perlawanan yang lebih mencabar, terdapat juga pemancing yang memilih set yang lebih ringan untuk lebih ekstrim.

 

Tali sulam utama dengan kekuatan breaking point sekitar 10-20lb sudah memadai untuk penggemar teknik casting dan light jigging.

Kekuatan tali utama ini adalah kekuatan yang sesuai untuk kebanyakan spesies trevally termasuk gerong belang dengan mengambil kira kaedah pancingan casting di zon strike trevally.

 

Jika anda menggunakan teknik trolling pula, gunakan gewang berbibir minnow saiz sederhana dengan kelajuan bot sekitar 4-6 knot.

Gunakan nylon yang mempunyai warna yang terang jika anda gunakan tali jenis ini sebagai tali utama.

 

Waktu yang paling sesuai untuk memancing gerong belang dan kebanyakan spesies trevally ialah ketika waktu air penuh kerana trevally aktif mengejar ikan kecil di habitatnya pada waktu sebegini.

 

Bagi kaki casting, cermin mata polaroid sangat membantu terutama ketika mengenal pasti lokasi gerong belang di dalam kawasan air cetek dan jernih selain mengelakkan mata anda letih ketika memancing di lautan.

IKLAN