Saya tak boleh nak beri jawapan yang tepat sebab baitcaster reel ni macam spinning reel jugak. Apa saja jenis tali dan saiz boleh dimasukkan. Ia lebih tertumpu pada spesies ikan sasaran, faktor padang pancing, saiz rod dan reel itu sendiri. Senang cakap ia bergantung pada setting apa yang kita nak main.
Ads
Sebagai contoh jika korang nak layan ultralight, tentulah perlu setup dengan rod yang sepadan dan saiz tali kurang dari 6lb. Dua-dua jenis tali (benang & tangsi boleh digunakan). Cuma kalau korang tak biasa guna tangsi, lebih baik guna benang saja.
Ads
Sekiranya korang nak pancing spesies sasaran seperti sebarau dan peacock bass, korang boleh guna tali saiz maksimum 20lb. Kekuatan rod pun maksimum 20lb jugak. Sebaliknya jika hendak pancing spesies toman yang terkenal dengan kekuatan dan halangan padang pancing, pastikan kekuatan tali melebihi 20lb.
Ads
Kesimpulannya, untuk dapatkan kesesuaian dan keseronokan menggunakan baitcaster, korang mencuba sendiri untuk dapatkan setting terbaik. Kebanyakan pemancing belajar dari pengalaman sendiri dan setiap mereka ada setting tersendiri.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pada perkongsian lalu kita sudah memaparkan cara-cara membuatkan ikatan knotless knot dengan menggunakan mata kail berlubang cincin. Kali ini kita tunjukkan pula ikatan knotless knot yang merupakan ikatan terbaik untuk mengikat mata kail tanpa cincin (eyeless hook) sama ada menggunakan tali tangsi mahupun tali sulam.
Langkah 1
Terus lekapkan tali pada teras belakang mata kail (tak perlu masukkan ke lubang cincin mata kail kerana mata kail ini tak ada lubang cincin).
Langkah 2
Buatkan satu lingkaran kecil dan pegang lingkaran dengan jari.
Langkah 3
Lilitkan hujung tali pada teras mata kail menghala ke arah hujung teras.
Langkah 4
Teruskan melilit sehingga terhasil 5 hingga 7 lilitan.
Langkah 5
Setelah membuat lilitan terakhir, masukkan atau selitkan hujung tali di antara mata kail dan tali utama (langkah paling betul dilakukan dengan betul kerana ia menjadi kunci ikatan daripada terlucut dari mata kail).
Langkah 6
Setelah itu masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi.
Langkah 7
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan menjadi ketat
Langkah 8
Tarik tali utama sehingga ikatan merapat kemas pada lubang cincin dan potong lebihan hujung tali.
Purata berat tukun-tukun tiruan konkrit ini adalah antara 0.3 – 42 tan metrik. Gred simen yang digunakan adalah antara gred 30 hingga 50. Bagi tukun keluli menggunakan keluli dengan ketebalan 6 – 8 mm.
Tukun Tayar
Berat seunit tukun ini sehingga 150 kilogram. Ia dilabuhkan pada kedalaman 16 hingga 20 meter. Ia merupakan tukun tiruan yang paling banyak digunakan berikutan kos penyediaannya yang tidak terlalu tinggi.
Tukun Kapal
Tukun bot atau kapal yang ditenggelamkan pada kedalaman 16 hingga 20 meter. Tukun jenis ini semakin kurang kewujudannya berikutan kekurangan sumber. Namun potensinya sangat besar dan menjadi kediaman pelbagai spesies ikan.
Tukun Bebola
Tukun yang dibentuk dengan ukuran 6 kaki lebar dan 3.8 kaki tinggi. Berat seunit tukun sehingga 1.8 tan. Ia dilabuhkan pada kedalaman air 20 meter.
Tukun Kuboid
Saiz tukun 2.5 meter lebar, 2.5 meter panjang dan 2.5 meter tinggi. Berat seunit tukun ini sehingga 8 tan dilabuhkan pada kedalaman air 25 meter.
Tukun dasar Lembut
Saiz tukun 3.45 meter lebar, 3.45 meter tinggi dan 2.5 meter tinggi. Berat seunit tukun sehingga 28 tan dan dilabuhkan pada kedalaman air 15 meter.
Tukun Rekreasi
Saiz tukun 1.8 meter lebar dan 1.85 meter tinggi. Berat seunit tinggi sehingga 8 tan dan dilabuhkan pada kedalaman air 20 meter.
Tukun Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda
Saiz tukun 3.45 meter lebar, 3.45 meter panjang dan 3.725 meter tinggi. Berat seunit tukun sehingga 30 tan dan dilabuhkan pada kedalaman air 20 hingga 25 meter.
Boleh dikatakan hampir semua ikan di laut memiliki duri sirip yang tajam. Namun tidak semua duri sirip yang tajam itu mengandungi bisa. Berikut disenaraikan ikan-ikan yang memiliki duri berbisa atau duri yang tajam mudah melukakan.
Gedema
Grunting toadfish atau gedema (biasa dipanggil kerapu singa), biasanya menghuni kawasan dasar berhampiran pesisir pantai yang berlumpur dan berpasir. Kerapu singa ini mempunyai duri-duri kecil terutama pada sebahagian besar kawasan operkulumnya. Duri-duri kecil ini berbisa jika tertusuk dan mampu mendatangkan kesakitan jika tidak mendapat rawatan segera.
Ikan Helikopter
Long-tail Tripod fish atau ikan lembu (sesetengah tempat memanggilnya ikan helikopter) mampu membesar panjang sehingga 15cm sahaja. Objek seperti tanduk di atas kepalanya (mungkin dapat nama sempena tanduk lembu) ini merupakan senjata utama ikan ini mempertahankan diri. Tidak pasti sama ada ia berbisa atau tidak tetapi tetap menyakitkan juga kalau terkena.
Aruan tasik
Terkenal dengan nama cobia, ikan ini mempunyai daya larian yang begitu kuat. Spesies ini juga mampu membesar mencapai saiz gergasi. Dalam mengendalikan ikan ini terutama di atas bot yang bergerak, perlu lebih berhati-hati terhadap sebarang risiko terkena sengatan durinya. Sebaris duri keras dan tajam aruan tasik yang terletak pada bahagian sirip dorsalnya boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Belukang
Sagor catfish, juga disebut belukang atau pedukang hampir menyerupai ikan duri. Ikan ini selalunya menjadi pengacau umpan dan sering dinaikkan ketika memancing di kawasan berair payau. Begitu pun, seperti ikan duri, ikan belukang juga mempunyai duri sengat yang berbisa. Duri ini terletak di bahagian sirip dorsalnya serta pada sirip pektoralnya.
Dengkis
Spinefoot fish atau rabbitfish adalah ikan dengkis, hampir menyamai rupa ikan kitang namun dari segi nilai, ikan dengkis sememangnya jauh lebih bernilai dari kitang. Begitu juga dengan bisa dari sengat berduri ikan kitang. Ia mampu menyebabkan bahagian yang terkena sengat terasa kejang untuk beberapa jam lamanya.
Kitang
Spotted scat atau Ikan kitang berbentuk pipih dan biasanya mempunyai corak berbintik hitam di badannya. Ikan ini mempunyai duri yang berbisa di sepanjang barisan sirip dorsal serta sirip pelviknya. Duri yang berbisa pada ikan ini mampu mendatangkan kecederaan teruk yang menyebabkan rasa kebas dan kesakitan berlarutan jika tidak dirawat.
Mayong
Giant sea catfish atau ikan mayong mempunyai bentuk seperti ikan duri namun saiznya lebih besar dan mampu mencapai panjang sehingga 1.8 meter. Ikan mayong juga mempunyai duri dan sengat yang berbisa serta mampu mendatangkan kecederaan. Duri utama pada sirip dorsalnya sangat tajam dan keras ditambah dengan sepasang duri pada bahagian pektoralnya.
Depu
Lionfish atau depu dan lain-lain nama tempatan merupakan satu daripada beberapa spesies ikan marin yang paling berbisa dalam genus Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dan berasal dari famili Scorpaenidae.
Ikan ini juga dikenali sebagai Turkey Fish, Scorpion atau Fire Fish. Mereka amat dikenali dengan durinya yang sangat panjang dan terpisah-pisah, dan mempunyai penampilan yang berjalur merah, hijau, hijau laut, coklat, oren, kuning, hitam,jingga atau putih.
Buntal
Famili yang terdiri dari pelbagai genus dan spesies ini memiliki nama umum seperti pufferfish, puffers, balloonfish, blowfish, blowies, bubblefish, globefish, swellfish, toadfish, toadies, honey toads, sugar toads, and sea squab.
Di Malaysia, semua spesies ini kenali dengan nama ikan buntal. Ada sekitar 120 spesies ikan ini di dunia. Ikan ini mengandung tetrodotoxin, yakni racun yang mematikan 1200 kali ganda dari sianida. Zat racun ini dapat ditemui di hati, ginjal, mata duri di tubuh ikan, dan sel telur ikan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...