Jika kita perhati, ikan kitang seperti tidak begitu takut dengan kehadiran manusia. Mungkin juga disebabkan badannya nipis dan gelap sukar bagi seseorang itu mengenal pasti kitang jika dipandang tepat dari atas. Ketika ia mengutis makanan pada objek terapung, badannya akan mereng dan kilauan cahaya dari lebar badan ketika melentang mudah dikenali.

 

Kita boleh perhatikan ia berenang sambil menikmati makanannya tanpa memperdulikan persekitran. Jika diacah sepantas kilat ia menghilangkan diri dan muncul kembali menikmati diet hariannya semula.

 

Taktik Dan Teknik Betul Ngail Kitang

 

Ikan kitang bergerak dalam kumpulan kecil. Ia boleh dijumpai bersama-sama dengan ikan buntal sungai, anak todak dan ikan-ikan pelagik yang turut mendiami muara sungai.

 

Ikan jenis lebar ini apabila menelan umpan, pertarungan sungguh menyeronokan lebih-lebih lagi peralatan pancing adalah jenis aksi ringan dan beradu di kawasan terbuka.

 

Kitang adalah salah satu spesies yang boleh memberikan kepuasan. Ia cukup pada larian serta tekanan yang diberikan ketika merentang badan (mereng) boleh membuatkan riak wajah pemancing ceria, senyum kemerahan di tengah panas.

 

Taktik Dan Teknik Betul Ngail Kitang

 

Umpan, Peralatan Dan Teknik

 

Secara amnya teknik memancing ikan kitang adalah lebih kurang sama seperti ikan bermulut kecil yang lain. Bagaimanapun kesukaran menjeratnya adalah merujuk kepada lokasi serta habitat utama. Cara terbaik, mudah dan dipratik dengan meluas ialah teknik perambut apollo.

 

Di antara umpan yang biasa saya gunakan ketika memancing  ialah perumpun atau ruat sarang, hirisan ikan seperti sotong pasar, kembung, selayang dan selar. Udang mati dihiris kecil sesuai untuk mata kail halus.

 

Taktik Dan Teknik Betul Ngail Kitang

 

Jangan terlalu besar umpan sebab lihat saja mulutnya mana mampu makanan di telan. Ia spesies ikan pengutis makanan. Jika air cetek umpan boleh dilabuh terus ke dasar dan kawasan air dalam boleh guna pelampung atau hanyutkan umpan di permukaan air.

 

Kitang  seekor ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis umpan sudah tentu mata halus adalah lawannya. Cara terbaik adalah perambut stail apollo yang memiliki perambut 10-15lb dengan mata kail saiz 8.

 

Taktik Dan Teknik Betul Ngail Kitang

 

Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk membuak-buakkan selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air. Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.

 

Setengah pemancing menabur rasuah terlebih dahulu agar ia leka dan keluar dari kawasan persembunyiannya. Rasuah umpan biasanya isi ikan yang dihancurkan dan paling mudah ialah mengunakan dedak.

 

Dedak ditabur agar ikan galak dan selang seketika umpan bermata kail kecil di hulur di kawasan yang di kerumuni ikan ini.

 

Taktik Dan Teknik Betul Ngail Kitang

 

Ikan kitang seperti ikan muara bermulut bukanlah ikan idaman oleh hampir kesemua pemancing malah kehadirannya tidak diendahkan oleh kaki pancing.

 

Jika berhajat mengunakan set apollo lebih bagus dan efektif hasilnya, terus ikat mata dengan perambut. Setelah saiz mata dipilih, perambut 15lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah.

 

Taktik Dan Teknik Betul Ngail Kitang

 

Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Kalau nak ummp lagi guna peralatan ultralight (aksi ringan seperti joran udang) dengan kapasiti tangsi 6lb. Baru syok layan kitang apabila ia rembat pancing kecil anda sampai berdenyut rasanya bertarung.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI