Tentu sekali korang akan berasa pelik melihat foto ikan tapah yang wujud di Sungai Labuk dalam daerah Beluran, Sabah ini. Corak badannya ternyata amat berbeza dengan tapah yang terdapat di Semenanjung atau Sarawak yang ada jalur kekuningan, tetapi corak badan ikan tawi ini bertompok-tompok (blotches) macam peta dunia. Ada juga sifat-sifat lain yang membezakannya seperti pada bahagian mulutnya.
Apabila dirujuk dalam buku The Freshwater Fishes Of North Borneo (antara satu-satunya buku lengkap tentang ikan air tawar di utara Borneo yang diterbitkan pada tahun 1962 oleh Robert F. Inger dan Chin Pui Kong) spesies ini bernama saintifik Wallago maculatus nyata amat berlainan dengan tapah biasa atau Wallago attu.
Ads
Ads
Tambah menarik lagi apabila spesies ini disahkan oleh laman sesawang FishBase, hanya wujud di Sabah (Borneo utara). Bermakna ia tidak dijumpai di mana-mana tempat di Asia. Tidak seperti tapah biasa yang populasinya bertaburan di merata sungai di India, Pakistan, Afghanistan, sehingga ke Vietnam dan Indonesia.
Ads
Khabarnya ikan tawi atau Wallago maculatus yang hidup di Lembangan Sungai Kinabatangan di Sandakan adalah lebih tinggi populasinya dan padu saiznya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan haruan mempunyai banyak jenis dan gelaran yang mungkin sebahagian daripada kita tidak kenal. Jenis-jenis haruan adalah seperti haruan todak, haruan palas, toman bunga dan bujuk. Selain daripada 4 jenis ikan haruan di atas, saya juga pernah jumpa Ikan haruan tasik (jenis ikan di laut) dan ikan harun bodoh (ketutu).
Saya mengenali beberapa jenis ikan tersebut kerana memang ada terdapat pada sawah dan anak sungai di kampung dahulu. Kumpulan ikan ini adalah jenis ikan yang suka menyambar makanannya seperti anak ikan, katak, cicak dan umpan pada mata kain dan menarik dengan kuat ketika memancing.
Mulutnya yang besar dan pergerakannya yang sukar dikesan oleh mangsa menyebabkan ikan haruan merupakan ikan yang hebat dalam air. Saya memang suka memancing ikan haruan di kampung zaman remaja dulu dan jarang-jarang kecewa walaupun menggunakan mata kail buatan sendiri.
Ikan Haruan todak atau juga dikenali sebagai ikan kedak merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa gachua. Ikan haruan todak boleh didapati di kawasan air sungai berjeram dan berair jernih.
Diet utamanya adalah anak-anak udang, dan serangga kecil. Saya pernah mengail ikan ini dahulu di kawasan sungai di kaki Gunung Ledang dekat Sagil, Tangkak. Memang tidak mudah untuk mendapatkan ikan ini kerana pada air jernih ia amat sukar untuk ditangkap.
Ikan haruan palas pula merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa melasoma. Ikan Haruan palas mempunyai warna kebiru-biruan di sebelah bawah badannya sementara bahagian lain berwarna agak gelap atau sedikit coklat bergantung kepada kualiti air.
Ikan haruan palas mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan pH airnya rendah atau senang dikatakan agak berasid. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, cengkerik dan cacing. Ikan jenis ini pernah saya dapat dikawasan Paya Serompong iaitu kawasan paya yang agak luas dan mempunyai habitat sesuai untuk ikan jenis ini.
Ikan toman bunga atau juga dikenali sebagai ikan jelai, jaloi, kuang, kerandang, merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa marulloides. Ikan toman bunga merupakan ikan pemangsa jenis ikan seperti kepala ular.
Ikan toman bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan pH airnya rendah, sama seperti ikan haruan palas dan juga ikan bujuk.
Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing. Saya juga pernah menangkap ikan jenis ini yang tersangkut pada jaring yang dipasang di kawasan paya di Kg Batu 27, Lenga, Muar dan sangat puas hati apabila digoreng dan makan dengan nasi panas.
Ikan Bujuk adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN, termasuk di Malaysia. Nama saintifiknya Channa Lucius. Ikan ini suka mendiami anak sungai yang mengalir dan kawasan paya. Ikan bujuk mempunyai warna gelap di bahagian bawah (coklat kehitaman) dan agak terang sedikit di bahagian atasnya.
Ikan ini suka makan anak-anak ikan, serangga kecil, katak dan juga cengkerik serta bersifat seperti haruan lain yang cekap memburu mangsanya. Saya banyak kali memancing ikan bujuk di kawasan anak sungai Parit Pelampong depan rumah dan rasa ikan haruan jenis ini memang enak sekali.
Ada yang memanggilnya haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu atau ketutu. Goby marmer (Oxyeleotris marmorata) adalah spesies ikan yang tersebar luas di keluarga Butidae yang berasal dari perairan tawar dan payau di cekungan Mekong dan Chao Praya, serta sungai dan badan air lainnya di Kemboja, Thailand), Malaysia, Singapura, Indocina, Filipina, dan Indonesia.
Ini adalah salah satu ikan gobioid terbesar, mencapai panjang 65cm, meskipun sebahagian besar tidak melebihi 30cm.
Ikan ketutu atau dalam bahasa Kantonis, soon hock tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Habitat utamanya adalah di kawasan yang cetek seperti di gigi-gigi air iaitu berhampiran dengan tebing sungai, tasik dan lombong-lombong tinggal.
Ikan ini adalah dikategorikan sebagai ikan pemangsa, namun demikian ianya adalah ikan yang sangat malas untuk memburu mangsanya. Ia lebih suka menunggu mangsa yang berenang berhampiran lalu membahamnya apabila dikira sudah cukup hampir.
Dengan warna dan coraknya yang berceloreng itu membuatkan ikan ini sangat pandai menyamar dan bersembunyi di balik atau bawah batu-batu atau dedaunan mahupun kayu. Ia sangat aktif pada waktu malam, adakalanya ia keluar dari tempat persembunyian untuk mencari mangsa.
Diet semulajadi ikan ini ialah ikan-ikan kecil termasuk anak-anak ikan, udang, cacing mahupun ulat. Ikan ini mempunyai sikap tamak yang menyebabkan ia mudah ditangkap apabila lokasinya telah dikenal pasti oleh pemburunya.
Selain dipancing, Ikan ini boleh dijerat dengan menggunakan bubu tradisional atau pun bubu yang direka khas dengan menggunakan batang paip yang diletakkan umpan ikan hidup seperti anak-anak ikan koi di dalamnya.
Spesies ini adalah ikan yang penting secara ekonomi, ia sangat aktif dalam industri akuakultur dan akuarium. Ia juga sangat popular di kalangan masyarakat Cina kerana teksturnya yang halus dan daging putihnya yang lazat, dan diyakini memiliki khasiat penyembuhan. Dikatakan, paling baik dimakan setelah pembedahan atau melahirkan anak.
Di Malaysia, komersialisasi jenis ikan ini belum banyak dilakukan. Permintaan sebahagian besar tergantung pada populasi liar, sehingga melonjak harga yang tinggi di pasaran.
Profil Ketutu
Nama lain: Belontok, ikan hantu, haruan bodoh, ikan ubi
Profil: Ikan air tawar dan payau. Spesies demersal yang hidup pada radius air ph 6.5-7.5. Suhu tropika 22°C – 28°C.
Taburan: Asia, Lembangan Mekong dan Chao Phraya, Semenanjung Melayu, Indocina, Filipina, dan Indonesia.
Habitat: Air tawar berkedalaman sehingga 10 meter. Ditemukan di sungai, rawa, tasik, paya dan kolam.
Ikan puyu atau nama saintifiknya Anabas testudineus, merupakan spesies ikan air tawar yang cukup terkenal di kalangan pemancing tempatan. Dari segi bahasa, Anabasis (Greek) dan Anabas (Latin) memberi maksud memanjat atau merangkak seterusnya membuatkan spesies ini digelar climbing gourami atau climbing perch. Sifat ikan ini juga bersesuaian dengan namanya di mana ikan ini mampu menggunakan sirip berdurinya dan insang untuk bergerak di atas permukaan tanah tanpa air.
Taburan speies A. testiduneus ini banyak tertumpu di Pakistan, India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Myanmar Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore. Kawasan-kawasan ini merupakan kawasan asal spesies ini dan puyu menjadi spesies natif di lokasi yang disebutkan.
Di Malaysia, spesies ikan puyu boleh ditemui hampir di kebanyakan tempat di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Ikan puyu boleh ditemui di kawasan tali air dan juga sawah padi. Ikan ini juga mampu untuk terus hidup dalam keadaan air yang minima dan mempunyai kadar survival yang tinggi selagi insangnya dalam keadaan lembab. Pada musim kemarau, ikan puyu mampu menyembunyikan dirinya di dalam tanah untuk kelangsungan hidup dan akan tinggal di dalam lumpur sehingga musim hujan datang.
Ikan puyu mendiami sebahagian besar sistem perparitan dalam rangkaian atau lokasi natifnya. Menurut rekod, ikan puyu banyak ditemui dalam habitat pelbagai jenis termasuk paya, tasik, terusan, kolam, lubang-lubang kecil, sawah padi, anak sungai dan saluran sungai utama. Walaupun habitatnya banyak tertumpu di kawasan tanah rendah, spesies ikan air tawar ini juga boleh hadir dalam sesetengah persekitaran payau di sesetengah kawasan.
Semasa musim hujan, spesies puyu sering memasuki habitat di mana ia boleh terperangkap apabila air surut. Namun spesies ini mampu melakukan perjalanan di atas tanah untuk jarak beberapa ratus meter dengan syarat ia kekal lembap terutama di bahagian insang. Situasi ini berlaku bukan berdasarkan sifat asasnya, namun lebih kepada naluri untuk terus meneruskan kelangsungan hidup atau survival.
Apabila bergerak di atas tanah pergerakannya sebenarnya agak perlahan dan kaku kerana ia menyokong dirinya dengan sirip dan opercles dada, kedua-duanya agak tebal, duri khas disesuaikan, sementara momentum ke hadapan hasil pergerakan sisi sirip kaudal dan posterior bahagian badan.
Bagi spesies ikan puyu, kebanyakannya mampu membesar sehingga panjang maksimum sekitar 12-14 cm. Jika dilihat, warna pada badannya mempunyai tona warna agak kehijauan dan belang vertikal dapat dilihat pada badannya walaupun tidak jelas ikan ini mempunyai sirip dorsal yang tajam serta operkulum yang tajam dan mampu membuat bukaan yang agak luas lantas memberikannya kelebihan untuk merangkak di daratan menerusi bukaan operkulum ini. Pada bahagian operkulum spesies ini, terdapat tompokan berwarna hitam berhampiran dengan sirip pektoral.
Sisik ikan puyu berbentuk ciliate scale. Spesies puyu ialah spesies maserba, iaitu makan apa sahaja termasuk daripada tumbuhan akuatik seperti alga. Selain itu, ikan puyu mampu menjadi pemangsa kepada anak ikan atau ikan-ikan kecil selain menjadikan invertebrata akuatik dan molluska sebagai diet utamanya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...