Gewang selaman dalam untuk casting amat sesuai untuk spesies bermata besar ini. Gewang bersaiz 14 ke bawah dan berwarna garang menjadi pilihan bagi pengemar casting di kawasan batu ini. Selain itu, sesudu, metal jig dan popper juga boleh digunakan di kawasan yang sama.
Waktu malam metal jig yang boleh menyimpan cahaya (luminous) banyak digunakan secara meluas selain jig yang berkilat dengan kilauan chrome. Jig yang bercahaya pada malam hari mempunyai daya tarikan yang kuat kerana ia mudah dikesan oleh kumpulan cupak.
Pemancing mempunyai pilihan sendiri merujuk kepada kuasa membeli dan keberkesanan ia digunakan dalam satu-satu keadaan. Lebih tepat lagi tidak semua produk sesuai pada satu-satu masa. Pelbagai jenama dan jenis diperlukan setiap kali pemancing pergi melakukan aktiviti casting dan jigging.
Bagi yang mengunakan umpan pula, ikan terbang adalah yang terbaik memburu cupak. Hanyutkan ia di belakang bot keluar sedikit dari kawasan cahaya lampu di mana kawanan cupak dikenal pasti bermain dan menangkap ikan liar.
Umpan ikan terbang hidup ini sukar diperoleh kecuali yang berjaya disauk apabila datang menghampiri bot pada waktu malam.
Selain itu sotong cumit (sama ada seekor hidup atau hirisan), udang (anda boleh cuba udang lipan) hidup) boleh digunakan sekiranya tiada pilihan umpan. Labuhkan sama ada hanyut, pertengahan air ataupun dasar kerana cupak meronda di semua kolum air.
Cupak adalah jenis ikan yang suka menyambar secara tiba-tiba. Peralatan yang digunakan perlu ada kemampuan memberi, menahan dan mengepam ikan terutama saiz yang melebihi 5kg.
Ini kerana tabiat cupak (kalau yang merembat di atas air) akan melarikan tali pancing, jadi anda perlu `beri tali’, kemudian ia menjunam di pertengahan air, ‘bertahan’ dan berlegar di bawah permukaan air, kemudian ia adalah masa untuk mengarau tali.
Untuk aktiviti popping dan casting, kekili jenis spinning lebih mudah dikendalikan, jigging dan teknik umpan alami lebih sesuai menggunakan kekili multiplier. Ramai penggemar casting dan jigging menggunakan tali sulam atau braided kerana mudah dan cepat membalas.
Jika menggunakan mono sambungkan tali sulam 10 hingga 30 kaki di hadapan sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan jig akan singgah ke muka anda!
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15Ib hingga 30Ib. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Tali utama berkekuatan 20Ib hingga 40Ib cukup memadai kerana ia memberi peluang ikan untuk fight dengan kita. Itu sebenarnya yang kita mahu!
Ikan sembilang sering menjadikan muara, kuala sungai dan kawasan berlumpur sebagai habitatnya mencari makanan. Sembilang mudah dijerat dengan menggunakan umpun-umpun dan udang sama ada hidup atau mati. Bahkan sembilang turut menjadikan makhluk bercengkerang sebagai sumber makanannya.
BELANGKAS
Telur belangkas boleh dikatakan antara umpan yang terbaik untuk memburu sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, kebiasaannya pemancing akan mengepal telur belangkas pada mata kail dan melakukan lontaran ke kawasan yang berpotensi. Mungkin faktor hanyir pada telur belangkas ini yang sering menarik perhatian sembilang untuk menyambar umpan ini.
UMANG-UMANG
Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.
KERANG
Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang. Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.
MENTARANG
Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain,mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat sembilang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.
SEPAHAT/PEPAHAT
Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang. Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkukkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.
KUPANG
Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang. Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang. Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.
Percaya atau tidak jika dikatakan salah satu sos umpan yang masih relevan digunakan ialah sos yang berasaskan tempe. Apabila ia digabungkan dengan beberapa esen perisa, ia membantu menguatkan lagi daya tarik umpan tersebut. Jom tengok penyediaan umpan ini.
Bahan-bahan:
Roti bun 2 bungkus
Sos tempe
Pes perisa pandan
Esen pisang
Esen nenas
Esen ros
Esen oren
Esen badam
Cara-cara penyediaan:
Step 1
Roti dipotong dadu dan dimasukkan ke dalam bekas bancuhan umpan.
Step 2
Campurkan semua esen sebanyak 2 penutup botol bagi setiap jenis esen.
Step 3
Masukkan pula 6 penutup sos tempe.
Step 4
Terakhir sekali masukkan pula 6 penutup pes pandan.
Step 5
Goncang bekas bancuhan umpan agar setiap roti dadu mengenai sos dan perisa umpan.
Setelah semua bahan bercampur, lekatkan ia pada mata kail dan dikepal mengikut kesesuaian diri. Seterusnya bolehlah dilontar ke spot pilihan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...