Memancing ikan jebong? Tidak dinafikan ikan jebong bukanlah spesies sasaran oleh golongan pemancing malah ia tiada sama sekali disenaraikan dalam fikiran pemancing bila turun ke laut.
Ia banyak dipancing secara tidak sengaja oleh kaki laut ketika jigging apollo untuk mencari ikan umpan. Cuba bayangkan jika ia bedal apollo, terkial-kial kita terpaksa melayan bagi mengelakkan apollo putus. Kalau apollo putus dah rugi satu set apollo.
Jebong memiliki mulut kecil, gigi kapak tajam dan sifatnya yang suka mengutis makan iaitu tidak menelan sekaligus, maka amat sukar untuk menjeratya menggunakan mata kail besar lebih dari saiz 1 atau mata udang no 11.
Ads
Mata kail kecil jenis long shank yang mempunyai teras lebih panjang amat digalakkan bagi mengelakkan ikan ini mudah menggigit perambut tangsi yang digunakan. Teknik pancingan yang sama seperti memancing ikan barat-barat boleh digunakan.
Memancing jebong memerlukan mata kail kecil tetapi kuat seperti mana mereka yang gemar memburu ikan bayan. Bezanya bayan tiada masalah menggunakan mata 3/0. Namun demikian ikan ini lebih banyak ditangkap menggunakan bubur serta pukat secara komersial.
Ads
Saya berpengalaman ketika memancing di mana umpan sotong kurita dikerjakan hingga licin sebelum sempat umpan tersebut sampai ke dasar. Untuk mengetahui spesies apa yang mengerjakan umpan, saya segera tukar saiz mata kail.
Ads
Bila tukar saiz mata kail barulah kena buku dengan ruas. Jika menggunakan perambut stail apollo, pastikan saiz mata kail kecil berpadanan dengan umpan bagi mengelakkan ia mengutus.
Hirisan kecil sotong adalah paling mujarab kerana ia ia lebih tahan dan liat dari isi ikan. Umpan jangan terlalu besar kerana ikan ini akan mengutis umpan sebelum ditelan. Ia hanya akan menelan apabila saiz berpadanan dengan luas bukaan mulutnya. Saiz umpan memainkan perana memujuk jebong memilih untuk menelan dari mengutis.
Apabila kita menggemari spesies ini, kita akan lebih menumpukan teknik betul agar tidak tertipu dengan stail licik ikan jebong ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Spesies campuran yu dari pari ini mampu menghabiskan tali utama sepanjang 200 hingga 400 meter di dalam gelendung kekili milik surfcaster dengan sekelip. Justeru yu kemejan menjadi spesies sasaran utama bagi pemancing pantai yang mendambakan pertarungan yang sengit dan penuh mencabar. Yu kemejan merupakan spesies yang gemar mendiami kawasan berpasir, berlumpur selut dan kawasan rata yang mendatar. Waktu utama pemburuannya ialah pada waktu malam berikutan ia lebih aktif memburu mangsa pada tersebut. Umpan bagi memburu spesies ini lebih kurang sama dengan pari iaitu udang, sotong dan ikan.
Ikan talang atau queenfish biasanya boleh ditemui di lagun pantai, terumbu dan persekitaran pulau-pulau. Mereka mendiami perairan yang jernih dari permukaan hingga kedalaman 100 meter. Sementara talang juvenil mendiami kawasan air cetek berhampiran pantai dan boleh memasuki muara termasuklah kawasan air payau. Walau bagaimana pun ikan dewasa turut menghampiri pesisir pantai dan sering menjadi sasaran kepada pemancing pantai. Ikan ini digemari oleh surfcaster berikutan aksi akrobatiknya selepas tercangkuk mata kail. Ia boleh dipancing dengan menggunakan umpan belanak hidup, udang hidup serta hirisan ikan.
Ikan daun baru atau sicklefish boleh ditemui hampir merata pesisiran pantai semenanjung. Ikan daun baru menjadikan pesisiran pantai berkarang, berpasir dan berlumpur sebagai habitat utamanya. Walaupun tidak tergolong dalam game fish yang memberikan tentangan hebat kepada pemancing, ia turut tersenarai dalam ikan sasaran pengemar pancingan pantai. Ikan daun baru boleh dipancing dengan menggunakan umpan umpun-umpun, hirisan ikan dan udang.
Sembilang atau gemang merupakan spesies sasaran utama khususnya di bahagian sebelah Pantai Barat Semenanjung yang memiliki pesisir pantai berlumpur. Spesies yang terkenal dengan sirip berduri dan berbisa ini juga mampu melenturkan joran panjang jika bersaiz kasar. Ia menjadi sasaran utama bukanlah kerana keupayaan pertarungan, sebaliknya lebih kepada hidangan di meja makan berikutan keenakan dagingnya. Banyak jenis umpan boleh digunakan untuk memancing sembilang seperti udang, sotong, ikan, umpun-umpun dan kerang-kerangan.
Ikan belukang atau sagor catfish, lazimnya boleh didapati di tepi pantai berlumpur dan kuala sungai. Ia hidup di laut berlumpur berdekatan pantai dan estuari. Bagi sesetengah pemancing menganggap ikan belukang umpama ikan pengacau umpan. Namun ia masih menjadi buruan utama bagi sesetengah pemancing lain, malah menjadi sasaran utama khususnya di dalam pertandingan memancing pantai. Berikutan ia dilabel sebagai pengacau umpan maka apa saja umpan yang digunakan untuk memancing spesies sasaran lain boleh dijadikan umpan untuk memancing belukang.
Joran yang tidak digunakan lagi (sebaiknya joran yang keras)
Alat pemukul telur
Cable tie
Gunting
Cara Membuatnya:
Ambil pemukul telur dan letak di penghujung joran. Sebaiknya pastikan pemukul telur dapat diikat pada joran di antara dua cincin.
Ia bertujuan bagi menghalang alat pemukul telur ini menggelongsor turun atau naik. Ikat dengan ketat dengan menggunakan cable tie bagi menghalang pemukul telur itu melurut dan tercabut ketika proses melepaskan gewang yang tersangkut.
Penyelamat gewang ini bolehlah digunakan untuk melepaskan gewang yang tersangkut pada reba di dalam atau pada batang pokok yang tidak dapat dicapai dengan tangan.
Penyelamat gewang ini tidak perlu disiapkan terlebih dulu di rumah. Tentu korang malu untuk membawanya pergi ke mana-mana trip.
Sebaiknya bawa saja alatan keperluan tersebut di dalam beg memancing. Apabila berlaku kejadian gewang tersangkut di atas pokok, barulah jadikannya sebagai alat penyelamat gewang.
Joran 2 pieces yang telah rosak juga boleh digunakan sekiranya tiada joran 1 piece. Tapi pastikan anda bawa sellotape bersama bagi menguatkan sambungan joran.
Patipok atau pecah periuk (Lobotes surinamensis) adalah spesies yang gemar mengikut sampah yang dihanyutkan dari muara sungai ke laut seperti batang pokok tumbang, pokok nipah yang hanyut.
Ikan ini menjadikan sampah sarap atau apungan sampah sebagai lokasinya mencari makan. Jika terserempak dengannya ketika memancing di tengah laut, jangan sesekali menganggapnya hanya sampah sarap, tetapi ia sebenarnya rezeki terpijak buat anda.
Lontaran Umpan
Dalam memburu penghuni apungan (selain patipok, ada spesies lain juga menghuni apungan besar), teknik menghanyut umpan dan melontar perlu dilakukan sehampir mungkin ke apungan tersebut.
Perambut
Perambut sepanjang setengah depa menggunakan perambut kabel ataupun tali mono 60 paun boleh dipraktikkan dalam memburu spesies ini. Setting kasar ini penting bagi memastikan dapat menarik mangsa keluar dari halangan apungan.
Umpan
Umpan sotong atau hirisan kembung sangat sesuai digunakan untuk menjerat mangsa yang kebiasaannya mencari makanan di sekitar apungan yang hanyut. Spesies pelagik ini pada kebiasaannya akan melarikan umpan antara dasar dan permukaan air.
Set pancing
Set pancing yang digunakan juga tidak perlulah menjurus kepada set yang terlalu berat kerana, aksi tarikannya memang dinantikan pemancing. Cuma perlu seimbang agar dapat merasai keseronokan sebenar melayan penghuni ini.
Umpan alternatif
Secara amnya, ikan patipok akan menjamah apa jua umpan yang dilontarkan berhampiran kumpulan mereka.Selain hirisan kembung dan sotong, batu ladung yang diikat bulu itik juga mendapat sambutan dan tidak keterlaluan jika saya katakan spesies ini mudah dipancing jika terkena lubuknya. Selain itu mikro jig dengan sotong getah juga boleh digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...