Spesies Cyprinus carpio ini dikatakan diperkenalkan sebagai ikan ternakan untuk pemakanan sejak dari zaman kerajaan Rom lagi. Bermakna sudah sekian lama ia menjadi spesies penceroboh yang berjaya kerana kemampuannya bersaing merebut makanan spesies tempatan di samping merosakkan ekosistem perairan.
Seperti kebanyakan ikan kap yang lain, ikan likoh ialah haiwan omnivorous. Mereka boleh memakan tumbuh-tumbuhan akuatik, tetapi juga menjadikan serangga, krustasea (termasuk zooplankton), udang, dan cacing benthik sebagai diet utamanya.
Ikan leekoh liar biasa biasanya lebih langsing daripada bentuk ikan yang dipelihara. Dengan panjang badan kira-kira empat kali ketinggian badan dan mulut yang menonjol. Sekiranya diberi ruang dan nutrien yang mencukupi, ia mampu membesar dengan saiz yang besar.
IKLAN
Dikatakan ia mampu membesar panjang sehingga 120 sentimeter dan berat maksimum melebihi 40 kilogram. Usia likoh tertua yang pernah dicatatkan berusia 38 tahun.
IKLAN
Menurut satu catatan dunia memancing, antara spesies gergasi yang pernah didaratkan oleh seorang pemancing pada bulan Januari 2010 di Lac de curtons (Rainbow Lake) berhampiran Bordeaux, Perancis. Beratnya 42.6 kilogram.
Sementara spesies terberat yang ditangkap oleh pemancing Inggeris, Colin Smith, pada tahun 2013 di Etang La Saussaie Fishery, Perancis, beratnya 45.59 kilogram.
Saiz purata kap biasa ini adalah sekitar 40-80 cm dan 2-14 kg. Namun di Malaysia, jarang ditemui spesimen melebihi 5 kilogram.
IKLAN
Walaupun toleran terhadap kebanyakan keadaan, ikan likoh lebih menyukai badan air meluas yang berarus perlahan. Sebagaimana ikan yang gemar hidup secara berkumpulan, lazimnya mereka lebih mudah ditemui dalam kumpulan lima atau lebih.
Mereka secara semula jadi hidup di dalam iklim sederhana di dalam air segar atau sedikit payau dengan pH 6.5-9.0 dan kemasinan sehingga kira-kira 0.5% dan suhu 3 hingga 35 °C. Mereka mudah bertahan di musim dan dapat menyesuaikan diri dengan kadar oksigen yang sangat rendah, dengan mencakup udara di permukaan air.
Spesies terbesar pernah di rekod spesies terbesar pari yang pernah direkodkan ialah sepanjang 6.5 kaki dengan berat mencapai lebih 790 lb!!!
Wow, bayangkan gergasi dengan berat sebegini yang melebihi berat sebuah piano! Menakjubkan!
Ikan pari berkait rapat dengan jerung. Ya, jangan pula tak tau ikan pari juga berkait rapat dengan keluarga jerung.
Walau bagaimanapun, tidak seperti saudaranya jerung, ikan pari tidak mempunyai rangka bertulang.
Badannya hanya terdiri daripada tulang rawan sama seperti yang ada pada hidung dan telinga manusia.
Ekornya yang panjang kebiasaannya mempunyai sengat di pangkal ekor yang sangat beracun.
Ya, umum mengetahui bagaimana sengatan ikan pari mampu menumbangkan manusia. Banyak kes terjadi yang mana akibat tidak berhati-hati mengendalikan ikan pari menjadikan sengatnya hinggap pada kaki atau tangan manusia.
Tetapi ada juga spesies pari yang tidak mempunyai sengat pada ekornya. Ikan pari bendera atau kelawar.
Ikan pari menjadikan kerang-kerangan dan udang sebagai diet utamanya. Atas faktor mulutnya yang berada di bawah badan menjadikan ikan pari lebih menjadikan spesies bercangkerang dan udang sebagai diet utamanya.
Tetapi untuk lapangan memancing, umpan yang biasa digunakan untuk memikat pari selain udang hidup ialah ikan bolos, hirisan ikan dan juga sotong.
Ikan pari tidak menggunakan mata untuk mencari mangsa. Ya, disebabkan matanya berada di atas badan, mereka hanya menggunakan elektro-sensor yang dikenali sebagai ‘ampullae of lorenzini’ untuk mencari makanan.
Ikan pari biasanya hidup bersendirian, tetapi ada juga yang hidup berkumpulan. Tidak seperti sesetengah spesies yang hidup berkumpulan, ikan pari biasanya mengamalkan sikap solitary.
Namun bagi spesies pari manta, mereka lebih mengamalkan hidup di dalam kumpulan yang lebih dikenali sebagai ‘schooling’.
Ikan pari melahirkan anak sekali setiap tahun Setiap tahun, ikan pari betina mampu melahirkan anggaran 2 hingga 6 ekor anak yang mana ianya mampu hidup sekitar 15 hingga 25 tahun di dalam habitat.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Berikut disenaraikan ikan-ikan air tawar bersaiz monster yang mampu menyerang dan mengancam keselamatan manusia.
Muskellunge
Muskellunge merupakan seekor spesies ikan air tawar dan sebenarnya masih belum ada catatan rasmi serangan ke atas manusia. Namun berdasarkan kepada keupayaannya, banyak spekulasi terhadap spesies ini dalam potensinya menyerang manusia.
Muskellunge mampu membesar sehingga 7 kaki dan mempunyai barisan gigi yang tajam dan boleh dikatakan sebagai jelmaan barracuda air tawar. Spekulasi mengatakan terdapat serangan ke atas seorang kanak-kanak dan nelayan oleh spesies ini namun mangsa selamat walaupun terdapat kesan yang agak teruk.
Wels Catfish
Keadaan perairan di Eropah seperti Tasik Berlin dan Sungai Volga sepanjang masa seakan tenang dan selamat sehinggalah kemunculan pemangsa raksasa ini. Keli Wels ini mampu mencapai 13 kaki panjang dan seberat mencecah 400lb dan itu sudah cukup menjadikannya sebagai raksasa yang menggerunkan.
Keli wels merupakan pemangsa agresif dan menurut catatan sejarah ikan ini mampu membesar sehingga 20 kaki panjang. Seekor keli wels yang ditangkap di Russia mempunyai sisa manusia di perutnya sementara serangan terhadap manusia dilaporkan di Jerman.
Freshwater Giant Stingray
Raksasa ini sering menyembunyikan dirinya di perairan air tawar yang keruh, berpasir dan berselut di Asia Tenggara. Ikan pari air tawar ini mungkin merupakan spesies ikan air tawar yang terbesar dengan panjang mencecah 16 kaki dan seberat hampir 2000lb.
Sengat sepanjang 8 inci pada pangkal ekornya mampu menyerang seperti seekor kala jengking dan sengatannya diakui amat berbisa dan mampu membunuh. Jadi berhati-hati jika tiba-tiba anda berasa dasar sungai yang anda pijak bergerak!
Piraiba
Dengan warna biru kehitaman, piraiba ini mampu mencecah sepanjang 9 kaki dan merupakan antara gergasi air tawar. Spesies ini merupakan spesies keli terbesar dan dikatakan berpotensi sebagai pemakan manusia.
Gigi ikan raksasa ini tidak kelihatan menakutkan memandangkan tiada taring terkeluar, namun gigi ikan ini tersusun rapi menghala ke bahagian dalam mulut ikan. Keadaan ini menjadikan mangsanya tidak akan terlepas jika sudah dalam cengkaman mulutnya.
Goonch Catfish
Sungai Kali di antara Nepal dan India telah dihantui oleh siri kematian dan insiden lemas yang misteri. Misteri ini berlarutan sehinggalah raksasa perang sepanjang 7 kaki dengan gigi yang tajam ini ditangkap.
Ia seekor ikan kenerak gergasi seberat 300 lb. Ikan ini dikatakan menarik mangsanya dan melemaskannya sebelum ditelan. Spekulasi juga mengatakan selera ikan goonch terhadap manusia mungkin disebabkan pembuangan abu mayat ke Sungai Kali yang diamalkan di sana.
Electric Eel
Belut elektrik merupakan pemangsa terkenal di Amazon dan menggunakan renjatan elektrik sebagai sistem pertahanan dirinya. Aliran elektrik sekuat 600 volt yang dihasilkan oleh spesies ini mampu membunuh seekor kuda dan tidak terkecuali manusia yang boleh mati akibat serangan ini.
Belut elektrik mampu membesar sepanjang 8 kaki dan seberat 50 lbs. Biasanya penggunaan peralatan berunsur getah bagi mengelakkan serangan belut elektrik. Terdapat rekod menunjukkan kematian akibat serangan renjatan elektrik oleh spesies ini.
Goliath Tigerfish
Spesies goliath tigerfish merupakan salah satu spesies yang dahsyat dan mengerikan. Spesies ini membuatkan spesies pemangsa rakus seperti Piranha seakan-akan ikan kecil untuk hiasan.
Spesies ini mampu mencapai berat sehingga 70lb dan lebih 6 kaki panjang. Spesies ganas ini berlegar di perairan Afrika berkumpulan dan mampu mencarik-carik daging mangsa yang lebih besar dalam beberapa saat.
Mulut gergasi bermata kuning ini tersemat gigi taring seakan pisau yang lebih daripada dua inci. Pemancing terkenal, Jeremy Wade percaya spesies ini bertanggungjawab terhadap beberapa siri kematian manusia di Sungai Congo yang sebelum itu dikatakan berpunca daripada semangat ghaib menurut kepercayaan masyarakat tempatan.
Bull Shark
Senarai ikan terakhir untuk kali ini, secara teknikalnya merupakan seekor jerung iaitu bull shark. Spesies ini mempunyai keupayaan yang luar biasa dan dikatakan lebih ganas berbanding jerung lain.
Dengan saiznya yang mampu mencapai panjang sehingga 12 kaki dan seberat 600lb, spesies ini mampu berenang ke perairan air tawar seperti tasik dan sungai di Missouri, Illinois dan Kentucky.
Rekod menunjukkan banyak serangan oleh spesies ini terhadap manusia di perairan air tawar. Selain merupakan spesies yang paling agresif antara jerung, bull shark juga mempunyai kuasa gigitan yang paling kuat berbanding semua spesies ikan di dunia.
Di Malaysia, ikan jelawat atau nama latinnya Leptobarbus hoevenii, mempunyai cerita tersendiri. Menurut cerita, dek kerana keenakannya, ikan jelawat menjadi ikan hidangan hanya bagi santapan untuk golongan istana dan bangsawan sahaja suatu masa dulu. Disebabkan itulah, ikan jelawat juga digelar ikan sultan sehingga ke hari ini.
MORFOLOGI
Bagi morfologi luaran ikan jelawat, spesies ini merupakan ikan bersisik dan mempunyai badan yang agak panjang. Bahagian kepala ikan jelawat juga agak panjang dari hujung bibir ke segmen operkulum, namun mempunyai bentuk agak tirus.
Warna badan atau sisik bahagian atas badannya sehingga dorsalnya berwarna agak kehijauan sementara bahagian abdomennya pula biasanya berwarna putih. Pada hujung sirip ikan jelawat pula akan kelihatan sedikit warna merah cerah.
Bagi ikan jelawat yang masih juvenil, kehadiran garisan hitam melintang dapat diperhatikan pada badannya.
TABURAN SPESIES
Mengikut data taburan spesies, spesies jelawat merupakan spesies natif di kebanyakan kawasan di Asia merangkumi Thailand, Sumatera dan Borneo. Taburan populasi jelawat juga dikatakan mengunjur sehingga utara Chao Phraya dan Lembah Mekong sehinggalah pada tahun 2009, populasi di kawasan ini disahkan bukan spesies L. hoevenii sebaliknya merupakan spesies L. rubripinna.
Secara genetik, L. rubripinna datang dari genus yang sama iaitu Leptobarbus dan mempunyai morfologi luaran yang hampir sama dengan L. hoevenii. Namun, spesies L. rubripinna ialah hasil daripada baka industri dagangan ikan hiasan berbeza dengan L. hoevenii yang merupakan spesies liar atau sungai.
Jelawat juga merupakan spesies ikan air tawar natif bagi perairan air tawar di semenanjung Malaysia sehingga ke Borneo. Di semenanjung, taburan populasi spesies ini lebih tertumpu di sistem Sungai Pahang (Sungai Pahang, Sungai Jelai, Sungai Lipis, Sungai Tembeling) dan juga di Sungai Perak.
BIOLOGI
Spesies ikan jelawat liar selalunya menjadikan sungai besar yang mengalir atau kawasan air lalu sebagai pilihan tempat tinggalnya. Selalunya spesies ini berada di satu kawasan untuk satu jangka masa tertentu sebelum berpindah mencari kawasan lain. Selain sungai, ikan jelawat juga boleh ditemui hidup di dalam kawasan air lain seperti lombong.
Walaupun jelawat bukan spesies ikan migrasi, namun kajian mendapati spesies ini tetap membuat migrasi trofik (local trophic migrations) di dalam sistem sungai terutama apabila habitat lamanya terlalu padat, gangguan aktiviti manusia atau kesan pencerobohan.
Oleh kerana jelawat merupakan ikan yang bersifat omnivor, maka diet pemakanan utama ikan jelawat tertumpu kepada ulat, cacing, cengkerik, udang, dan buah hutan. Buah ara yang jatuh ke dalam sungai juga dikatakan menjadi makanan kepada ikan jelawat liar.
Selain itu, jelawat merupakan ikan pelagik yang gemar berada pada pertengahan badan air sehingga ke kawasan dasar. Biasanya ikan jelawat hidup dan berenang dalam gerombolan selain mampu membesar sehingga mencecah panjang 60cm.
Setelah melalui fasa perkembangan dalam industri perikanan dan akuakultur, spesies ikan jelawat telah berjaya diternak melalui pembiakan aruhan dan semakin mudah diperolehi hari ini.