Untuk mencandat sotong kurita,senang sahaja. Anda cuma perlu menambahkan sinker/ladung yang bersaiz kecil pada swivel dah ok.
Cara ini adalah bagi memberatkan candat anda dan candat anda senang untuk sampai ke dasar dengan cepat.
Tak perlu beli candat berjenenama yang mahal-mahal. Candat yang paling murah pun boleh digunakan.
Titiskan perasa Matsumoto pada badan candat anda dan ratakan perasa tersebut. Selepas itu, biarkan candat anda selama 5 minit supaya rasa minyak Matsumoto dapat meresap dan menyerap di permukaan candat dengan lebih sempurna.
Ads
Selepas 5 minit atau lebih dari itu, enjoy trip mencandat sotong kurita anda!
Mencandat sotong kurita tidak perlukan candat yang mahal-mahal, beli yang murah-murah dah ok.
Ads
Sebab si kurita ini sembunyi dekat kawasan dasar, candat anda senang nak lekat dan putus, candat murah kalau putus pun hati kita tidak sakit kan?
Cast candat anda ke tempat yang anda rasakan yakin, biarkan candat anda tenggelam ke dasar.
Ads
Retrieve atau karau reel anda selambat-lambat yang boleh untuk merasakan tarikan sotong kurita yang sedang menunggu mangsa di kawasan dasar.
Pastikan tempat yang anda main itu kawasan tempat munculnya sotong kurita la… kalau tidak, kumpaw itu memang indahlah jawapnya. Selamat mencuba!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Keseronokan menjadi punca kealpaan dan kealpaan menjadi punca kecederaan. Kebanyakannya bukanlah tidak tahu tatacara untuk mengendalikan ikan tangkapan, cuma bila terlalu seronok semuanya lupa pada faktor keselamatan.
Memang seronok apabila umpan telah mengena, tambah seronok bila dapat bertarung sepuasnya dengan ikan sasaran.
Namun teknik dan tatacara untuk mengendalikan ikan yang akan didaratkan itu tidak ramai ambil kisah sangat.
Hakikatnya, cara pengendalian ikan amat penting tak kiralah sama ada untuk melepaskan kembali ikan tersebut atau dijadikan lauk.
Berikut beberapa panduan yang perlu dititikberatkan ketika mengendalikan ikan sama ada untuk keselamatan diri mahupun tangkapan itu sendiri.
Sauk
Tidak kira apa jenis pancingan anda, sauk atau tangguk merupakan alatan kelengkapan memancing yang perlu ada dan dibawa bersama.
Kebanyakan pemancing keberatan untuk membawa sauk berikutan saiznya yang besar dan memakan ruang simpanan dalam kenderaan.
Lip grip
Jika tiada penyauk, gunakanlah lip grip atau pencangkuk bibir ikan. Penggunaan lip grip tidaklah sebaik menggunakan tangguk tetapi ia sesuai untuk mengendalikan ikan air tawar bergigi tajam seperti haruan dan toman.
Selain mudah bagi proses menanggalkan mata kail, kemalangan juga dapat dikurangkan jika memegangnya dengan tangan sahaja.
Sebaiknya gunalah tangguk atau sauk yang sepadan dan sesuai untuk mendaratkannya. Dengan cara ini ikan tidak berhadapan risiko kecederaan malah dapat mengelakkan kemalangan pada joran dan pemancing sendiri.
Gancu
Jika memancing di laut, seeloknya gunalah gancu atau cangkuk. Apatah lagi jika yang ingin didaratkan itu bersaiz besar, bergigi tajam atau yang bersengat seperti ikan pari.
Jika ingin membawa pulang tangkapan tersebut bolehlah dicangkuk pada bahagian badannya, sebaliknya jika melepaskan kembali pastikan tidak mencederakan mana-mana anggota badannya atau putuskan sahaja tali perambut.
Pegang ekor
Sekiranya tiada peralatan tersebut dan perlu mendaratkannya dengan menggunakan tangan, pastikan ikan berkeadaan lemah. Sebaiknya peganglah bahagian ekor ikan untuk menariknya ke darat atau ke atas bot.
Cekup mulut
Boleh juga mendaratkan ikan dengan kaedah memegang mulutnya dengan tangan tapi harus diingat, bukan semua ikan boleh dipegang mulutnya seperti siakap atau sebarau. Sebaiknya kenali dulu jenis ikan sebelum tunjuk hero.
Pengendalian
Apabila menanggalkan mata kail dari dalam mulut ikan, sebaiknya gunalah playar atau hook remover. Elakkan dari menanggalkannya dengan menggunakan tangan khususnya mengendalikan ikan bergigi tajam.
Bagi mengurangkan ikan daripada menggelepar, pegang ekor ikan dan bengkokkan badannya ke arah kepala, jangan terlalu kuat hingga boleh mematahkan tulangnya. Jika memegang ikan bersengat, peganglah bahagian kepalanya dengan cara yang betul.
Jangan sesekali menyeret ikan naik ke darat khususnya jika berhasrat untuk melepaskan kembali ikan tersebut. Cara ini boleh menyebabkan kecederaan atau setidak-tidaknya menghapuskan lendir badan yang sangat penting untuk survival ikan.
Sekiranya mata kail ditelan terlalu jauh ke dalam mulut, sebaiknya putuskan saja perambut dan biarkan mata kail di dalam mulut ikan. Ia lebih baik bagi survival ikan daripada memaksa mengeluarkan mata kail tersebut.
Jika ingin bergambar bersama ikan (spesies tangkap dan lepas), sebaiknya ampu tubuh ikan di bahagian kepala dan ekornya. Jangan memegang ekor sahaja kerana ia boleh mencederakan ikan dan mudah terhempas.
Joran atau rod pancing merupakan salah satu daripada alatan terpenting yang digunakan untuk memancing. Oleh yang demikian ia memerlukan penjagaan yang teliti bagi memanjangkan usianya. Joran bukan sekadar perlu dijaga ketika sedang digunakan malah turut penting ketika proses logistik atau penyimpanan.
Tip #1
Selepas memancing di laut atau air masin, bilas cincin-cincin joran dengan air paip secukupnya sebelum disimpan bagi mengelakkan cincin berkarat akibat pembentukkan garam.
Tip #2
Sebaiknya elakkan dari mengepam atau menaikkan joran melebihi 90 darjah ketika bertarung dengan ikan bagi memelihara backbone atau tulang belakang joran.
Tip #3
Sapukan baby oil pada blank (batang joran) dan cincin bagi memanjangkan usianya khususya jika sering memancing ketika panas.
Tip #4
Elakkan dari menegakkan joran secara tegak (90 darjah) ketika meletakkannya pada pancang atau rod holder kerana sentapan kasar ikan boleh menyebabkan tip (hujung joran) patah.
Tip #5
Berikan perhatian apabila membawa joran terutama joran 1 piece kerana sering berlaku tip joran patah kerana kemalangan di dalam kereta.
Tip #6
Sebelum membuat balingan, sentiasa perhatikan belakang anda tip joran cukup mudah patah sekiranya mata kail atau umpan yang akan dilontar tersangkut pada sesuatu objek.
Tip #7
Pastikan juga berat umpan yang anda gunakan sepadan dengan skala kemampuan joran anda untuk menampungnya.
Tip #8
Jangan sesekali menarik tali pancing yang tersangkut di dalam air dengan menggunakan joran kerana dengan mudah joran akan patah.
Tip #9
Seboleh-bolehnya gunakan sauk atau gancu untuk mendaratkan ikan walaupun ikan tidaklah sebesar mana.
Tip #10
Jangan terlalu mudah bagi pinjam pada kawan… terutamanya kawan yang baru belajar memancing tanpa pengawasan.
Pertama kali cuba memancing spesies ini, saya gagal untuk mendapatkan hasil yang positif berikutan jahil tentang teknik memasang umpan dengan betul. Sedangkan tekong asyik mengena.
Pada mulanya saya yakin dengan cara memasang umpan yang biasa diamalkan seperti kaedah memasang hirisan sotong, namun apabila memerhatikan dan diberi tunjuk ajar oleh tekong baru saya sedar perbezaan yang amat ketara.
Saya buat penilaian di mana kumpulan kami memancing menggunakan umpan dan saiz mata kail yang sama, tempat dan masa yang sama, tetapi keputusannya saya mendapat lebih dari 20 ekor berbanding 5 ekor yang memasang umpan dengan cara biasa.
Setelah yakin dan ulangi di lokasi yang berlainan, perbezaan hasil amat ketara walaupun tidak semua spesies yang bolot umpan adalah cermin. Ia juga menjadi pilihan ikan karang dan pelagik yang tertarik dengan persembahan umpan tersebut.
Rahsianya ialah teknik yang betul mampu mengelakkan umpan berbelit dengan tali perambut utama. Jika ini berlaku, seharian tunggu tiada cermin yang sudi dengan umpan anda. Umpan segar paling digemari oleh ikan cermin ialah hirisan sotong, kembong (bukan pelaling), selayang dan selar.
Hirisan ikan segar ini mesti digabungkan dengan teknik memasang umpan yang betul agar ia dapat memberi persembahan yang optimum. Biasanya hirisan ikan mati dihiris memanjang setiap sebelah bahagian. Hirisan ini kemudiannya dipotong memanjang dua atau 3 bahagian merujuk kepada saiz umpan dan mata kail itu sendiri.
Ada dua kaedah mengunakan umpan, pertama mengunakan bulu / benang hijau sebagai penarik dan satu lagi umpan sahaja tanpa benang hijau. Keduanya boleh diterima pakai tetapi saya lebih gemar mengunakan teknik pertama.
Selain itu anda boleh dapatkan apollo yang saiz di kedai bersaiz 20/40 paun tangsi berwarna putih. Pastikan umpan dicangkuk bersesuaian dengan saiz mata kail Apollo.
Tidak semua warna tali rafia menjadi tarikan ikan ini. Saya mengunakan benang hijau gelap untuk apollo biasa dan campur umpan. Jika mengunakan tali rafia sahaja, warna pilihan ialah hijau muda/cerah dan yang berkilat.
Saya berpeluang menilai serta mengujinya ketika memancing di Pulau Redang. Duduk bersebelahan dengan tekong yang cukup berpengalaman memancing cermin dan jemuduk mengunakan tali rafia sahaja.
Saya memilih teknik benang hijau campur hirisan ikan selar serta selayang. Nampak gaya ikan cermin lebih berminat dengan tali rafia hijau di mana kadar ialah 7:3 berbanding saya yang pakai umpan.
Jika menggunakan teknik tali rafia ia hendaklah dihenjut lembut sebaik sahaja mencecah dasar dan beberapa detik kemudian ditarik laju ke atas. Setengah ikan menyambar ketika ia mencecah dasar, ada yang menyambar ketika henjutan dibuat dan ada masa ia menyambar ketika dikarau ke atas.
Teknik ini memerlukan kerajinan seperti yang biasa kita amalkan ketika mencari umpan dengan apollo dan teknik jigging.
Selain tali rafia, bulu berwarna putih (bulu itik atau ayam putih) menjadi pilihan sebelum tali rafia mengambil alih tempat atas dasar ketahanan dan mudah diperolehi. Bulu yang sama juga biasa digunakan untuk menjerat cencaru dan gerepoh.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...