Hampir kebanyakan ikan tergolong dalam keluarga snapper dan jack gemar hidup berkumpulan dan ia amat peka pada keadaan sekeliling terutama perihal pergerakan ahli kumpulan. Sebab itu jika hasil pertama rabut, kumpulannya pasti turut serta mengekori yang rabut hilang entah ke mana di dasar.

 

Kebiasaannya apabila trip kelaut dalam di aturkan, kekili aksi berat menjadi pilihan utama kaki pancing sesuai dengan saiz ikan yang bakal dibuat perhitungan dan aras kedalaman lubuk itu sendiri. Kekili pilihan kebanyakan saiz 30 hingga 50 siri dengan dua kelajuan dan mampu memuatkan tali sehingga 1000meter.

 

Teknik & Peralatan Memancing Merah Mata Hitam

 

Saiz begini sesuai dipadankan dengan joran aksi menegak berat 20lb hingga 80lb kekuatan. Kini kekili elektrik menjadi pilihan ramai kaki pancing. Kekili spinning amat tidak digalakkan kerana jenis ini mampu meletihkan pemancing pada kedalaman lebih dari 200kaki. Bawah 100 kaki kurang sedikit masalah.

 

IKLAN

Walaupun ia rakus pada peringkat permulaan hingga pertengahan air, namun cepat lemah apabila timbul di permukaan. Lebih-lebih lagi pelampung dan matanya tersembul keluar. Jika hasil di bawah skala 1.5kg teknik apollo 2 hingga 4 mata paling seronok digunakan. Lebih-lebih lagi ikan ini adalah spesies berkumpulan.

 

Teknik & Peralatan Memancing Merah Mata Hitam

 

Teknik

IKLAN

Terdapat beberapa teknik memancing ikan merah ini yang sering digunakan oleh nelayan dan sesetengahnya menjadi ikutan pemancing yang sering menempah bot nelayan tersebut. Teknik ini kemudiannya dikembangkan dari masa ke masa.

 

Teknik yang paling digemari oleh pemancing ialah mengunakan tanduk disusuli perambut 3 depa. Jika kebanyakan nelayan mengunakan perambut 5 hingga 10 depa sesuai dengan mengunakan koyan (handline), bagi kita pemancing amat sukar di pratikkan kerana saat yang paling sukar ialah ketika tanduk sudah terjuntai di hujung joran manakala ikan masih berkeliaran di bawah.

Hasil cepat berbelit dengan tali pancing lain dan bantuan rakan amat diperlukan. Jadi bila pakai joran dengan tanduk, jangan guna perambut yang keterlaluan panjang.

 

IKLAN

Ikan merah mata hitam ini jarang merembat jig mahupun gewang. Ia tidak mudah ditipu kerana kepekaanya pada sekeliling serta mangsanya sendiri. Namun kini dengan teknologi jig slow jigging, makin banyak spesies ini dijinakkan.

 

Teknik & Peralatan Memancing Merah Mata Hitam

 

Tidak kira berapa kekuatan tali utama bukanlah soal pokok, pentingnya ialah tali perambut mestilah sesuai dengan warna dan kekuatannya. Untuk saiz 1 hingga 1.5 kg saya syorkan guna perambut tangsi sekadar 50lb berwarna hijau Berkley atau perambut putih yang biasa dijual di kebanyakan kedai pancing.

 

Jika berani pakai lebih halus lagi bagus kerana kadar rentapan ikan lebih berbanding perambut kasar. Jangan mengunakan perambut kasar untuk memancing ikan merah ini jika tidak ingin kecewa.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI