Dibandingkan dengan ikan kakap atau kerapu, ikan belukang atau jenis Catfish lainnya dianggap hanya sebagai selingan bagi pemancing. Tidak ramai juga pemancing juga berkehendak untuk membawa pulang ikan belukang selain dari menganggapnya mengganggu ikan sasaran utama. Tetapi jika ikan belukang berukuran besar, sesetengah pemancing lain biasanya akan membawa pulang untuk dikosumsi atau dimakan.

 

Taktik Dan Teknik Memancing Pak Dukang

 

Ikan belukang adalah jenis marine catfish yang mendiami habitat air masin dan sekitar muara yang berair payau. Ikan yang memiliki pertalian keluarga dengan mayong dan duri ini biasanya menghuni pinggiran laut dengan dasar yang berlumpur atau berbatu. Ikan belukang datang berkelompok dan akan memakan apa saja yang ditemui di sekitar habitatnya.

 

Spot Memancing Ikan Belukang

 

Sebagai penghuni habitat air masin dan payau, anda boleh menemui ikan belukang ini di laut atau muara sungai. Asalkan penggunaan umpan memancing yang tepat, ikan ini akan dapat dengan mudah dipancing. Boleh dikatakan hampir kesemua spot di pinggir laut dan muara yang memiliki dasar berlumpur dan berbatu boleh dijadikan lokasi memancing ikan belukang.

 

Taktik Dan Teknik Memancing Pak Dukang

 

Setting Peralatan Memancing Ikan Belukang

 

Boleh dikatakan langsung tidak sukar untuk memancing ikan belukang. Populasinya yang masih banyak, datang secara berkumpulan akan memudahkan anda untuk memancing kelompok ikan ini.

 

Namun ada baiknya juga jika anda mengambil tahu teknik memancing yang betul. Yang  pertama adalah teknik pancingan dasar dengan dua teknik perambut berbeza.

 

Taktik Dan Teknik Memancing Pak Dukang

 

Perambut pertama ialah dengan menggunakan batu hidup atau mati yang membolehkan umpan pada mata kail membuai. Dan keduanya menggunakan perambut apollo 2-3 mata kail.

 

Umpan Terbaik Memancing Ikan Belukang

 

Meskipun pada asasnya mudah kerana seperti catfish lainnya akan memakan apa saja umpan, ternyata ada umpan yang lebih disukai oleh ikan belukang.

 

Taktik Dan Teknik Memancing Pak Dukang

 

Umpan utama yang paling berkesan berdasarkan pengalaman kebanyakan pemancing ialah umpun-umpun atau ruat nipah. Umpan inilah yang terkenal paling galak dan sangat disukai oleh kelompok keluarga catfish atau ikan-ikan pinggiran lautlainnya.

 

Jika dibandingkan dengan menggunakan udang mati atau udang kopek, belukang lebih menyukai umpan umpun-umpun. Umpan memancing ikan belukang laina yang juga cukup efektif adalah menggunakan isi kerang. Kerang mentah yang dipakai adalah kerang dara atau kerang bulu.

 

Waktu Yang Tepat Untuk Memancing Ikan Belukang

 

Sebenarnya bila-bila masa pun anda boleh memancing, ikan jenis ini akan dapat diperolehi. Tetapi, berdasarkan pengalaman, awal pagi dan senja hari adalah waktu yang paling tepat untuk memancing ikan belukang.

 

Taktik Dan Teknik Memancing Pak Dukang

 

Selepas hujan biasanya sambaran akan lebih galak dan saat air laut bergerak pasang atau beranjak surut anda juga boleh mendapatkan sambaran lebih banyak berbanding ketika laut sedang pasang penuh ataa surut habis.

 

Beberapa pemancing juga mendapatkan sambaran yang banyak ketika pancingan malam. Ikan belukang seperti halnya Catfish lainnya memanfaatkan deria bau penciuman untuk mengesan umpan atau mangsanya.

 

Taktik Dan Teknik Memancing Pak Dukang

 

Ketika ikan belukang mula menyambar umpan anda, segera bersiaplah kerana karakteristiknya yang berkelompok akan memberikan peluang untuk anda mendapatkan sambaran yang lebih.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI