Selepas memancing di laut atau air masin, bilas cincin-cincin joran dengan air paip secukupnya sebelum disimpan bagi mengelakkan cincin berkarat akibat pembentukkan garam.
Sapukan baby oil pada blank (batang joran) dan cincin bagi memanjangkan usianya khususya jika sering memancing ketika panas.
Berikan perhatian apabila membawa joran terutama joran 1 piece kerana sering berlaku tip joran patah kerana kemalangan di dalam kereta.
Ads
Sebelum membuat balingan, sentiasa perhatikan belakang anda tip joran cukup mudah patah sekiranya mata kail atau umpan yang akan dilontar tersangkut pada sesuatu objek.
Ads
Pasti juga berat umpan yang anda gunakan sepadan dengan skala kemampuan joran anda untuk menampungnya.
Jangan sesekali menarik tali pancing yang tersangkut di dalam air dengan menggunakan joran kerana dengan mudah joran akan patah.
Ads
Seboleh-bolehnya gunakan sauk atau gancu untuk mendaratkan ikan walaupun ikan tidaklah sebesar mana.
Jangan terlalu mudah bagi pinjam pada member… khususnya member yang baru belajar memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Muara Sungai Kong Kong sememangnya terkenal sebagai padang pancing untuk memburu siakap. Antara umpan dan teknik yang paling popular lagi mencakop di sini ialah casting siakap menggunakan umpan udang hidup.
Ramai agak keliru dengan teknik casting yang saya pratikkan untuk memburu siakap di sini. Teknik casting tergolong pelbagai teknik.
Ada yang mengunakan gewang dan ada juga mengunakan umpan hidup. Dan cara teknik karau pun agak berbeza. Ada yang mengunakan spinning reel dan ada juga mengunakan baitcasting reel.
Teknik casting umpan hidup (udang) yang paling mujarab yang selalu saya pratikkan. Ia bukan sahaja untuk casting siakap malahan boleh digunakan untuk spesies ikan dasar lain.
Digabungkan sistem ketuk henjutan dan tarikan secara pelan dan disulami kayuhan reel, janji umpan mestilah berada di dasar dalam masa yang sama juga kita akan memahami struktur dasar. Struktur dasar biasanya terdiri dari karang, pohon kayu, batu-batuan dan lain-lain lagi.
Rod dan reel juga memainkan peranan dalam sistem casting siakap di Kong Kong. Set ringan yang sesuai seperti P.E 1/3 dan 0/8. Manakala saiz reel 1000 hingga 3000 yang bersesuaian untuk mainan air payau.
Perambut bersaiz 20/30/40 lbs. Batu ladung hidup bersaiz 1-4 dan 5 stoper batu ladung. Mata kail pula bersaiz 3-7 jenama Berkley Triple Sharp.
Diharap ia membantu anda memperoleh strike. Untuk maklumat lanjut saya akan bantu apabila anda turun memancing siakap di Kong Kong ini.
Satu-satunya hobi yang tidak pernah cukup masa dan boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam ialah memancing. Namun memancing pada waktu malam tidaklah sama dengan keadaannya berbanding pada siang hari. Apatah lagi jika memancing di kawasan yang jauh dari sumber cahaya seperti di sungai pergunungan, sungai jauh dari penempatan ataupun lombong tinggal.
Oleh yang demikian, sedikit tip atau panduan ini perlu diambil berat bagi memastikan keseronokan memancing dapat dikekalkan sepanjang waktu.
Lampu suluh
Torchlight atau lampu suluh wajib ada! Tak kiralah apa jenis lampu suluh sekalipun ia adalah keperluan kedua terpenting selepas peralatan memancing. Lampu kepala adalah pilihan terbaik malah ia menjadi satu kemestian.
Jangan suluh sembarang
Seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh. Paling penting jangan menyuluh secara terus ke arah air. Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita, sebaliknya boleh mengundang haiwan berbahaya. Tabiat menyuluh ke air ini sememangnya sukar untuk dihakis oleh para pemancing.
Kit Penghalau serangga
Insect repellent atau kit penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan memancing. Tidak kiralah dalam sapuan atau semburan. Kecuali, korang sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.
Pakaian sesuai
Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan serba-serbi warna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk. Seperkara lain, ia turut menyulitkan rakan sendiri kerana boleh menimbulkan banyak kekeliruan.
Pancing berkumpulan
Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma memancing di sungai belakang rumah atau tepi lombong, setidak-tidaknya ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
Jangan sepahkan peralatan
Amalkan sikap menyimpan peralatan memancing yang tajam seperti mata kail atau pisau di tempat asal selepas digunakan. Jangan malas bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diduga.
Unggun api
Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (peringatan : jangan pula korang buat unggun api jika memancing di atas sampan!)
Kenal ikan
Ambil sedikit masa terlebih dahulu spesies tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama.
Belerang
Jika perlu, tabur belerang dalam bentuk lingkaran bagi memagari kawasan korang memancing. Ia bertujuan untuk menghalang binatang atau serangga berbisa memasuki kawasan korang. Namun, jangan biarkan belerang itu terlepas masuk ke kawasan air.
Ada ke kerapu di sebalik batu? Ya, memang betul. Memang kerapu sering menjadikan struktur kawasan berbatu sebagai lokasi mencari makanan malah sebagai rumah persembunyiannya. Sekiranya anda ke benteng pemecah ombak, terutamanya benteng yang ditambak jauh ke tengah laut, jangan lepaskan peluang memancing di situ. Ikan apa yang ada kat celah batu? Banyak ikan beb…!
Di kawasan tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan yang berpotensi).
Tekniknya sangat mudah. Jika anda terlupa bawa set pancing pun masih boleh memancing kerapu. Apa yang penting hanya perlu ada tali pancing, mata kail dan umpan.
Anda hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail berumpan sahaja. Tidak perlu batu ladung. Namun lebih seronok jika ada set pancing. Jika ingin menggunakan joran, tidak perlulah menggunakan joran pantai. Memadai joran biasa bersaiz 5 hingga 8 kaki. Kekili pula gunalah kekili yang tahan air masin.
Umpan udang kopek paling efektif digunakan. Boleh juga gunakan udang hidup, umpun-umpun dan hirisan sotong.
Apabila menjatuhkan umpan ke dalam lubang batu, mainkan sedikit umpan itu agar ia bergerak-gerak di dalam air kemudian biarkan seketika. Jika tiada sambaran mainkan lagi umpan itu untuk menarik perhatian ikan.
Jika lama tiada sebarang sambaran ataupun kawasan tersebut telah dikuasai spesies pengacau seperti buntal dan sesirat, anda bolehlah berpindah ke lubang-lubang batu yang lain.
Penting untuk anda sentiasa menjaga joran anda. Ini kerana, apabila sang kerapu menyambar umpan, ia akan terus membenamkan dirinya masuk ke dalam batu.
Jadi untuk mengelakkan kail anda tersangkut ke batu, anda harus segera menyambar joran apabila kerapu menyambar umpan. Waktu paling efektif memburu kerapu ialah ketika air gerak pasang sehinggalah pasang penuh.
Selain kerapu, ikan-ikan lain seperti sembilang, tetanda, siakap, kitang dan bayan juga boleh dieratkan dengan teknik ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...