Kelakar? Jangan nak gelak sangat okey. Hehehe… bunyi macam pelik tapi itulah kebenarannya. Ya, sama seperti manusia, ikan juga memerlukan oksigen untuk hidup. Ikan tanpa air boleh menyebabkan ia kehilangan elemen utama untuk hidup.
Seekor ikan biasanya datang lengkap bersama sepasang insang yang digunakan untuk bernafas di dalam air. Insang ini digunakan untuk mengekstrak oksigen daripada hidrogen dalam molekul air yang bertujuan untuk mengawal jumlah pengambilan oksigen.
Ads
Proses ini dapat mengekalkan keseimbangan yang diperlukan oleh kedua-dua komponen air bagi membolehkan ikan bertahan hidup.
Ads
Namun, apabila ikan dikeluarkan dari air, ia akan terdedah hanya kepada udara dan tidak kepada oksigen dan hidrogen yang terkandung di dalam air. Ini akan menyebabkan insang tidak dapat mengawal pengambilan oksigen seperti biasa.
Disebabkan itu, proses keseimbangan tidak dapat dikekalkan kerana insang telah menyedut oksigen secara berlebihan di udara. Jadi, pada dasarnya, inilah yang dimaksudkan dengan ikan boleh lemas!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kebanyakan ikan tropika yang dijual di Amerika datangnya daripada Afrika, Asia dan Amerika Selatan. Jadi, korang jangan terkejut jika terjumpa ikan sepat ronggeng di Amerika.
Ikan mempunyai deria yang sangat baik termasuk deria penglihatan, sentuhan, rasa dan sesetengah ikan juga mempunyai deria bau dan deria dengar yang cukup baik. Oleh kerana itulah kita tak boleh bising-bising ketika memancing.
Paus biru merupakan mamalia berdarah panas yang bernafas dengan paru-paru. Panjangnya boleh mencapai 33 meter dengan berat 190 tan. Ia dipercayai haiwan terbesar yang pernah ada di dunia.
Suara bersin paus biru boleh didengari sehingga 161 km jauhnya. Malah ia boleh mengeluarkan bunyi secara berterusan hingga 30 minit lamanya. Ia menggunakan suaranya untuk berburu dalam gelap di kedalaman dasar laut. Cuba bayangkan sekirangnya korang berada betul-betul di sebelah paus biru ketika ia bersih.
Bunyi yang dikeluarkan oleh ikan herring berasal dari pancaran gas dari duburnya. Selain komunikasi antara ikan hering dengan yang lain, suara pancaran gas digunakan untuk menakutkan pemangsa. Kiranya ikan herring ini berkomunikasi melalui dubur la. Hahahaha. Korang tentu tak tau tentang ni, kan?
Ikan koi mampu berumur panjang sehingga 200 tahun. Perghhh… kalau kita bela sekarang ni gamaknya dah dapat cicit pun ikan ni masih hidup lagi.
Ikan lumba-lumba telah digunakan sebagai pembantu peronda Angkatan Laut Amerika Syarikat sejak tahun 1960-an. Ikan ini menggunakan sonar biologi mereka untuk mencari objek tertentu.
Ikan tiger shark (jerung harimau) dianggap binatang paling rakus. Ia memakan apa sahaja di sekelilingnya. Kajian pernah mendapati terdapat kasut, pinggan, hingga pecahan kelengkapan perang. Di dalam perut induknya, mereka saling melahap antara satu sama lain.
Arapaima gigas, merupakan ikan air tawar terbesar di dunia. Ia boleh hidup sehingga 100 tahun dan banyak terdapat di Sungai Amazon.
Walaupun ganas dan reputasi menakutkan sebagai ikan yang memakan manusia, ikan piranha biasanya menjadi makanan buaya Amazon dan juga burung bangau. Terutamanya pada musim kemarau kerana banyak ikan ini akan terperangkap di lumpur. Maknanya burung bangau lagi ganas dari piranha. Kerana itulah pemancing yang membangau berkemungkinan bertindak ganas!
Jika di Semenanjung, ikan-ikan air tawar dari Sungai Pahang sememangnya terkenal dengan kelazatan dan harganya yang tinggi. Cerita yang hampir sama turut berlaku di Borneo terutamanya Sarawak. Berikut disenaraikan ikan air tawar yang menduduki 4 carta ikan termahal.
Ikan Empurau
Ikan empurau merupakan ikan air tawar termahal! Sekilogram boleh mencecah sehingga RM500-RM600. Malah dikatakan ini adalah harga termurah yang boleh anda dapat! Namun tiada yang mustahil kerana inilah yg dilakukan oleh pecinta ikan tawar yang dikenali dengan nama empurau.
Empurau adalah sejenis ikan daripada spesies Tor tambroides atau dikenali juga sebagai kelah merah. Ikan ini hanya boleh ditemui di Sarawak dan harganya mahal kerana rasanya yang sangat manis, serta isi dan teksturnya yang lembut.
Apa yg membuatkan isinya begitu lembut dan harganya mahal sehingga boleh mencecah RM2000 sekilogram, adalah kerana ia hanya memakan buah-buahan jenis `engkabang’.
Ikan Jelawat
Satu lagi jenis ikan bertulang banyak yang mempunyai rasa yang manis dan isi yang lembut sama seperti ikan empurau tetapi harganya tidaklah terlampau mahal sebagaimana empurau.
Ikan jelawat atau dengan nama spesies Leptobarbus hoevenii, juga berasal daripada keluarga carp. Isi ikan jelawat yang tergolong dalam jenis omnivor ini sangat lembut dan rasanya agak manis serta mempunyai lemak ikan di bawah kulitnya yang mungkin disebabkan ikan ini hanya memakan buah-buahan hutan yang gugur di sepanjang pinggir sungai. Harganya sekitar RM320 sekilogram.
Ikan Semah
Ikan semah berasal daripada keluarga Tor atau mahseer dan hanya boleh didapati di perairan sungai Borneo, kerana ia tidak boleh ditemui di kawasan lain selain daripada habitat asalnya.
Ikan semah adalah haiwan omnivor tetapi lebih cenderung memakan tumbuh-tumbuhan. Habitat asal ikan ini telah dicemari dengan aktiviti pertanian, pertanian, pembalakan dan penangkapan ikan secara berleluasa.
Oleh kerana teksturnya yang berbeza dengan ikan air tawar yg lain dan juga kerana ia sgt ekslusif, harga sekilogram ikan semah boleh mencecah sehingga RM300.
Ikan Tengadak
Menurut penduduk di Tasik Empangan Bakun, ikan tengadak adalah gelaran bagi ikan lampam ekor merah melebihi 1kg yang hidup secara liar di habitat semulajadi.
Bagi anda yg menginginkan sesuatu hidangan yg lazat, apa kata anda cuba ikan tengadak, sejenis ikan yang boleh didapati di perairan Borneo. Harga sekilogram ikan ini adalah RM250.
Ikan ini mempunyai bentuk tulang halus berbentuk Y tetapi rasanya sangat manis dan sedap serta isinya yang amat lembut menjadikannya terkenal di kalangan mereka yang menggemari ikan segar berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.
Ikan hiasan air masin jenis dottyback adalah ikan yang tinggal di perairan tropika dan subtropika Indo Pasifik yang terkenal memiliki terumbu karang melimpah. Oleh kerana itu ia tidak sukar untuk dipelihara sesuai dengan suhu negara kita.
Clown Fish
Jenis ikan hiasan air masin bernama Clown Fish atau biasa disebut Ikan Badut ini pasti sudah sering dilihat kerana merupakan peranan utama dalam movie Finding Nemo. Untuk penjagaan ikan ini sangat mudah, apa yang diperlukan ialah terumbu karang di akuarium agar mereka terasa nyaman.
Yellow Tang
Yellow tang merupakan jenis ikan hiasan air masin mudah dipelihara dan sesuai bagi pemula (newbies) yang ingin memelihara ikan hiasan air masin. Ikan hiasan air masin Yellow Tang merupakan jenis paling aktif bergerak dalam keluarga Tang.
Blue Tang
Paracanthurus hepatus merupakan nama ilmiah dari ikan hiasan air masin blue tang. Blue tang juga dikenali dengan nama botana. Ikan botana juga terkenal sebagai karakter ikan bernama `Dory’ dalam film “Finding Nemo”. Anda juga boleh menggabungkan blue tang dengan clown fish dalam satu akuarium.
Doctor Fish
Sesuai dengan namanya, ikan air masin satu ini bermanfaat untuk membantu menyembuhkan ikan hiasan air masin lain yang diserang fungus di akuarium milik anda. Dengan warna yang cukup menarik, ikan hiasan air masin satu ini terkenal ramah dengan ikan lainnya sehingga serasi untuk dipelihara oleh sesiapa saja.
Blue Devil
Ikan Blue Devil yang memiliki nama ilmiah Paraplesiops Bleeker adalah pilihan ikan hiasan air masin lainnya yang boleh jadi pilihan untuk hiasan akuarium air masin yang ada di rumah. Warna kebiruan dengan corak berbintik putih menjadi daya tarik utama.
Meskipun mudah dipelihara, ikan hiasan satu ini lebih baik dipelihara di akuarium berukuran besar dengan banyak ornamen karang karena habitat asli ikan ini adalah berada di dasar berkarang.
Mandarin Fish
Ia sering mendapat nama jolokan `Naga Cina’, Mandarin Fish merupakan salah satu spesies ikan hiasan air masin yang popular dengan kecantikan warnanya. Ikan air masin ini juga memiliki fizikal kuat dan memiliki daya tahan yang baik.
Namun, Mandarin Fish memerlukan makanan hidup sehingga bagi anda yang ingin memelihara ikan masin ini harus memiliki perhatian ekstra dalam soal makanan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...