Line capacity – Istilah ini merujuk kepada panjang tali pancing (mono atau braided) yang boleh dimuatkan dalam gelendung kekili (spool). Kebanyakan reel terdahulu hanya menyatakan kekuatan (lbs) dan panjang (yard/meter) yang boleh dimuatkan dalam spool berpandukan tali tangsi (mono).
Kini, semakin banyak pula menyatakan berapa panjang tali yang boleh dimuatkan berdasarkan ukur lilit atau diameter tali tersebut, yang merujuk kepada penggunaan tali sulam atau braided. Semakin halus diameter, maka semakin banyaklah muatan tali yang boleh disimpan di dalam gelendung.
Ads
Terdapat beberapa jenis informasi yang biasa dicatatkan pada kekili atau kotak kekili iaitu lb/yd, lb/m atau dia/m. Untuk ib/yd (pound/yard) ia membawa makna kekuatan tangsi dalam pound dan panjang yang boleh diisi dalam yard atau ela.
Ads
Tali yang dimaksudkan ialah tali mono, bukannya tali sulam kerana lazimnya tali mono mempunyai diameter yang sama. Sebagai contoh, 10/110 membawa maksud tali mono 10lb dapat dimuatkan sebanyak 110 yard/ela di dalam spool.
Begitu juga dengan kiraan lb/m. Sebagai contoh 10/100, tali mono 10 lb boleh dimuatkan sebanyak 100 meter di dalam spool. Manakala dia/m pula merujuk kepada ukur lilit tali (mono atau braided, lazimnya lebih merujuk kepada tali braided) yang boleh dimuatkan dalam meter. Umpamanya 0.5/200 bermaksud saiz tali berdiameter 0.5mm boleh diisi sepanjang 200 meter di dalam spool kekili.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ada jenis ikan yang tabiat makan secara menyambar, ada dengan cara mengutis atau mencuit, meragut, menyedut dan lain-lain lagi. Mengetahui cara ikan makan umpan adalah amat penting kerana melalui cara ini membolehkan kita memilih mata kail yang sesuai untuk memancingnya.
Ikan Makan Menyambar
Ikan yang mengambil umpan secara menyambar ini pada kebiasaannya dari jenis ikan pemangsa atau predator yang bergigi tajam. Maksud menyambar di sini ialah ia akan memakan umpan semasa bergerak mahupun ketika mangsa itu sendiri yang bergerak.
Antara ikan yang memakan umpan secara menyambar termasuklah tenggiri, barracuda, talang, gerepoh dan haruan tasik.
Kebanyakan mata kail boleh digunakan untuk memancing ikan jenis ini tetapi adalah disarankan mata kail dari jenis live bait atau big game hook yang mana matanya menegak lurus ke pangkal. Ini kerana ia membolehkan mata kail tertancap terus pada mulut ikan ketika menyambar umpan.
Lazimnya mata kail dari jenis ini juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak mudah melurus ketika sentapan atau hentakan.
Seperkara yang perlu diingat ialah kekuatan hentakan ketika proses sambaran hampir sepuluh kali ganda berbanding berat ikan tersebut. Justeru itu kekuatan mata kail amat penting bagi mencangkuk ikan jenis ini.
Ikan Makan Meragut
Maksud meragut di sini ialah jenis ikan pemangsa yang memakan umpan yang bersifat pegun atau tidak bergerak. Sejurus mengambil umpan dengan tindakan pantas dan dengan pantas juga ia melarikan diri. Teknik pancingan dasar kebanyakannya menggunakan umpan mati begini.
Manakala ikan yang bersifat meragut antara jenahak, merah, pari dan lain-lain lagi. Tiada mata kail yang lebih baik bagi memanfaatkan ikan yang meragut umpan seperti ini selain dari jenis mata kail yang melingkar sedikit hujung matanya iaitu mata kail lingkar atau circle hook. Mata kail lingkar direka bentuk agar ikan tercangkuk dengan sendiri pada hujung mulutnya.
Ketika umpan diragut dan dilarikan, mata kail lingkar tidak akan terus tercangkuk sebaliknya akan melurut keluar dan hanya akan tercangkuk pada hujung bibir mulut ikan. Oleh yang demikian, apabila umpan dilarikan pemangsa, sebarang tindak balas sentapan akan menyebabkan mata lingkar ini akan rabut atau lucut begitu saja. Dan apabila tercangkuk dengan kemas, ia hampir mustahil untuk terlucut.
Ikan Makan Mengutis
Ikan yang memakan umpan secara menggetu atau mengutis memberi makna ikan yang memakan umpan dan kekal berada di tempat umpan dimakan. Ikan jenis tidak bergerak ketika memakan umpan dan umpan itu sendiri juga tidak bergerak dengan ketara. Oleh yang demikian amatlah susah untuk pemancing mengetahui proses tersebut secara nyata.
Untuk membolehkan isyarat bahawa umpan sedang dimakan ikan, peralatan memancing yang sensitif pada getuan perlu digunakan. Begitu juga kesukaran mata kail untuk tercangkuk dengan sendiri juga sukar. Bagi menghadapi ikan yang memiliki tabiat makan seperti ini, adalah disarankan mata kail yang jenis lurus atau mempunyai hujung mata yang mendongak ke tepi.
Mata kail yang digunakan juga sebaiknya tidak terlalu besar, halus dan tajam. Dan apabila merasai getuan, pemancing perlulah peka dan segera melakukan sentapan balas. Antara ikan yang memakan umpan secara mengutis ini antaranya ialah lampam, tilapia, rohu, gelama, duri, anak-anak ikan atau ikan yang bersaiz kecil.
Ikan Makan Menyedut
Ikan yang memakan umpan dengan cara menyedut atau menghisap umpan pastinya tidak perlu dihurai dengan lebih meluas kerana tidak menyembunyikan maksud yang lain. Ikan yang menyedut umpan ini terdiri dari ikan yang bergigi tajam mahupun tidak bergigi. Lazimnya ia memiliki mulut yang luas atau bibir yang boleh dilaraskan.
Kebanyakan ikan jenis kap termasuklah kelah memiliki tabiat makan sebegini. Ikan kerapu dan gerong belang merupakan antara spesies ikan air masin yang tersohor dengan tabiat makan secara menyedut atau menghisap umpan.
Cara menyerang mangsa pula sama ada mengejar atau menunggu mangsa melintas di hadapannya di kawasan persembunyian. Banyak jenis mata kail boleh digunakan namun disyorkan mata kail yang berteras panjang dan sedikit bengkok pada hujungnya.
Apa yang syok sangat pada ikan ini sehingga ia menjadi buruan ramai pemancing muara? Jawapannya ialah kepayahan dan kesabaran untuk menunggu ia menyentap umpan.
Keistimewaan apakah yang dimiliki ikan kuku ini sehingga ramai pemancing pantai di Pantai Timur begitu berahi memburunya? Jawapan ialah kerana ia jarang-jarang makan umpan kecuali jika kena musim dan tempat ia mengadakan gathering. Kena dan rasa sekali pasti nak lagi!
Oleh kerana banyak lokasi kuku yang saya ketahui adalah di tempat air cetek dan kawasan pinggiran pantai, peralatan dengan kekuatan kurang dari 20Ib adalah paling efektif. Tangsi 15lb lebih pratikal jika kawasan pancing itu adalah beting pasir atau lagun cetek.
Teknik pancing menggunakan batu hidup dengan panjang perambut sekaki sesuai diamalkan. Mata kail pilihan ialah mata udang nombor 12 atau mata kail biasa nombor 2 boleh dipadankan dengan saiz mulut ikan kuku ini. Set pancing sederhana dengan kapasiti tali kurang 100 meter menjadi pilihan saya jika memancing ikan ini.
Kuku adalah pemangsa dasar dengan sebab ini umpan juga perlu berada di dasar, jangan gantung umpan terlalu tinggi.
Walaupun lariannya kurang kencang, tentangan diberikan amat menakjubkan tetapi jika kawalan terhadap tentangan dilayan dengan baik kita masih boleh menjinakkan kuku kecuali jika ia mengasak dari kawasan batu pantai. Perambut 20 paun mampu menangani kuku yang rata-rata kurang dari 1 kg saiznya di perairan kita.
Oleh kerana ramai pengemar pancing pantai tertumpu pada set joran surfcasting, teknik dan peralatan begini tetap sesuai lebih-lebih lagi sasaran lagun atau beting terletak jauh di tengah.
Jika anda pengamal pancing ultralight, anda juga juga bermain dengan ikan kuku dengan set rod antara 6-12lb sudah memadai. Gunakan kekili bersaiz antara 500 hingga 1000. Spot memancing kuku biasanya di kawasan berbatu dan lontaran tidak perlu jauh.
Kesabaran amat penting kerana spesies pengacau akan mengacau umpan selain banyak kali perambut putus kerana bergeser atau tersangkut di celah batu.
Antara spot terbaik pancingan kuku di kawasan Pantai Timur termasuklah Tanjung Api, Cerok Paloh, muara Sungai Paka, Lagun Kuala Ibai, jambatan Kemaman, benteng Kuala Terengganu, Sungai Kelantan dan Jambatan Tok Bali.
Pancingan ikan bujuk di Malaysia tidaklah sepopular sebagaimana pancingan saudara rapatnya seperti haruan mahu pun toman.
Situasi ini disebabkan populasi dan habitat bujuk yang tidaklah meluas. Haruan dan toman mampu hidup di habitat bujuk namun peratus untuk menemui bujuk di habitat haruan dan toman amatlah rendah.
Untuk memancing bujuk, langkah pertama yang perlu tahu adalah mengenal habitat bujuk.
Ikan bujuk boleh ditemui atau berhabitat di sistem sungai berarus perlahan atau hampir tiada arus, tasik, kolam dan paya.
Lazimnya ia lebih mudah ditemui di sistem perairan berdekatan hutan atau ladang-ladang (suhu air 20 hingga 30 darjah celcius, PH air 5.0 hingga 7.5).
Pada kebiasaannya ikan bujuk akan menjadikan kawasan yang mempunyai banyak tumbuhan akuatik, serta tumbuh-tumbuhan berkayu yang terendam sebagai habitatnya.
Diet ikan bujuk adalah seperti anak-anak ikan atau ikan-ikan yang lebih kecil, udang, katak, cacing, serangga seperti cengkerik, dan belalang menjadi diet yang paling digeraminya.
Oleh yang demikian, umpan untuk memancing bujuk tidaklah terlalu cerewet. Walau bagaimana pun umpan terbaik untuk memancing spesies ini masih lagi umpan organik seperti katak, anak ikan dan cacing.
Selain menggunakan umpan organik, ikan bujuk juga boleh dipancingan dengan teknik mengilat menggunakan umpan tiruan.
Umpan tiruan seperti soft frog dan soft plastic sudah banyak terbukti berjaya mendaratkan spesies. Namun penggunaannya agak terhad di padang pancing yang terbuka sahaja.
Seperkara lain yang perlu diketahui ialah sifat keaktifan ikan bujuk memburu makanan.
Ikan bujuk ino bolehlah dianggap sebagai antara ikan pemalas yang hanya kebiasaanya menunggu mangsa lalu didepannya.
Ia kurang agresif untuk mengejak mangsa sebagaimana haruan atau toman. Justeru itu ketepatan meletakkan umpan adalah penting setelah berjaya mengesan kewujudannya.
Selain sukar untuk ditemui, ikan bujuk turut sukar untuk untuk didaratkan walaupun sikapnya yang amat rakus tetapi mempunyai mulut yang amat lembut.
Sentapan yang kuat boleh membuatkan mulut ikan ini pecah. Namun kekuatannya dikatakan lebih daripada haruan.
Bujuk juga memiliki keupayaan untuk memuntahkan mata kail dari mulutnya. Ia dapat dilihat apabila melonjak keluar daripada air seraya menggoyang kepala dalam usaha memuntahkan umpan dan mata kail.
Seperkara lagi, faktor habitatnya suka mendiami kawasan yang bereba dimana kayu-kayu, pelepah, samai, secara tidak langsung habitat kegemaran bujuk tersebut menjadi halangan yang membuatkan ia sukar untuk didaratkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...