SOALAN:

 

Boleh tak pihak umpan terangkan apakah yang dimaksudkan PE 1-3, PE 2-4 dan sebagainya yang tertulis pada joran. Saya dah google tapi dapat penerangan yang berbeza-beza. Terima kasih.

 

JAWAPAN:

 

PE rating atau ukuran PE sebenarnya bukanlah sukatan untuk kekuatan, sebaliknya adalah sukatan diameter. Ukuran PE digunakan banyak terutama di pasaran Jepun, awalnya digunakan sebagai pengukuran untuk ketebalan tali sulam (braided), dan diadaptasi untuk pancing.

 

Soal Jawab Memancing – Mohon Penjelasan Perihal Istilah PE?

 

Braided apa pun dari jenama apa pun yang menyatakan PE1 akan memiliki diameter yang sama. Ini lebih untuk keseragaman sistem untuk mengukur berapa banyak braided yang dapat anda masukkan pada spool kekili.

 

Ketika semuanya diukur menggunakan sistem yang seragam, anda tidak perlu risau lagi tentang `jenama apakah PE1 ini akan sesuai dengan jumlah yang sama pada spool saya seperti jenama PE1 lainnya?’ PE1 adalah PE1, jika anda dapat menempatkan 200m dari jenama A PE1 di spool kekili anda, anda akan dapat menempatkan 200m dari jenama Z PE1 juga.

 

Soal Jawab Memancing – Mohon Penjelasan Perihal Istilah PE?

 

Adapun pound (lb), secara kebetulan pemancing menemukan bahawa 10lb bersamaan per sukatan PE. Ini adalah hanyalah kebetulan semata-mata namun dijadikan aturan umumnya 1 PE bersama 10lb (1PE = 10lb).

 

Penting untuk anda tahu, dalam beberapa tahun terakhir, dengan teknologi baru tali PE di luar sana, terutama dengan 8 sulam (8X), ratio ini (1PE = 10lb) tidak lagi tepat.

Sebagai contoh, tali sulam YGK ultra castman / jigman, PE1 = 18lbs, PE1.5 = 26lbs, PE2 = 33lbs dan lain-lain lagi. Bahkan sufix 832 memiliki sukatan yang serupa.

 

Soal Jawab Memancing – Mohon Penjelasan Perihal Istilah PE?

 

Kaitannya dengan joran bolehlah dimaksudkan bahawa joran yang tertulis PE1-3 itu hanya sesuai menggunakan tali sulam PE 1 hingga PE 3.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI