Sebut saja tenggiri, rasanya ramai pemancing yang sudah kenal dengan bentuk, nama dan tidak kurang rasa ikan ini. Kebanyakan dari pemancing dan pengemar tenggiri lebih tertumpu kepada salah satu dari beberapa jenis tenggiri yang ditemui di perairan negara.

 

Nama-nama seperti tenggiri musang atau Korean seerfish (Scomberomorus koreanus), tenggiri papan atau spotted mackerel (Scomberomorus guttatus), tenggiri aya atau double line mackerel (Grammatorcynus bilineatus) jarang didengari berbanding tenggiri batang atau Spanish / king mackerel yang difokuskan dalam info spesies kali ini.

 

Spesies Predator Terhandal – Kenali Tenggiri Batang Perkasa!!

 

Pendapat yang menyatakan jenis tenggiri boleh dikenal pasti setelah mencecah berat 8 kg ke atas tidak boleh diterima (pendapat peribadi) kerana perbezaannya jelas ketara sewaktu kecil terutama kombinasi jalur pada badan.

 

Spesies Predator Terhandal – Kenali Tenggiri Batang Perkasa!!

 

Tenggiri batang paling banyak ditemui di pasaran tempatan dan mempunyai permintaan yang tinggi. Ia berkepala tirus, muncung panjang, dibarisi gigi tiga segi menirus dan tajam dengan kadar saiz 1 nisbah 5 panjang keseluruhan badannya yang berbentuk silinder.

 

Ekor tirus bercabang dan berkemampuan menujah pecutan renangan mendahului kelajuan pemancing menggulung tali ke gelendung kekili. Badan berwarna kehijauan di atas dan keputihan di bawah hingga ke perut dengan jalur hitam yang melintang pada badan. Warna kehijauan akan pudar apabila ia mati.

 

Tenggiri batang boleh memanjang sehingga 2 meter lebih (7 kaki) dan saiz yang lumrah dipancing sekitar 1 hingga 4 kaki. Ikan betina dikatakan matang apabila mencapai panjang 70 cm manakala jantan ialah 65 cm.

 

Spesies Predator Terhandal – Kenali Tenggiri Batang Perkasa!!

 

Habitat Dan Sifat

 

Tenggiri batang boleh dikelaskan sebagai ikan pelagik yang mana kebanyakan masanya dihabiskan berada di permukaan dan sub permukaan air pada waktu saing hari dan merayau di pertengahan dan dasar pada malam hari.

 

Tenggiri jarang mendiami satu-satu kawasan dan sering merayau di kawasan pemburuan dari kedalaman 5 meter hingga 200 meter. Namun ia lebih tertumpu di kawasan perairn cetek yang mempunyai kedalaman purata 30 meter.

 

Kawasan tumpuan Tenggiri merayau di mana terdapat sumber makanan atau mangsa buruan bermain. Pergerakannya dikaitkan dengan peredaran monsun dan arus laut yang membawa bersama kumpulan ikan-ikan pelagik yang bergerak secara berkumpulan.

 

Spesies Predator Terhandal – Kenali Tenggiri Batang Perkasa!!

 

Dengan berkumpulan tenggiri mampu memerangkap kumpulan mangsa dengan mudah. Perburuan utama tenggiri adalah di kawasan unjam laut, kawasan terumbu karang, tukun, pulau dan tengah laut. Ia jarang rapat ke kawasan pesisir pantai seperti mana sifat alu-alu.

 

Sifat ikan yang pantas berenang ini sering mendahului kelajuan gulungan tali pancing boleh mengundang putusnya tali utama atau perambut. Oleh itu jangan mengadu letih mengarau jika tidak ingin ikan dan gewang anda terlepas begitu saja.

 

Spesies Predator Terhandal – Kenali Tenggiri Batang Perkasa!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI