Masalah untuk menanggalkan bahagian sambung joran terutamanya joran 2 pieces sambungan tengah joran merupakan perkara yang biasa dan sering berlaku. Jika joran sambungan pada pangkal mungkin ia agak mudah untuk ditanggalkan.
Anda boleh gunakan apa saja cara untuk mencabutnya tetapi pastikan tidak memegang bahagian cincin (guide) bagi mengelakkan kerosakan pada bahagian cincin pula.
Ads
Untuk mengatasi perkara ini anda perlulah menggunakan sesuatu sebagai alas pada bahagian joran yang dapat mencengkam bahagian joran dengan baik. Sebagai contoh, anda boleh gunakan kepingan getah seperti tiub basikal atau motosikal.
Ads
Potong tiub kira-kira seinci lebar dan sepanjang enam inci. Kemudian lilit tiub itu pada bahagian atas joran. Lilit secukupnya sehingga dapat menggenggam penuh telapak tangan padanya. Pegang dan putar joran sejajar dengan arah tiub yang membalut joran tersebut.
Ads
Pada masa yang sama, kuatkan pegangan sebelah tangan lagi pada bahagian. Lakukan sehingga joran dapat dipisahkan. Sekiranya anda mampu melakukan dengan sempurna, sekuat mana sambungan joran itu ia akan berjaya dipisahkan juga.
Selain tiub basikal atau motosikal ini, anda juga boleh menggunakan alas kepingan getah yang biasa digunakan untuk pelapik dashboard kereta. Pastikan anda menyimpan satu pelapik dashboard kereta ini di dalam kotak memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Jebong memiliki mulut kecil, gigi kapak tajam dan sifatnya yang suka mengutis makan iaitu tidak menelan sekaligus, maka amat sukar untuk menjeratnya menggunakan mata kail besar lebih dari saiz 1 atau mata udang no 11.
Mata kail kecil jenis long shank yang mempunyai teras lebih panjang amat digalakkan bagi mengelakkan ikan ini mudah menggigit perambut tangsi yang digunakan. Teknik pancingan yang sama seperti memancing ikan barat-barat boleh digunakan (boleh rujuk teknik pancingan ikan barat-barat yang pernah disiarkan).
Memancing jebong memerlukan mata kail kecil tetapi kuat seperti mana mereka yang gemar memburu ikan bayan. Bezanya bayan tiada masalah menggunakan mata 3/0. Namun demikian ikan ini lebih banyak ditangkap menggunakan bubur serta pukat secara komersial.
Saya berpengalaman ketika memancing di mana umpan sotong kurita dikerjakan hingga licin sebelum sempat umpan tersebut sampai ke dasar. Untuk mengetahui spesies apa yang mengerjakan umpan, saya segera tukar saiz mata kail.
Bila tukar saiz mata kail barulah kena buku dengan ruas. Jika menggunakan perambut stail apollo, pastikan saiz mata kail kecil berpadanan dengan umpan bagi mengelakkan ia mengutus.
Hirisan kecil sotong adalah paling mujarab kerana ia ia lebih tahan dan liat dari isi ikan. Umpan jangan terlalu besar kerana ikan ini akan mengutis umpan sebelum ditelan. Ia hanya akan menelan apabila saiz berpadanan dengan luas bukaan mulutnya. Saiz umpan memainkan perana memujuk jebong memilih untuk menelan dari mengutis.
Apabila kita menggemari spesies ini, kita akan lebih menumpukan teknik betul agar tidak tertipu dengan stail licik ikan jebong ini.
Setiap trip mencandat sotong, pastinya ada seseorang yang dianggap sebagai ketua atau organizer.
Organizer inilah yang melakukan tentative atau jadual perjalanan dan segalanya akan dirujuk kepada beliau.
Jadi, sebagai ketua maka perlu bertanggungjawab dalam banyak perkara termasuklah dalam proses pembahagian hasil mencandat sotong.
➡ Ketua trip atau organizer berhak menentukan kaedah pembahagian hasil dalam pasukannya. Namun jarang sekali organizer meletak syarat yang memberi kelebihan kepada dirinya.
➡ Hasil candat yang diperoleh sebaik-baiknya dibahagi sama rasa dan sama rata kepada setiap peserta terlibat sama ada penglibatan mereka secara langsung atau sekadar pemerhati sahaja (tak mencandat tetapi membayar kos trip).
➡ Tekong dan awak-awak lazimnya akan membantu dalam proses tangkapan candat dan semua hasil terakhir program diberi kepada peserta.
Jika ada awak-awak yang mencandat untuk diri sendiri maka korang berhak untuk mempersoalkannya.
➡ Hasil sotong segar boleh dimasak di atas bot atau dibuat umpan memancing jika perlu.
Dalam perkara ini ketua atau peserta sendiri perlu pandai beramah mesra dengan tekong dan meminta bantuan jika perlu. Sotong yang dimasak segera di atas bot adalah nikmat sebenar mencandat sotong.
➡ Dalam sebuah bot candat, sikap bekerjasama secara berpasukan adalah sangat penting untuk memastikan semua peserta melibatkan diri dan mengambil peluang dan pengalaman mencandat.
➡ Kalau boleh jauhi sikap pentingkan diri (jika hasil candat hak milik masing-masing). Saling membantu kepada peserta yang kurang pengalaman di lautan.
➡ Sebagai ketua, anda perlu pastikan tiada pertengkaran semasa program mencandat berlangsung, sebaiknya diselesaikan diluar program.
➡ Pembahagian hasil candat sebaiknya dibuat semasa berada di darat. Bahagikan kepada jumlah peserta terlibat mengikut longgokkan sotong mengikut saiz dan jenis. Biar adil dan saksama.
Jigging mikro atau micro jigging merupakan satu cabang teknik memancing yang menggunakan kepingan besi (jig) sebagai umpannya. Jig tersebut menyerupai bentuk ikan dan lazimnya kepingan micro jig bermula dari berat sekitar 7g hingga 20g.
Joran khusus yang dicipta bagi teknik ini adalah lebih disarankan kerana ia lebih sensitif dan ringan.
Kekili berkelajuan tinggi adalah yang lebih praktikal kerana secara teknikal anda tidak perlu mengarau kekili dengan laju. Cukup sekadar karuan sederhana jig anda sudah pun beraksi pantas dan dengan karauan santai jig anda sudah pun beraksi natural.
Berbanding jika anda mengunakan kekili berkelajuan rendah, anda harus mengarau reel dengan laju secara teknikal (jika perlu) bagi mendapatkan kelajuan yang anda mahukan.
Semakin halus tali utama lebih berkesan kerana secara harfiahnya akan lebih ringan dan secara tidak langsung jig anda mudah tenggelam ke dasar.
Ia juga sensitif mengesan getuan ikan, aksi jig lebih semulajadi. Namun setting drag pada kekili anda haruslah menepati kekuatan yang sepatutnya, jika tidak ia akan mudah putus.
Jig yang berpemukaan berkilat serta lebar adalah lebih baik kerana pantulan cahaya lebih mudah menembusi penglihatan ikan ketika di dalam air berbanding warna.
Rod
Joran yang digunakan adalah dari PE 0.3 hingga ke PE 1.5. Lazimya joran jigging mikro mempunyai blank yang halus serta sensitif paada bahagian hadapan. Ia bertujuan memudahkan anda untuk menggayakan jig lebih gemalai dan semulajadi serta peka mengesan getuan ketika jig anda disentuh ikan.
Reel
Kekili mendatar adalah yang paling mudah digunakan, bermula dari siri 500 hingga 2500 dengan nisbah gear ratio 6:1 dan ke atas. Disarankan juga menggunakan kekili yang kalis air masin. Kekili menegak atau baitcaster juga boleh digunakan dan sebenarnya ia lebih praktikal kerana lebih mudah mengesan jatuhan jig anda sampai ke dasar. Nisbah gear ratio juga sama seperti kekili mendatar.
Mainline
Tali utama yang biasa digunakan adalah antara 6lb hingga 12lb. Tali sulam atau braided line adalah pilihan yang paling tepat kerana ia bersifat sifar regangan dan lebih kuat berbanding tali tangsi atau mono line.
Tahap sensitiviti terhadap getuan ikan yang lebih tinggi serta aksi jig akan lebih semulajadi kerana ia lebih kurang rintangan arus berbanding tali tangsi.
Shock Leader
Perambut kejutan atau shockleader yang biasa digunakan adalah di antara 10lb hingga 15lb. Shockleader adalah wajib disambungkan kerana tali sulam yang bersifat sifar regangan serta ia mudah terhakis. Oleh kerana itu shockleader bertindak menyerap segala regangan serta menjadi pelindung tali sulam dari terhakis ketika ikan cuba berenang ke struktur batu, kayu dan sebagainya.
Assist Hook
Mata kail tunggal atau single hook dan assist hook lebih sesuai digunakan berbanding mata tiga (treble hook). Selain kadar sangkut yang rendah, tahap hook up juga lebih tinggi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...