IKLAN

 

Ikan ayam laut berperangai seperti sahabat rapatnya iaitu ikan jebong bergigi tajam yang gemar mengikis makanan dengan cara mengutis sedikit demi sedikit. Ini berdasarkan kepada ciri-ciri utamanya bermulut kecil dan memiliki gigi kapak kecil tajam.

 

Rahangnya tidak boleh membuka luas untuk menelan makanan sebesar ibu jari. Atas fizikal ini ikan ayam laut mempunyai kelebihan tersendiri dari terperangkap dengan mata kail kecuali yang menggunakan mata sekecil saiz apollo yang diletakkan umpan.

 

Teknik Paling Berkesan Menjerat Ikan Ayam Laut

 

Saya perhatikan ia akan datang mendekati umpan, cium terlebih dahulu sebelum mengerak langkah lebih lanjut. Atas sifat ini ia amat berhati-hati dengan persekitaran dan jarang rakus dengan apa yang dijumpainya. Boleh dikatakan cara pemakanan serupa ikan buntal.

 

Umpan, Peralatan Dan Teknik

IKLAN

 

Apakah yang sesuai untuk memperdaya seekor ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis. Malah celahan bibirnya pula hadir barisan gigi tajam yang mampu memotong tangsi atau perambut dengan mudah.

 

Teknik Paling Berkesan Menjerat Ikan Ayam Laut

 

Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk membuka selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air? Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.

IKLAN

 

Ikan barat bukanlah ikan idaman oleh hampir semua pemancing malah kehadiranya tidak diendahkan oleh kaki pancing laut dalam.

 

Bagaimanapun sekiranya kehadiran ikan ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa bosan menunggu sentapan atau getuan ikan sasaran utama, maka ada baiknya jika kita tambahkan sedikit ilmu untuk menjinakkannya.

 

Teknik Paling Berkesan Menjerat Ikan Ayam Laut

 

Masa terluang di laut dapat digunakan sepenuhnya dengan aksi dan keseronokan melayan ikan leper dan mampu memberi tantangan pada setiap kali umpan dirembat. Cara terbaik adalah penggunaan teknik apollo dengan 3 atau 4 mata kail halus sebesar mata udang nombor 9 atau 10.

 

Pilihan mata kail sebaiknya jenis teras panjang atau long shank di mana ia dapat memberi kelebihan kepada pemancing mengelakkan tangsi putus digigit ikan. Mata kail berteras panjang mengurangkan risiko dedahan tangsi terus kepada kesan gigitan ikan terutama kerana apitan gigi tajamnya.

 

Teknik Paling Berkesan Menjerat Ikan Ayam Laut

 

Setelah saiz mata dipilih, perambut 20lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah. Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Perambut utama sesuai sama ada 30lb atau 40lb dapat mengurangkan kebarangkalian perambut berpintal antara satu sama lain.