Ikan patin memang merupakan salah satu ikan yang popular di Malaysia terutama di Pahang, Perak dan juga negeri-negeri lain. Malah, boleh dikatakan patin merupakan ikan yang paling banyak dipancing di negara kita. Sama ada di habitat liar atau kurungan, ia adalah pancingan yang menghiburkan.
Walau bagaimana pun, memancing ikan patin di sungai lebih sukar berbanding pancingan patin kolam kerana faktor arus sungai. Jadi, kebanyakan umpan yang digunakan di kolam pancing berbayar tidak boleh digunakan kerana dibawa arus.
Ads
Biasanya pancingan spesies ikan liar dalam habitat semula jadi lebih tertumpu pada umpan semula jadi. Umpan seperti buah ara dan buah berembang merupakan antara pilihan, namun ramai juga pemancing menjadikan organ dalaman ayam sebagai umpan patin seperti hati ayam dan perutnya.
Ads
Selain itu, penggunaan umpan roti, pelet dan dedak sebenarnya boleh digunakan namun pastikan bancuhan umpan tidak peroi kerana mudah hilang dibawa arus sungai. Jika menggunakan campuran dedak dan pelet, pastikan lebih pekat dan gunakan teknik mata bom. Anda juga boleh bereksperimen dengan menggunakan roti canai atau bancuhan tepung.
Ads
Selain umpan, teknik persembahan umpan juga amat penting. Umpan perlu dipersembahkan seolah-olah makanan semulajadi yang hanyut di dalam sungai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Apa yang syok sangat pada ikan ini sehingga ia menjadi buruan ramai pemancing muara? Jawapannya ialah kepayahan dan kesabaran untuk menunggu ia menyentap umpan.
Keistimewaan apakah yang dimiliki ikan kuku ini sehingga ramai pemancing pantai di Pantai Timur begitu berahi memburunya? Jawapan ialah kerana ia jarang-jarang makan umpan kecuali jika kena musim dan tempat ia mengadakan gathering. Kena dan rasa sekali pasti nak lagi!
Oleh kerana banyak lokasi kuku yang saya ketahui adalah di tempat air cetek dan kawasan pinggiran pantai, peralatan dengan kekuatan kurang dari 20Ib adalah paling efektif. Tangsi 15lb lebih pratikal jika kawasan pancing itu adalah beting pasir atau lagun cetek.
Teknik pancing menggunakan batu hidup dengan panjang perambut sekaki sesuai diamalkan. Mata kail pilihan ialah mata udang nombor 12 atau mata kail biasa nombor 2 boleh dipadankan dengan saiz mulut ikan kuku ini. Set pancing sederhana dengan kapasiti tali kurang 100 meter menjadi pilihan saya jika memancing ikan ini.
Kuku adalah pemangsa dasar dengan sebab ini umpan juga perlu berada di dasar, jangan gantung umpan terlalu tinggi.
Walaupun lariannya kurang kencang, tentangan diberikan amat menakjubkan tetapi jika kawalan terhadap tentangan dilayan dengan baik kita masih boleh menjinakkan kuku kecuali jika ia mengasak dari kawasan batu pantai. Perambut 20 paun mampu menangani kuku yang rata-rata kurang dari 1 kg saiznya di perairan kita.
Oleh kerana ramai pengemar pancing pantai tertumpu pada set joran surfcasting, teknik dan peralatan begini tetap sesuai lebih-lebih lagi sasaran lagun atau beting terletak jauh di tengah.
Jika anda pengamal pancing ultralight, anda juga juga bermain dengan ikan kuku dengan set rod antara 6-12lb sudah memadai. Gunakan kekili bersaiz antara 500 hingga 1000. Spot memancing kuku biasanya di kawasan berbatu dan lontaran tidak perlu jauh.
Kesabaran amat penting kerana spesies pengacau akan mengacau umpan selain banyak kali perambut putus kerana bergeser atau tersangkut di celah batu.
Antara spot terbaik pancingan kuku di kawasan Pantai Timur termasuklah Tanjung Api, Cerok Paloh, muara Sungai Paka, Lagun Kuala Ibai, jambatan Kemaman, benteng Kuala Terengganu, Sungai Kelantan dan Jambatan Tok Bali.
Popper adalah lure top water yang sering pemancing gunakan untuk mengumpan ikan. Ia juga mempunyai peminat yang tersendiri kerana lure top water menjanjikan kepuasan apabila disambar ikan.
Bergolak permukaan air semasa disambar ikan pemangsa dan di situlah kepuasan diperoleh bagi setiap kaki pancing.
Dalam teknik pancing layang juga ada pattern jenis sebegitu dan ia dipanggil sebagai popper fly.
Kali ini saya cuba menunjukkan cara-cara untuk membuat pattern popper fly bertujuan memperdayakan spesies ikan yang gemar menyambar di permukaan air.
ALATAN DAN BAHAN-BAHAN
1- Vise
2- Bobbin holder
3- Gunting
4- Thread (hitam )
5- Permanent marker
6- 3D eyes
7- Hackle
8- Marabou (kuning & hitam )
9- Mustad hook #8
10- Flash bou
11- Whipe finishing
12- Pelampung gabus (untuk dijadikan popper head)
Langkah 1
Buat ikatan pertama di bahagian suku depan mata kail.
Langkah 2
Ambil flashbou dan ikatkan sehingga ke bahagian belakang dan potong lebihannya.
Langkah 3
Ikatkan marabou berwarna kuning di bahagian belakang.
Langkah 4
Ambil 2 helai hackle (bulu ayam) dan ikat dari bahagian tepi kanan dan kiri. Sila Pastikan lengkungan hackle tadi ke bahagian luar.
Langkah 5
Kemudian ambil marabou berwarna hitam dan ikat seperti dalam gambar.
Langkah 6
Matikan keseluruhan ikatan dengan kemas.
Langkah 7
Letakkan gam gajah di bahagian batang mata kail dan masukkan kepala popper dari bahagian depan untuk lekatkannya.
Langkah 8
Lukis corak ikut kreativiti masing-masing untuk nampakkan lebih cantik.
Langkah 9
Lekatkan mata 3D di bahagian kepala popper untuk lebih menarik.
Ciri-ciri fizikal tebal pipi adalah mempunyai dua tulang tebal pada bahagian pipi. Sirip pektoral berbentuk cembung dengan warna kekuningan pada bahagian sirip dorsal dan hujung ekor.
Badan berwarna silver dan kekuningan di bawah perut terutama selepas di bawah garis lintang.
Diet utamanya sotong cumit, sotong kurita, udang, anak ikan, ketam kecil dan perumpun.
Habitatnya di pesisiran pantai, pulau dan kuala sungai sehingga kedalaman 60 meter.
Taburannya kebanyakan pantai barat semenanjung, Laut India, Selatan Australia dan Taiwan.
Profil gegerut:
Ciri-ciri fizikalnya mempunyai bahagian kepala agak keras, sirip-sirip cembung, pada bahagian atas berwarna silver/putih pada badan dan sirip.
Badan berwarna silver dan tompok-tompok hitam kecil tapi sekata terutama di atas garis lintang.
Diet utamanya perumpun, udang, anak ikan, ketam kecil, sotong dan cabuk. Habitat di pesisiran pantai, pulau dan kuala sungai serta kawasan muara air masin.
Taburan kebanyakan pantai semenanjung, Thai, Selatan Australia, Laut India dan Taiwan.
Perbezaan gegerut dan tebal pipi
Tebal pipi, satu nama spesies yang jarang didengari dikalangan pemancing pantai timur. Sebelum melihat dengan sendiri, sukar untuk membayangkan rupa spesies ikan yang dikatakan mempunyai tebal di bahagian pipi.
Saya tidak dapat bayangkan sebesar manakah pipi yang dikatakan tebal atau muka yang gemuk seperti ikan buntal sehinggalah melihatnya sendiri.
Tebal muka istilah yang biasa diperkatakan, namun tiada istilah tebal pipi. Tebal pipi biasanya dipanggil ‘tembam’ atau pipi yang montel.
Kerana pipilah ikan ini dapat nama. Keluarga yang sama dengan sepupu rapat iaitu gegerut.
Perbezaan yang paling ketara tebal pipi dan gegerut ialah bahagian pipi dan warna sirip serta ridip.
Namun kedua-duanya mempunyai tabiat yang sama iaitu mengeluarkan bunyi ‘grooot grooot’ atau anda sendiri pernah mendengarnya apabila dinaikan.
Tapi hanya gegerut yang dahulu tempah nama ini ‘groot’ sehingga sekarang. Dapat nama dari bunyi.
Gerut-gerut atau gegerut mempunyai bahagian sekata dimuka, pipi dekat bahagian insang rata dan tidak menonjol keluar serta warna badan perak keemasan (warna silver),
warna tompok-tompok hitam di atas garisan hidup dan bahagian ekor putih dan hitam di bahagian hujung.
Manakala tebal pipi mempunyai bahagian insang membengkak dan tulang pipi menonjol keluar, badan berwarna silver dan kekuningan di bahagian bawah terutama sirip, ridip dan ekor.
Kombinasi warna badan lebih cantik dari gerut-gerut, mempunyai tompok-tompok bintik hitam di bahagian atas serta badannya lebih gempal dari gerut-gerut.
Namun kedua-dua jenis spesies ini mempunyai habitat dan diet yang hampir sama.
Mungkin gerut-gerut mudah diperolehi oleh pemancing berbanding dengan tebal pipi (perangkaan saya 20 gegerut dan 1 tebal pipi).
Ini adalah kerana gegerut mempunyai 3 jenis yang berlainan sedikit walaupun bentuk hampir sama dan bilangan lebih banyak dari tebal pipi.
Namun saiz gegerut yang mudah diperolehi sekitar 100gram hingga 500 gram.
Untuk memperolehi spesies yang lebih besar ia biasa dijumpai di perairan yang agak dalam dan terkeluar sedikit dari muara terutama paluh (laluan utama sungai) serta kawasan pulau pesisiran pantai serta laut bebas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...