Selain teknik dasar atau bottom fishing, ikan kerisi bali juga boleh dipancing dengan aplikasi jigging atau lebih tepat lagi menerusi teknik jigging perlahan. Malah melalui teknik jigging inilah, spesies dasar ini menjadi popular dalam masa singkat dan hampir semua pemancing mahu mencubanya.
Dengan kaedah ini pemancing harus menggunakan metal jig yang berukuran besar antara 300 gram hingga 600 gm. Mengunjun jig seberat 300 gm di padang pancing kedalaman 200 hingga 400 meter bukanlah satu usaha yang ringan.
IKLAN
Belanja peralatan untuk jigging kerisi bali juga bukan kecil. Tapi saat kita berhasil strike, kepuasannya akan sangat luar biasa, itulah salah satu sensasi memancing dengan teknik jigging.
Sensasi ini bermula saat kita menurunkan metal jig, pastikan jig kita sampai menyentuh dasar karang, kemudian karau atau pitch dengan perlahan karena ikan ruby pergerakannya sangat lambat saat menyambar umpan, dibandingkan dengan jenis amberjack atau dogtooth.
IKLAN
Kemudian (setelah karau perlahan) dengan anggaran metal jig sampai pada kedalaman 10 meter atau 20 meter dari dasar laut, kemudian kita turunkan kembali dan begitu seterusnya, sampai kita berhasil mendapatkan sambaran.
IKLAN
Ketika slow jigging masih baru diperkenalkan, jigging kerisi bali ini dianggap satu aplikasi membunuh diri. Memadai memperoleh seekor sahaja kerisi bali walaupun berskala saiz 2-3 kg sahaja pun, ia memerah kederat dan keringat untuk mengepamnya ke permukaan dari kedalaman 200 meter.
Hari ini, dengan peralatan pancing yang semakin efisien untuk jigging laut dalam seperti memburu kerisi bali ini, sensasi yang dirasai dan kepuasan amat sangat setelah mendakap kerisi bali itu membuatkan aplikasi jigging kerisi bali ini menjadi fenomena besar dalam industri perikanan rekreasi tanah air.
Jigging merupakan salah satu teknik yang cukup digemari oleh kaki pancing. Antara sebabnya ialah besi jig mudah untuk dibawa dan mempunyai tarikan warna yang memukau selain cukup efektif apabila digunakan.
Dewasa ini, pemancing gemar menggunakan teknik jigging kerana besi jig mempunyai daya ketahanan yang unggul selagi tidak lebur disebabkan perambut dipotong atau tersangkut. Tetapi, jika anda menggunakan besi jig, salah satu faktor kejayaan anda mungkin terletak pada pemilihan warna.
Perlu diingat warna pada badan jig berbeza di dalam air berdasarkan bagaimana penetrasi cahaya ke dalam air pada masa itu. Faktor warna jig memainkan peranan penting ketika unjunan untuk menarik perhatian ikan.
Pemilihan warna jig sangat kritikal bergantung kepada kedalaman air. Jadual ini mungkin membantu anda dan memberikan alternatif pilihan untuk memilih warna jig yang sesuai mengikut kedalaman kawasan pancingan anda.
Warna jig di atas berdasarkan penetrasi cahaya pada kedalaman tertentu. Namun tidak salah untuk kaki pancing memilih warna-warna berbeza dari warna berkenaan. Selalulah bertanyakan kepada yang arif dan juga tekong sebelum anda turun jigging.
Setiap kali selepas memancing, jirus atau tali pancing di dalam spool dengan air paip. Pastikan jirusan air itu dapat meresap masuk hingga ke bahagian tali yang berada di bahagian dasar spool.
Terutamanya jika menggunakan tali sulam dan memancing pula di air masin. Selain menghilangkan kotoran ia juga mampu membendung pembentukan garam pada tali yang akan menjangkiti spool.
Jemur Kering
Selepas dibilas, sebaiknya biarkan ia mengering dalam suhu bilik atau di dalam rumah yang tidak terkena cahaya matahari secara terus. Cahaya terus matahari boleh menjejaskan ketahanan tali. Elakkan juga dari menyimpan terus di dalam almari atau bekas simpanan yang bertutup ketika ia masih basah kerana akan menyebabkan kewujudan fungus pada tali.
Cara Penyimpanan
Apabila menyimpan, pastikan drag kekili dilonggarkan. Drag yang ketat akan turut menyebabkan regangan pada tali. Sekiranya tidak akan menggunakan kekili tersebut untuk tempoh yang agak panjang, sebaiknya keluarkan tali dari spool dan simpan di bekasnya dengan susunan yang longgar. Jika rajin bolehlah lap tali dengan kain basah ketika memasukkannya di dalam bekas simpanan tali.
Untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun, tali di dalam spool harus dikeluarkan dan di simpan pada bekas simpanan.
Apabila ingin menggunakannya kembali, pastikan bahagian tali yang telah digunakan itu dimasukkan dahulu ke dalam spool. Ini membolehkan tali yang sudah digunakan berada di dasar spool dan tali yang tersimpan di dasar spool sebagai tali utama.
Larutkan garam kasar dengan air. Terpulang sama ada untuk memanaskan air supaya garam cepat larut atau sekadar mengacaunya. Yang penting dapatkan larutan air garam yang pekat tahap kemasinannya.
Langkah 2
Bawa bekas berisi air larutan garam tersebut ke lokasi mencari cacing. Lazimnya kewujudan cacing di sesuatu lokasi dapat dilihat dengan tahi-tahinya yang melata di atas permukaan tanah.
Macamana nak kenal kenal tahi cacing tu amatlah sukar untuk kami ceritakan.
Langkah 3
Curahkan sedikit iaitu sekadar bagi air larutan garam dapat meresap masuk ke dalam lubang-lubang yang digali oleh cacing.
Kemudian curahkan ke lokasi lain pula. Biarkan kira-kira 5-10 minit untuk melihat hasinya.
Langkah 4
Jika kawasan tersebut terdapat cacing, pasti berbondong-bondong cacing akan keluar ke permukaan tanah akibat kesan larutan garam tersebut.
Sebelum ia menggali masuk ke dalam tanah yang lain, maka perlu pantas untuk mengutip cacing-cacing tersebut.