Bagi para caster yang ingin merasai pertarungan dengan pontianak Sungai Pahang ini, korang perlu mendapatkan info terlebih dahulu tentang bila waktunya ikan mungkus mudik selepas banjir. Tak kiralah sama ada casting atau trolling, berikut sedikit tip sebagai persediaan korang.

 

Penyediaan bot, sama ada dibawa sendiri atau ada kenalan yang mempunyai bot. Boleh dikatakan tiada perkhidmatan sewaan bot pancing khusus di Sungai Pahang kecuali anda mengenali orang kampung. Penggunaan bot lebih praktikal berbanding mengilat dari tebing kerana lebih banyak spot boleh dituju serta bot boleh parking agak hampir dengan kawasan kawanannya.

 

Namun begitu ada kala menebing atau landbase casting  menghasilkan tangkapan yang memberangsangkan. Dapatkan info lokasi di mana begahak sering bermain, mengejar anak-anak ikan atau biasa disebut ikan main arus oleh penduduk tempatan.

 

Tip Casting & Trolling Begahak

 

Casting

IKLAN

 

Memadai dengan tali utama (tali sulam) 8lb-10lb sahaja. Penggunaan tali yang lebih halus dan berdiameter kecil membantu gewang dilontar lebih jauh. Terutamanya lubuk yang berada jauh ke tengah sungai.

 

Teknik karauan gewang secara sederhana laju lebih berkesan untuk memperdaya sang begahak. Bawa gewang berwarna semula jadi juga yang berwarna terang/garang dengan aksi selaman cetek dan dalam. Penggunaan popper juga efektif terutama apabila berjumpa dengan kumpulan begahak yang sedang menggelegak @ boiling.

 

Trolling

 

IKLAN

Jika menunda, joran cukuplah sekadar 8 – 17 paun atau 8 – 20 paun supaya anda dapat menghayati perlawanan lebih adil. Jangan risau… sepanjang saya memancing begahak, tak pernah lagi spesies ini membawa gewang masuk ke dalam reba sebaliknya berenang ke kawasan lapang.

 

Kebiasaannya begahak yang sedang beristirehat di dalam reba akan keluar membaham gewang yang dianggap pengacau atau makanannya. Tetapi jangan lupa bawa penyelamat gewang kerana gewang anda mungkin akan tersangkut.

 

Tip Extra

 

IKLAN

Dipercayai kebanyakan begahak tidak terus membaham mangsa, sebaliknya memukulnya secara melibas dengan menggunakan bahagian kepala. Setelah mangsa pengsan atau cedera barulah ia membahamnya.

 

Oleh demikian, manfaatkan disebalik tabiat begahak ini dengan menggunakan mata kail (mata tiga) yang halus dan tajam. Mata kail standard yang biasanya dibekalkan bersama ketika membeli gewang itulah yang sesuai untuk digunakan.

 

Tip Keselamatan

 

Awas ketika mengendalikan ikan terutamanya ketika mengeluarkan gewang. Gigi begahak amat tajam umpama pisau dan ia boleh melukakan dengan begitu mudah.

 

Tip Casting & Trolling Begahak

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI