Sebelum terciptanya batang pancing moden, kekili, gewang dan segala macam peralatan pancing yang canggih manggih hari ini, nenek moyang kita mulakan semuanya dengan tangan. Kali ini kami ingin mendedahkan beberapa kaedah atau teknik menangkap ikan secara tradisional yang telah diamalkan sejak dari zaman purba hingga sekarang.
Kat Negeri Sembilan dipanggil ‘ngoca’.
Timba
Keringkan kolam/ lubuk dengan baldi di sesuatu kawasan.
Kayu/batu
Hempuk ikan dengan kayu atau batu.
Ads
Panah
Pancing guna batang buluh, rumbia.
Ads
Taut/tajur
Tinggalkan semalaman untuk tangkap ikan besar seperti tapah , baung, keli atau haruan menggunakan umpan anak sepat /puyu.
Sama ada pertandingan di kolam, tasik atau lombong, sebaiknya buat kajian serba sedikit tentang teknik memancing di lokasi pertandingan sebelum menyertai pertandingan yang diadakan. Selidik juga apa spesies ikan yang dipertandingkan dan umpan yang tepat untuk memancingnya.
Untuk memperoleh spot berpotensi tinggi untuk strike, datanglah awal untuk pendaftaran dan dapat undian memasang pancang. Kemudian (jika dibenarkan) jagalah kawasan pancang (spot) agar tidak dicerobohi oleh pemancing lain.
Sebaiknya sertai pertandingan tersebut secara berkumpulan. Lagi ramai lagi bagus apatah lagi jika korang tak pernah menyertainya. Selain itu ia bagus untuk tujuan keselamatan dan peluang untuk peroleh strike dalam pertandingan juga lebih cerah.
Fahami betul-betul syarat pertandingan yang ditetapkan oleh penganjur. Ia sebenarnya langkah pertama yang teramat penting untuk difahami supaya tidak berputih mata jika hasil tangkapan yang berjaya didaratkan tidak dibatalkan kerana melanggar syarat.
Perkara utama sebelum menyertai pertandingan adalah menguasai teknik balingan. Pastikan anda mampu membuatkan balingan dengan lurus dan tepat. Pastikan juga lubuk yang dilabuhkan umpan itu berada tepat di hadapan anda, bukannya tepat di hadapan muka peserta hujung sebelah kiri atau kanan anda.
Pastikan alatan pancing yang digunakan adalah bersesuaian. Joran, kekili, tali utama, perambut dan mata kail adalah berkualiti bagi mengelak daripada kegagalan fungsi ketika bertarung dengan ikan. Harus diingat, banyak kejadian kumpau disebabkan oleh perkara ini.
Jadilah pemancing yang sporting dan bertimbang rasa. Beri laluan kepada pemancing yang sedang cuba menaikkan ikan kerana perkara yang sama juga kita harapkan apabila berhadapan dengan situasi demikian.
Elakkan dari melakukan sebarang penipuan atau sabotaj semata-mata untuk memenangi pertandingan. Dan sebaiknya juga elak dari menyertai pertandingan yang jelas melanggar hukum syarak. Lagi parah kalau kumpau.
Air bani atau air mati ini dari segi istilah membawa maksud aras perbezaan air pasang dan surut yang tidak jauh ketara perbezaannya iaitu kebiasaannya aras perbezaan sekitar 1.5 hingga 2.5 meter (bergantung kepada lokasi).
Pada waktu ini kebiasaannya arus tidak laju dan air laut juga biasanya menjadi sangat jernih kerana kurangnya gelodak yang terhasil akibat lumpur atau sampah sarap ketika arus laju.
Lazimnya air bani berlaku di dalam dua fasa pada setiap bulan. Fasa pertama ia akan berlaku pada 7 hingga 11 hari bulan di dalam kalender Hijriah dan fasa kedua pula berlaku pada 20 hingga 24 haribulan Hijrah.
Memancing Ketika Fasa Air Bani
Tidak banyak penerangan yang diperlukan untuk memancing sewaktu air bani ini. Ini kerana keadaan arus yang perlahan tidak memerlukan teknik-teknik yang khusus buat pemancing.
Apa yang penting sediakan sahaja umpan dan pergilah ke lubuk-lubuk yang berpotensi untuk menjerat ikan. Kebiasaannya, sewaktu air bani ini ikan-ikan bersisik seperti jenahak, kerapu, siakap, gerut-gerut dan senangin yang akan mendominasi hasil tangkapan.
Ini kerana pada waktu dan ketika arus bergerak perlahan, spesies-spesies ini akan lebih aktif keluar dari sarang atau lubang untuk mencari makanan. Waktu kemuncak untuk memancing sewaktu air bani ini ialah ketika pertukaran arus terjadi iaitu pada awal pagi dan lewat senja.
Namun begitu, adalah perlu untuk mengelakkan memancing sewaktu air betul-betul mati atau tiada arus sama sekali seperti air tenang di kolam atau tasik. Ini kerana, sewaktu arus mati, ikan biasanya menjadi pasif dan kurang berminat dengan umpan pemancing.
Terdapat dua musim tengkujuh atau monsun utama di Malaysia iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya selain dua inter-monsun yang berlaku di antara dua monsun utama tadi.
Monsun Timur Laut yang berlaku sekitar November–Januari merupakan monsun yang memberi kesan besar terutama industri nelayan dan memancing di Pantai Timur Semenanjung.
Monsun atau musim tengkujuh ini juga mempengaruhi spesies di perairan terbabit. Permulaan musim, spesies ikan daripada kumpulan mackerel (tenggiri, alu-alu), threadfin (senangin, kurau dan lain-lain) dan juga croaker (gelama) lebih banyak sementara gouper (kerapu) akan berkurang kerana akan bergerak lebih jauh ke tengah laut.
Waktu terbaik untuk memancing akan kembali sekitar April selepas inter-monsun. Waktu ini spesies grouper dan snapper akan kembali menghampiri ke kawasan pantai dan pemancing boleh menikmati aktiviti memancing sehingga Oktober.
Atau dalam erti kata lain, perubahan musim sedikit sebanyak turut merubah tabiat dan habitat ikan. Apabila habitat dan tabiat berubah, maka untuk memancingnya juga kita perlu berubah spot, taktik dan teknik pancingan.
Walaupun berubah habitat dan tabiat, ikan-ikan tersebut tidaklah bermigrasi atau berhijrah jauh dari habitat asal. Cuma, apabila ia berganjak lebih jauh ke tengah laut maka peluang untuk memancingnya tentulah sukar berikutan kesukaran untuk turun ke laut ekoran laut bergelora pada musim tengkujuh.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...