Taktik dan teknik memancing di kawasan sangkar khususnya di sangkar Sungai Udang, Pulau Pinang ini adalah hasil dari pengalaman Tekong DD.

Tekong DD merupakan tekong yang berpengalaman membawa pemancing di kawasan sangkar ikan yang tidak jauh dari Jambatan Kedua Pulau Pinang.

 

Peralatan

 

Kekili – Kekili sebaiknya guna siri 4000 dan ke atas. Apa-apa pun brand kekili boleh digunakan. Sebaiknya gunalah kekili khas untuk pancingan air masin dan tahan lasak.

 

Joran – Batang pancing mesti yang keras! Sebaiknya gunalah joran berkekuatan sekurang-kurangnya PE1-3 atau 15lb-30lb aksi sederhana. Joran bertulang belakang yang kuat amat penting untuk mengekang larian ikan.

 

Tali utama – Tali benang atau braided berkekuatan 80lb adalah sangat digalakkan. Tali tangsi (mono) atau tali benang yang halus tidak digalakkan kerana mudah putus jika bergesel dengan struktur di bawah sangkar yang berteritip atau siput-siput yang tajam.

 

Perambut – Perambut tangsi yang keras atau campuran fluorocarbon sehingga 100. Perambut kena kasar dan tahan lasak untuk berhadapan dengan teritip yang banyak terdapat pada tali-tali pengikat sangkar.

IKLAN

Selain perambut batu hidup, boleh juga perambut T (untuk bottom dan berpelampung).

 

Mata kail – Mata kail yang disarankan ialah 3/0 hingga 6/0.

 

Ladung – Batu ladung hidup (biji kana) saiz 5, 6, 7 tergantung kepada kelajuan arus.

 

Umpan – Udang hidup, belanak hidup atau hirisan ikan termenung yang segar.

 

Teknik

IKLAN

 

Teknik bottom – Umpan perlu dilabuhkan berhampiran kawasan sangkar. Apabila menunggu, sebaiknya joran dipegang dan drag dikunci agak ketat.

Jangan terlalu longgar kerana kalau kena ikan 4-5kg memang tak sempat nak buat apa-apa. Ikan akan masuk bawah sangkar dan peluang nak dapat naikkan ikan amat tipis.

 

Drag jangan pulak terlalu ketat kerana kalau tak pegang kemas-kemas, joran boleh terbang di bawa ikan.

Kalau dipacak pada rod holder bot pula ada kemungkinan hujung joran akan patah atau tidak sempat nak cabut joran keluar dari rod holder.

 

Teknik apung – Perambut sepanjang 1 depa dengan pelampung dibiarkan hanyut ke tepi sangkar tetapi perlu tengok keadaan air dulu.

IKLAN

Kalau air jalan lurus baru boleh guna pelampung. Kalau menyerong tak boleh guna pelampung kerana nanti tersangkut tali sangkar.

 

Teknik hanyut – Perambut sepanjang 1 depa digunakan tanpa pemberat. Teknik ini hanya sesuai digunakan jika tidak ramai pemancing dan arus kurang laju.

 

 

Waktu

Waktu yang cun untuk memancing kat sangkar ikut bulan Islam ialah pada tarikh 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 19, 20, 21, 22, 23, 24 dan 25.

 

Nasib

Di kawasan sangkar Sungai Udang ini terdapat 204 buah sangkar. Dalam sehari tekong akan meronda dan parking sekitar 10 buah sangkar sahaja.

Dan jika ada sangkar yang pecah dan ikan terlepas keluar ke laut luas maka ia dianggap jackpot kepada pemancing yang bernasib baik.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI