Bagi ikan jelawat baka ternakan dikatakan lebih mudah untuk menyambar umpan tiruan seperti sesudu mikro dan spinner. Spot yang paling baik bagi memancing jelawat ialah di sekitar kawasan air yang berarus dan aliran keluar masuk air seperi pertembungan anak sungai yang kecil, kawasan air sungai masuk dan keluar.

 

Oleh kerana spesies jelawat liar semakin sukar dipancing, pemancing digalakkan untuk mengamalkan konsep tangkap dan lepas bagi spesimen yang bersaiz kecil dan terlalu besar bagi memastikan spesies ikan ini dapat meneruskan kelangsungan hidupnya.

 

UMPAN DASAR

 

IKLAN

Umpan yang biasanya digunakan bagi memancing jelawat ialah cacing, ulat buluh, serangga kecil seperti cengkerik dan juga ikan kecil. Selain itu, sawit juga antara umpan popular bagi menjerat jelawat.

 

Rahsia Memancing Ikan Jelawat!!

 

IKLAN

Antara cara penggunaan umpan sawit ialah dengan menggunakan perambut yang panjang dan teknik sawit sate iaitu sawit diracik nipis dan dicangkukkan pada mata kail sehingga ke perambut lebih kurang sejengkal. Selain itu anda boleh cuba gunakan teknik dengan cangkukkan 6-10 mata kail kecil pada sebiji atau 2 biji buah sawit.

 

Selain umpan di atas, anda boleh cuba gunakan ikan pin-pin sebagai umpan dengan mencangkukkan mata kail pada bahagian kepala ikan tersebut sebelum dimainkan dalam air dalam posisi melawan arus.

IKLAN

 

Bagi penggunaan umpan tiruan, anda boleh menggunakan sesudu mikro atau spinner dan pasti lebih mencakup dengan padanan set ultralight. Selain itu, penggunaan dry fly dengan menggunakan teknik pancing layang juga berkesan dalam menjerat ikan ini.

 

Tahukah anda, gewang juga boleh digunakan untuk menjerat ikan ini, sama ada top water, selaman dalam atau minnow. Syaratnya, anda perlu ketahui ada jelawat di sana dan cubalah mainkan aksi gewang tersebut dengan perlahan dan senyap. Banyak rekod yang telah dibuat oleh kaki pancing menggunakan gewang, sama ada casting dari landbase, bot ataupun trolling.

 

Selain sesudu dan spinner kecil, anda boleh cuba menggunakan umpan soft plastic bagi memancing ikan ini. Cubalah pelbagai jenis warna berdasarkan spot atau lokasi pancing anda, mana tahu giliran anda untuk naikkan spesies ikan jelawat bersaiz besar. Baru namanya rezeki!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI