Ads

Sos Masak Pandan Soda

Perisa atau pes Original sebenarnya sudah boleh digunakan terus bersama roti, palet atau dedak untuk dijadikan umpan. Untuk tarikan yang lebih, ia boleh dicampurkan dan dimasak. Malah umpan yang dimasak boleh meningkatkan lebih aroma dan tahan lebih lama.

Bahan-bahan keperluan: 

Sos Masak Pandan Soda

  • Perisa pandan kelapa Original
  • Perisa kelapa Original
  • Perisa pisang Original
  • Minuman berkarbonat aiskrim soda

Cara Penyediaan sos:

Ads

Sos Masak Pandan Soda

  1. Masukkan setengah botol (anggaran 150 ml) perisa pandan kelapa Original ke dalam periuk.
  2. Campurkan pula kira-kira 50 ml minuman berkarbonat aiskrim soda.
  3. Masukkan tiga penutup botol perisa kelapa Original.
  4. Tambahkan dua penutup botol perisa pisang Original.

Sos Masak Pandan Soda

Ads

5. Kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas atau botol simpanan.

Ads

Cara penggunaan sos:

  1. Sos ini boleh digunakan bersama roti sandwic, roti kentang, roti bun, palet atau juga dedak. Cara penggunaan sama sahaja dengan cara penggunaan jika menggunakan sos atau perisa lainnya.
  2. Lazimnya sos atau umpan ini digunakan untuk memikat spesies patin namun ikan rohu dan tongsan turut sama menggemari aromanya.

Sos Masak Pandan Soda

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...